Wednesday, January 25, 2012

Jangan sedih jika anda masih SINGLE, bersyukurlah!


"Single make simple, couple make trouble"

Semuanya pada pandangan masing-masing. Selalu orang akan kaitan bila single mesti tak laku, tak hot, dan sewaktu dengannya lah. Jika ditanya pada semua pasti inginkan pasangan dalam hidupnya. Nak lagi kalau umur dah mencecah 30 an bagi perempuan kan. Sebab umur ideal katanya untuk seorang perempuan berkahwin adalah 25 hingga 35. Lebih subur untuk mendapatkan zuriat.hihi

Tapi apakan daya kalau jodoh tak kunjung tiba. Don't be sad, La Tahzan. Jodoh itu pasti! Soal jodoh ini sama lah seperti soal ajal maut. Persoalan hati ni kita susah nak duga. Hanya Allah yang tahu.
Urusan hati itu urusan Allah.

Kadang-kadang sering terdengar rungutan. Bagi yang sudah berumur dan bekerjaya, selalu takut akan dianggap 'andartu' (anak dara tua). Bagi yang masih remaja dan di alam persekolahan bila melihat kawan-kawan sibuk dengan couple masing-masing, mula lah hati goyah nak kan juga couple-maple ni. Emm..kan lebih baik diwaktu zaman persekolahan itu diisikan dengan mengejar ilmu dan berbakti kepada ibu bapa. =)

Hot jugak rasa nya bila ramai yang tanya, bila nak kawin? Tak ada calon lagi ke? Sampai bila nak single je? Macam-macam versi soalan lah yang ditanyakan. Adakah saya akan membuatkan penipisan ozon sekiranya saya masih single?? argh...!

Malas rasa nak jawab soalan tu semua. Tapi pujuklah hati. Sebab. 

"Perkahwinan adalah keinginan setiap orang. Soal bila kita akan berkahwin sudah ditentukan Allah".

Jadi sekiranya pertanyaan adalah 'Bila', maka jawapan yang pastinya ada pada Allah ;)

Tak pelah, jodoh itu pasti. Kita tidak perlu terlalu mengejar-ngejar cinta. Apa yang terlalu dikejar biasanya akan hilang dan lari dari kita. Sebaiknya adalah kita mempersiapkan diri. InsyAllah jika kita benar-benar telah bersedia, Allah akan ketemukan jodoh kita. Maka itu, haruslah kita mempersiapkan diri. Maksudnya jika kita mahukan seorang jodoh yang soleh, kita mestilah menjadi solehah. Sebab Allah telah berjanji,

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang teruk untuk lelaki yang teruk"

Bagi pelajar-pelajar dan anak didik ku sekalian. Kenapalah berasa sedih dan 'jeles' dengan kawan-kawan yang bercouple? Seharusnya masa yang ada ini dimanfaatkan dengan ilmu dunia dan akhirat. Balas lah jasa ibu bapa sebelum kita membalas cinta insan lain. Tidak kah kita kesian melihat ibu mengandungkan kita, bersusah payah bertarung nyawa melahirkan. Ayah yang bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk kita belajar. Tapi kita habis kan duit yang mereka beri semata-mata untuk topup, dan hadiah kepada bf/gf. Aduhai..sedih sekali.

Tidak ruginya kalau kita belajar semasa kita muda ini. Masa muda cuma sekali. Gunakanlah dengan sebaiknya ok! Lagipun, Allah mengangkat tinggi golongan yang berilmu. So dun be sad kalau anda menghabiskan masa dan memberikan tumpuan kepada pelajaran dahulu. Kelak anda akan bertemu dengan yang lebih baik.

Kenapa mesti bersedih sebab tak couple lagi??

Tahukah anda, sekurang-kurangnya anda telah mengelakkan dari melakukan dosa-dosa kecil. Allah sendiri telah berfirma, "Jangan mendekati zina". Tidak kah couple itu salah satu menjurus kepada zina? Zina hati.. =)

Jadi tidak usahlah di'jeles'kan kawan-kawan yang sibuk dengan dunia bercouple lan mereka. Anda seharusnya mengubah dan mempersiapkan diri dengan ilmu dunia akhirat untuk mengecapi kehidupan 'alam perkahwinan' kelak dengan lebih bahagia. InsyAllah!

No comments:

Post a Comment