Monday, February 27, 2012

Tips SERONOK belajar SEJARAH :P


Menjadi guru Sejarah pastinya semua menyangka akan memerlukan daya penghafalan yang kuat. Memang tidak dinafikan Sejarah itu memerlukan kita menghafal. Tapi kita tidak bergantung kepada untuk menghafal semata-mata sahaja!

Ini adalah kerana Sejarah akan lebih seronok jika kita mampu untuk berimaginasi. Mana-mana subjek sekalipun memerlukan untuk kita memahami nya. Sama juga lah dengan Sejarah. Kalau dalam percintaan sekalipun, kita akan lebih serasi dan bahagia jika kita dapat memahami pasangan kita, begitu juga hal nya dengan Sejarah.

Sejarah itu jika benar-benar dihayati akan memberikan impak yang sangat positif!

Daripada Sejarah jugalah kita akan belajar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu. Sejarah juga mampu mengubah kepada kehidupan lebih baik dan moden dalam pembangunan diri dan negara.

Rata-rata studen aku akan tanya,

 "Macam mana nak ingat Sejarah ek cikgu? Susah lah, Bosan lah.." dan macam-macam lah..

"Tapi aku akan jawab BERIMAGINASI lah. Kamu akan suka kan Sejarah" :P

Tahukah anda??

Manusia ini dikurniakan Allah daya imaginasi yang tinggi. Ketahuilah dengan imaginasi mampu menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar kita. Bukan nya berangan-angan ye.

Mekanisme yang cukup power dalam tubuh ini yang dipanggil imaginasi.
Dengan berimaginasi, kita lah sebenarnya menentukan sama ada kita kuat ataupun lemah.


Niat akan bermula di hati, dari hati terus ke minda dalam bentuk imaginasi.
Jika katakan kita mampu, sebenarnya kita pasti akan mampu melakukan. Dan sebaliknya.

Sebenarnya waktu kat sekolah time cikgu Kahar dengan cikgu Karim mengajar, (2K) aku selalu berimaginasi setiap apa yang cikgu cerita aku akan cuba membayangkan. Tapi kalau bayang terlebih bayang sampai melayang-layang tu lain plak jadinya. Tido lah jawabnya! haha..
Ingat lagi cikgu Karim selalu baling kapur kat baris belakang dalam kelas 5 Rk. huu..cikgu kata kiteorang  

"TIDO!"

Eh cikgu, kiteorang bukan tido tapi imaginasi..haha

Jadi apa lagi? Mari berimaginasi dan pasangkan niat yang betul dalam setiap tindakan anda! =)

My heart say: I'M READY!!

Setiap apa yang berlaku ada HIKMAH nya







"Allah tidak akan menguji umatnya jika tidak sesuai dengan kesanggupannya"

Allah turunkan hujan yang lebat ketika kita dambakan hadirnya sinar mentari. Tapi rupa-rupanya Allah gantikan kita dengan lebih baik. Allah hadiahkan kita dengan indahnya sang pelangi.

Kadangkala kita tidak sedar dan selalu salahkan takdir bila sesuatu menimpa kita. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang kita rasakan baik dan terbaik untuk kita. Tapi kadangkala pilihan kita silap. Tidak semestinya itu yang terbaik.

Dan jika sebelum ni saye rasa macam tu, but's...everything will be okay now.

Thank you ya Allah cause YOU give me the better. The better life's and the better person always by my side =)

Jika dahulu saya sedih kehilangan seseorang tapi sekarang Allah berikan saya teman yang lebih ramai untuk saya lebih menghargai mereka yang berada di sekeliling saya. Ada hikmah kenapa Allah 'hilangkan' kerana Allah mahu berikan kita lebih banyak teman lain yang mampu mengubati kedukaan kita.

Jika dahulu saya sedih kenapa saya berada di sini, tapi saya mengerti kenapa Allah tempatkan UPSI di hati saya. Kerana kehidupan sebaliknya adalah lebih baik untuk saya.

Jadi kita jangan cepat menyesali apa yang berlaku dan salahkan takdir sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti masa hadapan. Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang. Tetapi Allah adalah penentu segalanya. Jika kita redha dengan ujian diberikan dengan hati terbuka, Allah telah janjikan yang terbaik untuk kita. InsyAllah =)

Doa Seorang Kekasih

Assalamualikum wbt. 
Jom sama-sama baca doa jodoh ni. Semoga kita ditemukan jodoh yang baik-baik ;)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku, aku akui kekuasaan Mu, nikmat dan rahmat Mu buat diri ku. Tidak terbalas oleh ku ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, hamba Mu ini mensyukuri rahmat dan kasih Mu yang telah Kau berikan pada Ku.

Dengan rahmat Mu ya Allah, Kau pertemukanlah kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu di hati kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami ya Allah dari bisikan syaitan yang sering menggoda hati-hati kami agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama Mu.

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami.
Jadikanlah antara kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat Mu, ya Allah sinarilah hati kami dengan nur keimanan yang sentiasa bergemerlapan agar hati kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya mainan dan pinjaman semata-mata.

Amin, ya Rabbal A'laminn...

Jika kita menjadi yang ke-3


Ada kalanya kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang untuk melihat die bahagia. Ada kalanya kita kena menjauhi insan yang kita sayang walaupun tanpa rela. Walaupun kita tahu kita akan rindu kan dia. Sebab kita akan rindu gelak ketawa dia, semuanya lah! lucunya die..

Tapi xpe lah kot..kite kena lah belajar sekarang tanpa dia. It's ok..insyAllah =)

Dan semua yang kita lakukan ada sebab. Walaupun susah untuk satu pihak faham. Hanya kita akan merasa bila kita seakan-akan menjadi pihak ketiga dalam hubungan dua pihak. Pihak ketiga tu bukan nya dalam hubungan kekasih atau suami isteri. Macam mana kalau pihak ketiga tu adalah dalam hubungan persahabatan?

Hmmm..susah nak fahamkan, that's only me know the reasons. Ape-ape pon kita kena belajar untuk tidak berharap dan mengharap lagi.

p/s: sorang lagi baik kah?

Susah kah meminta MAAF?

Besarnya Erti Kemaafan




Soory seem’s to be the harders word? Hmm, betul ke ni? Agak nya lah kot. Memang susah pada sesetengah orang untuk mengucapkan kata MAAF/ SORRY. Mungkin pada dirinya hanya menjatuhkan maruah je, ego lah katakan. Tapi pada saye tak salah kalo kite yang memulakan. Bukan kena bayar pon ucapkan maaf. Haha..

Kadang-kadang sesuatu perkara tu, kita rasa kita tak bersalah pon. Tapi tak salah je kan kalo kite yang mintak maaf. Tapi kata orang kan, dan kata saya lah, 

"Mengalah adalah lebih baik". 

Bukan bermakna kita kalah atau tak berani. Tapi untuk menyelamatkan keadaan. Daripada kita bermasam muka kan.. Bukan ke tak best macam 2. Kan, kan awak?hehe..

So, sempena bulan mulia ni jom lah kite bermaafan. Takkan bulan mulia ni pon tak mau gak nak ucapkan maaf kan. Mahal sgt ke kata2 2?? Tapi kalo maaf mudah sangat diucapkan pon susah gak.

Senang memaafkan makin banyaklah kesalahan yang dilakukan. Benda yang senang dapat, macam dah takde nilai rasanya. Tapi ape pon.. Kalo malu sangat nak face 2 face, ape kata kita gunakan teknologi yang serba canggih sekarg ni kan. Apa lah makna teknologi kalo tidak digunakan..hehe

Apalah sangat harga kad Rm1 dan SMS yang 1 sen jika dibandingkan bahagianya diri yang memaafkan. Sesuatu hubungan tu masih boleh diselamatkan dengan mengucapkan maaf. So, tgu apa lagi? Jom!!

My Heart say: Saya dah lama maafkan awk lah ~

Sambut besday waktu kanak-kanak

Dulu time kecik2 ingat lagi selalu sambut besday sama2. Biasa nya aku akan sambut dengan Ayu pada bulan Februari. Along plak dengan Angah bulan April. Waktu dulu nak beli kek memang jarang lah. Nak beli sebuku kek kat kedai rasa mahalnya. Tapi sebenarnya buat kek sendiri lagi bes. Air tangan mak tu yang buat kan jadi bes :)

Pagi2 mak akan bangun buatkan kek untuk kiteorang. Mak buat kan kek je. Yang bab hias menghias tu kami adik beradik lah. Macam2 gaya kiteorang hias. Mana tak nya idea 4 kepala nak di curahkan dalam sebuku kek.

Pengalaman tu semua yang membuatkan kami adik beradik makin rapat. Nanti kan masing-masing berebut nak bunga.haha, lucu lah. Berkecah satu rumah.


Lepas tu nanti jemput kawan2 datang rumah. Suka ajak kawan datang ramai-ramai. Yelah nak memenangi sapa dapat hadiah paling banyak. Suka betul kalau dapat hadiah dulu. Sebatang pensel pon dah rasa teruja..hehe.. :)

Tapi bila zaman semakin moden dan Alhamdulillah rezeki makin bertambah, beli je kek. Secret resepi pon dah ada kat mana-mana. Tapi kan terasa rindu dengan kenangan dulu kala di zaman kanak-kanak.

Ni kek sambutan dengan Ayu yang sekarang dah pun bergelar 'mama' dengan aku yang still single lagi..hehe. Tapi bukan kiteorang yang potong kek. Sebab nya dah title ayu pon sekarang 'mama' so, anak nya lah yang wakilkan. Dia lah terlebih excited.hehe. Agaknya aku dlu pon macam tu gak kan. Besday orang semua jadi besday aku..haha

Tengok tu Aleesha yang terlebih excited.

P/s: Selamat hari lahir untuk my lovely sister ayu dan aku gak .. :)

Sunday, February 26, 2012

SINGLE Make Simple, COUPLE make trouble


Bila ditanyakan persoalan jodoh memang sukar nak dijawab. Kadang-kadang bila tengok pasangan yang bahagia tu, wah...rasanya macam best je couple/ alam perkahwinan. Tapi bila tertengok, terdengar kisah-kisah penceraian...aduh...sakitnya. Dan menjadikan saya semakin berhati-hati dalam menentukan soal jodoh. Sebab mencari bf senang..but's...untuk dijadikan seorang suami seumur hidup perlulah rasanya saya membuat penelitian kot..hehe. Tapi apa-apa pon saya hanya mampu berdoa diberikan yang terbaik, insyAllah =)
Dan pastinya saya rasa saya TIDAK akan menyebabkan penipisan ozon sekiranya saya masih single! hahaha :D

Hmm..tak kesahlah hidup sorang sekarang ni.. sebab bagi saya:


"Biar terlewat sebab bersikap memilih asalkan jangan sampai tersalah pilih.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa.

Biar hidup seorang dan berenang menuju Allah dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan rasakan diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api."

So, para wanita harga diri anda adalah anda yang tentukan =)

Mahalkan sedikit nilai cinta mu agar dapat diberikan kepada yang benar-benar berhak dan jujur.
Itu adalah lebih berharga.

Sekian...

Hargai lah dia











Waktu sama-sama dulu asyik nak berpisah je. Ni dah berpisah barulah kenal, barulah tau makna rindu. Sewaktu masih sama-sama tak rasa bernilainya saat tu. Bila dah terlepas barulah tahu betapa berharganya saat-saat manis tu.. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu je nak menyesal apa yang dah berlaku. Ketika kita sama-sama dulu terasa beban. Tapi sebenarnya bila dia dah takda makin terasa berat beban ni. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu nampak terang di seberang sungai, sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai ke sana baru lah kita tahu yang terang itu tak semestinya indah dan meriah. Tak semestinya menyenangkan.


Sepatutnya kita macam ni...




Kesempatan bersamanya kita perlu hargai. Sebab kesempatan untuk bersamanya tidak selalu bertahan lama. Ketika kesempatan itu terbuka, sepatutnya kita pelihara dan hargai. Berikan terbaik untuk dirinya.


Dan bila sekarang, barulah kita mengerti semua tu. Barulah kita terfikir...




"Tiada yang paling indah dalam hidup ini selain bersaudara denganmu.

Tiada yang paling sakit selain berpisah denganmu.

Tiada yang paling manis bila ada kenangan bersamamu.

Namun apa yang terbaik dalam memori hidupku kerana adanya kebaikan dan pengorbananmu"



My heart say: Hmm, saye memang macam tu..

CEO Kedai 1 Malaysia


Study tu susah..tapi ketahuilah bahawa nak mencari kerja itu adalah lebih susah. Macam yang tengah aku alami sekarang. Resume puas dah hantar. Bila dengar lirik lagu Ashiteru ni..isk macam perli aku je..

"Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagi ku. Saat ku harus bersabar dan terus bersabar"

Mungkin aku kena banyak bersabar dan berdoa lagi kan. Kadang kala apa yang kita hajat kan dan kita anggap itu terbaik sebenarnya bukan lah terbaik bagi kita. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Aku pasti Allah akan berikan hikmah disebaliknya.

Mengenang semula kisah aku konon-konon nya nak memohon kerja kat kedai 1 Malaysia ni lucu lah. Semangat je berkobar-kobar. (mulanya lah..hehe) Tapi bila hari nak kena interview je aku mula lah rasa tawar hati plak nak pi.

Kisah bermula bila aku nampak iklan jawatan kosong bekerja di kedai 1 Malaysia yang akan dibuka di Presint 16 Putrajaya. Makin excited nya bila gaji nya boleh lah tahan. Rm 1200 ++. Lumayan kan? Tapi nya yang buat aku tiba2 hilang keghairahannya bila aku tengok tempat nya! Memang lah 'bes'. haha.. x sanggup kot.

Korang dapat bayangkan tak kedai Watson @ Guardian. Lawa kan? Tapi korang bayangkan kedai yang lawa tu ditempatkan kat dalam pasar jual ikan. huu.. x seronok lah kan. Sampai2 je aku dan terserempak dengan mamat jual ayam tengah duduk melepak depan kedai tu sambil hisap rokok. Ramai plak tu pekerja bangla ke india ke, aku pun tak tau. Isk x bleh jadi ni. Ni baru sehari. Baru nak isi borang je. Belum keje lagi. Macam mana lah aku nak hadapi selama sebulan kerja dengan persekitaran macam ni. Oh tidak!!

So, aku pon isi lah borang tu dengan ala kadar je. Myb sebab aku letak kat pemohonan kerja tu CEO kedai tu x..sebab tu xda pon panggilan dari kedai tu untuk interview..hahaha.. Lepas peristiwa tu je, aku pon terus bungkus baju, balik kampung. Myb takdir aku kerja dekat Muor gak kut..hehehe..

Time tu lah aku terhegeh-hegeh nak mengisi borang guru ganti yang abah aku dah lama bising suruh hantar tu. Balik Muor je aku pi hanttar borang tu. TQ kepada Encik Jasni merangkap kepada papa Aimi Amirah kerana sudi membantu menyerahkan borang tu..hehe :)

hehe, kononya nak cari kerja lain dari lain. Yang luar bidang..x mau jadi cikgu dulu. Tapi semua nya Allah tentukan. Kita hanya mampu merancang, tapi DIA lah penentu segalanya..hehe.

Mungkin aku kena pertingkatkan usaha memohon kepada Nya dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan lagi. Aku percaya rezeki Allah ada kat mana-mana, insyAllah :)

"Ya Allah murahkan lah rezeki ku. Bantu lah aku mendapatkan pekerjaan yang diberkati Mu dan limpahkanlah rezeki yang halal lagi berkat pada ku"...aminnn!

Cinta Muka Buku vs Cinta Muka Tak Malu




Tragisnya Cinta Muka Buku..Dari cinta Muka Buku sekarang ramai dah jadi cinta "Muka Tak Malu". Tak pun.. Cinta Berbulu..haha

Apabila melihat status anak-anak muda yang semakin meningkat ‘dewasa’ di Facebook sedikit sebanyak terpanggil aku untuk menulis ruangan ini. Ada kalanya lucu bila melihat status mereka yang masih bergelar pelajar sekolah yang begitu berani’ meluahkan perasaan terhadap kekasih masing-masing. Komen secara terang-terangan. Alahai gaduh2 manje..bersayang2, berabg2, beranje2..haha, macam2 versi. Mengalahkan pasangan suami isteri bergaduh..
Pasti nya mereka bijak dengan selok belok FB . Pastinya mereka mengetahui yang status mereka itu boleh di baca oleh semua orang. Berbangga kah mereka jika ribuan orang membaca pujuk rayu kemanjaan yang dipaparkan? Namun perasaan lucu itu ada kalanya bertukar kepada rasa sedih melihat antaranya sendiri dengan terang-terangan memaparkan gambar bersama kekasih. Mesra gitu.. Macam2 gaya ada..terlentuk sana sini. Tanpa ada rasa segan silu. Macam ‘artis’ gaya nya mereka ni.

Malah menjadi trend untuk menjadikan gambar bersama pasangan masing-masing dijadikan gambar profile di FB, Twitter dan sebagainya. Sehingga dengan confident nya ada antara mereka seperti menjangkakan yang kekasih itulah yang akan menjadi suaminya kelak. Apatah tidak dengan senang-senang sahaja mereka meletakkan status engaged, married, open relationship dan sebagainya lah. Memang tidak dinafikan ada sebilangan yang beranggapan,  

“Ala, status tu kan main-main je. Bukannya betul pun. Apalah yang nak diherankan nya”. Bukannya berdosa pun letak status macam tu”

Namun tidakkah mereka seperti ‘menghalalkan’ sesuatu yang secara terang-terangan akan membawa fitnah kepada mereka yang membacanya? Pasti berbunga-bunga cinta hati kekasih bila pasangannya meletakkan status engaged malah married di FB masing-masing. Mana kan tidak tanpa ‘bayaran’ dan sebarang ‘ikatan’, mereka sudah pun ‘diiktiraf’ menjadi ‘suami’ atau ‘isteri’ kepada pasangan kekasihnya. 

Tidak hairanlah kenapa pasangan kekasih sekarang dilihat begitu ‘taat’ dan ‘setia’ sehingga setiap jam dan minit ada sahaja laporan yang akan dihantar kepada sang kekasih. Baginya setia itu adalah cinta suci, dan hinggakan ada antaranya sanggup menyerahkan segala-gala nya untuk si kekasih bagi ‘membuktikan’ tahap ‘kesetiaannya’ kepada pasangan yang belum tentu ada sebarang ikatan sah itu. Setia nya jika dilihat sangat lah mengalahkan pasangan suami isteri yang sudah bernikah. 


Tragis nya cinta itu. Menyerahkan ‘hak’ kepada orang yang tidak sepatutnya hanya lah satu tindakan yang merugikan dan sia-sia. Jika segala-galanya sudah diberikan kepada sang kekasih hati, apakah yang akan tinggal untuk suami dan isteri yang sudah sah dinikahi dan halal bagi kita? Malah wajib kita berlaku setia dengan pasangan kita bila sudah mempunyai ikatan yang sah. Tentunya wajib bagi isteri taat dan setia kepada suami. Bukan sahaja isteri diberikan mas kahwin malah hantaran beribu-ribu daripada suami. Memang wajiblah isteri berlaku taat kepada suami yang akan menjaganya. Tetapi, apakah yang terjadi kepada zaman sekarang?? Dengan mudahnya memberikan title ‘tunang’, malah kepada ‘berkahwin’. Seperti kita mengiktiraf dia adalah pasangan kita yang ‘sah’. Betapa murahnya cinta kita. Betapa mudahnya kita ‘dibeli’ hanya dengan cinta hingga kita memberikan gelaran tersebut kepada mereka yang tidak perlu ‘membayar’ dan ‘menanggung’ kita?? Tragisnya jika kita bersikap begitu. Menyerahkan hak kepada yang tidak sepatutnya.



Mungkin bagi sesetengah golongan menganggap itu semua itu perkara biasa zaman sekarang. Namun ketahuilah, sebagai sesama Muslim adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur sesama kita. Bukan kah itu satu fardu kifayah. Memang ada yang menyatakan bahawa,  

“Kubur lain-lain, lantak lah dia nak buat apa pon, macam ko baik sangat”. “Hak masing-masing lah, belum tentu esok lusa kita x buat macam tu”


InsyAllah jika niat kita ikhlas menegur dan tujuan mengingatkan diri sendiri, minta lah supaya kita tidak sama berbuat seperti itu kelak. Sungguh ada ketikanya kita berfikiran cetek bila berfikir begitu. Memang lah kubur lain-lain dan dosa lain-lain. Tetapi tidak kah kita ingat pesan Allah,  




“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan …” 



Jika sungguh kita tidak mahu menegur atau takut jika dikatakan ‘kolot’ dengan benda-benda yang dianggap ‘kebiasaan’ seperti itu, maka JANGANLAH pula kita dengan tanpa rasa bersalah nya menambah dengan meng ‘LIKE’ atau memberi komen-komen yang seperti menggalakkan lagi perbuatan mereka itu. Tragisnya jika kita juga bersikap seperti ‘menghalalkan’ dan ‘memberi galakkan’ kepada mereka. Tidak sedar kah kita bahawa tindakan kita itu hanyalah akan memberi semangat dan keberanian untuk mereka mempamerkan aksi-aksi terlarang yang lebih ghairah lagi??

Jika kita tidak mempunyai kekuatan menegur, maka janganlah kita sesekali menambah syer saham kerugian ke dalam akaun kita. :)

Saturday, February 18, 2012

Ada apa dengan 9 Februari?!

Happy besday to me and you!

9 Februari 2012, genap lah umur aku sekarng 24. hehe, agak tua kah?oh, sememang nya dah agak lanjut lan gak..hehe. Bila setipa tahun bertambahnya usia aku, pasti aku akan ingat ayat ni

"Semakin bertambah umur kita, semakin pendek lah usia kita"

Sememangnya..

Terima kasih di atas segala ucapan dan doa2 daripada kawan2 dan keluarga. Emm, banyak nya dari ucapan nya adalah "Semoga cepat bertemu jodoh". Semuanya sola jodoh. Antaranya daripada Cik Mardhiana yang sentiasa lah suruh aku kawen cepat. Maklumlah adik mana bleh langkah bendul akak dulu kan. Tu pasal die suruh aku cepat kawen..haha

"24 years old is an ideal number for sum1 to be married"

haha, cam2 lah ayat die..

Pastinya jodoh itu ada..dan kepada kamu2 semua....sabar! :P


Umur 24 tahun ni 1st time aku masih kat luar tengah memancing ikan. Sampai pukul 2.15 am baru balik! Fuh, memang seronok gile lah memancing banyak ikan. Baru aku faham kenapa ada yang kata

"Kalau kita memancing ikan, hendak lah kita mengambil nya setelah ikan itu terkena mata kail. Jika kita melepaskannya walaupun dengan niat kasihan sebenarnya hanya akan menambah kesakitan kepada nya, dek kerana tajamnya mata kail itu"

Sebabnya waktu aku tangkap ikan tu, masa nak lepaskan dari mata kail tu memang agak tak sampai hati. Sebab 1st time lah dah umur 24 tahun ni aku dengar bunyi ikan. Macam tak sampai hati dan aku melepaskan ikan yang kecik2.

Abah kata, "Lepas kan lah, kesian ikan tu baru nak hidup"


Tapi bila aku lepas kan sebenarnya ikan tu bukan nya hidup tapi mati dalam keadaan yang pening2. Lagi kesian kan. Sekurang2 nya bila aku terus amik ikan tu, berjasa gak lah untuk di makan. Sebaliknya kalau aku lepas kan hanya menambah kesakitan pada ikan itu.

Samalah seperti jika kita sudah membuatkan seseorang jatuh hati dengan kita. Hendaklah kita menjaga perasaanya. Kadang kala kita berniat baik, x nak dia x bahagia dengan kita. Tapi ketahuilah, diri insan yang ditinggalkan akan menderita. Semuanya kerana tidak dapat melupakan segala kenangan sewaktu bersama.

Eh2, dah bermadah plak kan..haha. Saje je..bercerita dari pengalaman hidup.

Sebenarnya hari ni gak besday dia..si dia yang pernah sama2 ada kenangan terindah pada suatu ketika dahulu..haha..

Malam tu waktu tengah memancing entah kenapa tiba2 teringtkan dia. Dalam kejauhan ditemani bulan dan kesejukan angin laut, hati ku ingin sekali mengucapkan

"SELAMAT HARI LAHIR" yang ke??hehehe.. :)

Agak2 die engat tak ek besday aku?haha..entah apa lah..x mungkin lah kan..

Tapi percaya tak, sewaktu dalam kereta otw nak balik dari percutian dekat rumah second tu, tibe2 dengar lagu Ashiteru..dan paling tak sangka lah kan tibe2 Hp aku yang telah sekian lama sunyi sepi tiba2 berbunyi. eh2, ada orang wish besday lah! haha


Engat gak die kan..haha...agak2 lah

Tapi ketahuilah..kalau die yang telah lama melupakan pun masih ingat, inikan orang yang susah untuk melupakan ni. (ceh2 ayat touching..;P)

Selamat hari lahir dan semoga dirahmati Allah awak :)

p/s: Rahsia di hati tak siapa tahu