Wednesday, September 18, 2013

Asrama SAB TERBAIKK di hatiku lah!!

Budak-budak asrama ni pasif..
Budak-budak asrama ni suka tido dalam kelas..
Budak asrama ni malas buat kerja sekolah...
Budak asrama ni 'stokin' busuk..haha
Mesti dah biasa kan dengar gosip-godip liar macam ni dilemparkan pada pelajara asrama. Dan tak kurang juga yang kata.. Tinggal kat asrama ni bosan..isk entah apa-apa je kan.  Tapi ketahuilah HANYA yang tinggal di asrama sahaja tahu betapa asrama ni sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih berdikari, berani, dan matang dalam menjalani kehidupan masa depan. Kenapa? Sebab...

BERANI sebab..Dalam dorm tak ada toilet. Kalau tak tahan sangat terpaksa lah pergi sorang-sorang ke toilet. Yelah kejut kawan tak bangun-bangun. Daripada terbuang atas katil, better redah je pi sorang-sorang. Dah kat dalam toilet, dah lega baru lah fikir alamak cam ne nak balik sorang2 ni..haha. Kalau toilet sebelah dorm xpe. Kena pulak toilet nun hujung tu...jawabnya 'Jangan Pandang Belakang' lah..hehe

Duduk kat asrama ni pun mengajar kita nak jadi KREATIF..sebab... mana tak kreatif nya kalau orang lain tdo atas katil dalam dorm. Tapi ada plak tdo dalam locker kat bilik study. Yang best lagi dalam library pon boleh tdo, bawak meja VIP tu. 

Kat asrama ni gak mengajar kita kreatif dan berani buat berani tanggung. Public phone kat asrama ni dulu cuma ada dua je. Masalah betul kalau nak kol orang. Nak dikatakan berani nya budak ni siap bawak HP lagi. Macam mana diorang simpan? haa...kat dalam tangki jamban toilet, kat dalam baju-baju kotor yang dah wangian nya semerbak, kat dalam teady bear...dan macam-macam lah.. kreatif lagi budak-budak ni kan.

Dulu-dulu public cuma pakai syiling je. Tak canggih macam sekarang. Banyak plak tu.. So kalau nak gayut lama-lama tu kena lah ada simpanan dulu. Cakap pasal gayut mengayut ni, aku teringat sampai ada peraturan penggunaan talifon yang dikeluarkan oleh Exco Displin, Kak Lily,

"Setiap orang boleh guna telefon 1 minit 2 saat je!!" 

 haha..itu pun juz boleh guna untuk kol family je..huhu




Menguji keikhlasan hubungan alam maya

Pernah tak anda berkenalan dengan seseorang hanya dengan melalui alam maya? Mesti pernah kan? Ada yang kata perkenalan dalam alam maya ni lebih sweet tapi ada jugak yang tak percaya dan menganggap semua ni tak masuk akal! Tapi anda yakin ke dia tu ikhlas nak berkawan dengan anda atau sebaliknya? Maklum lah sekarang ni kan semua di hujung jari. Nak berkenalan mencari kawan atau mungkin bakal kekasih pon boleh.haha.

Tapi masalah nya di sini macam mana kita nak tau dia benar-benar ikhlas dalam menjalin hubungan dengan kita. Lepas dah lama berkenalan mesti anda dah bercerita serba sedikit tentang diri masing2 kan? Tapi dalam alam maya ni semua nya fantasi. Nak tau hakikatnya kena lah jumpa. Hadapi di alam realiti!

Jadi apa yang anda perlu buat untuk 1st date ni?hehe..

Senang je...macam ni..

♥ Untuk nak tau dia ni ikhlas ke tak kan anda jangan terlalu menjaga penampilan. Tapi tidak lah bermakna anda kena berpakaian terlalu selekeh sangat. Pakai pakaian yang anda nampak selesa dan yang penting menutup aurat. Kat sini anda boleh tengok sama ada dia ni memandang rupa dan penampilan atau dia benar2 sukakan anda.

 ♥ Lepas tu untuk perjumpaan kali pertama ni jangan keluar berseorangan sahaja. Cuba ajak kawan anda menemani anda. Dan mestilah berjumpa di tempat awam yang ramai orang. Sebab kita tak boleh nak percaya sangat dekat orang yg kita baru kenal.

♥ Bawak kawan yang lagi cantik atau sopan dari anda sebagai teman.hehe..ada orang kata idea ni macam tak logik! Sebenarnya time ni lah anda nak tau die jujur ke x. Sebab kalau dia betul2 sukakan anda atau tidak. Mula-mula ajak dia berbual. Ajak kawan anda untuk turut sama terlibat dalam perbualan tersebut. Kalau anda nampak dia lebih tertarik pada kawan anda dan banyak berborak dengan dia..itu maknanya anda kurang nak menarik perhatian dia.

♥ Lepas dah buat perjumpaan kali pertama cuba sms dan hubungi dia untuk mengetahui tindak balas dia macam mana. Kalau dia sekadar membalas sms anda ala kadar dan tak sama macam mula2 kenal tu bermakna anda pon kena fikir kan sama anda nak teruskan berkawan atau tinggalkan sahaja.

♥ Releks... kalau kita sukakan seseorang tidak semestinya kita akan cintai dia. Dan kalau kita cintai seseorang tidak semestinyankitanakan bersama. Kalau secara terang dia lebih tertarik dengan rakan anda, adalah lebih baik sekiranya anda menarik diri anda keluar daripa terus menjalin hubungan dengan dia.

♥ Jangan salahkan kawan anda plak lepas tu. Tapi bersyikurlah sebab daripada anda telah lama menjalin hubungan dengan dia dan semakin sayang lagi susah anda nak lupakan dia. Lebih baik berhenti dan menarik diri awal daripada apabila sudah lama lagi kecewa anda nanti.

♥ Ketahuilah walaupun kecantikan itu satu bonus tapi jika seseorang lelaki hanya memandang kepada kecantikan sahaja, bermakna anda kena lebih untuk berhati2. Lebih baik tahu awal dia macam mana daripada dah ada hubungan apa2 atau dah berkahein baru tau dia mcam mana.