Dan berkata lah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:
"Sesungguhnya Allah s.w.t menjanjikan kepada mu janji yang benar. Dan aku pun telah menjanjikan kepada mu tetapi aku menyalahi nya. Sekali-kali tidak ada kekuasaaan bagi ku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku. Akan tetapi cercalah diri mu. Aku sekali-kali tidak dapat menolong mu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolong ku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukan aku dengan Allah s.w.t. sejak dahulu lagi".
Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.
Surah Ibrahim : Ayat 22.
Lihatlah sesungguhnya syaitan itu penuh dengan tipu daya. Di waktu hisab (amalan kita dihitung di padang masyar) dilakukan tiada syaitan dapat menolong melainkan Allah sahaja yang berkehendaki. Syaitan sendiri takut dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) inikan pula kita sebagai manusia begitu berani melakukannya.
Secara terangan syaitan telah mengaku bahawa tiada hak ke atas manusia. Syaitan hanya pandai menghasut dengan pelbagai tipu daya sedangkan dia tidak benar-benar menjanjikan kebenaran itu. Sebaliknya setelah kita terpedaya dengan tipu daya nya, maka kita tidak akan dipedulikan. Bahkan syaitan berkata bahawa itu adalah pilihan kita sendiri!
Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa dilindungi ALLAH s.w.t. Amin....
No comments:
Post a Comment