Monday, February 27, 2012

Tips SERONOK belajar SEJARAH :P


Menjadi guru Sejarah pastinya semua menyangka akan memerlukan daya penghafalan yang kuat. Memang tidak dinafikan Sejarah itu memerlukan kita menghafal. Tapi kita tidak bergantung kepada untuk menghafal semata-mata sahaja!

Ini adalah kerana Sejarah akan lebih seronok jika kita mampu untuk berimaginasi. Mana-mana subjek sekalipun memerlukan untuk kita memahami nya. Sama juga lah dengan Sejarah. Kalau dalam percintaan sekalipun, kita akan lebih serasi dan bahagia jika kita dapat memahami pasangan kita, begitu juga hal nya dengan Sejarah.

Sejarah itu jika benar-benar dihayati akan memberikan impak yang sangat positif!

Daripada Sejarah jugalah kita akan belajar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu. Sejarah juga mampu mengubah kepada kehidupan lebih baik dan moden dalam pembangunan diri dan negara.

Rata-rata studen aku akan tanya,

 "Macam mana nak ingat Sejarah ek cikgu? Susah lah, Bosan lah.." dan macam-macam lah..

"Tapi aku akan jawab BERIMAGINASI lah. Kamu akan suka kan Sejarah" :P

Tahukah anda??

Manusia ini dikurniakan Allah daya imaginasi yang tinggi. Ketahuilah dengan imaginasi mampu menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar kita. Bukan nya berangan-angan ye.

Mekanisme yang cukup power dalam tubuh ini yang dipanggil imaginasi.
Dengan berimaginasi, kita lah sebenarnya menentukan sama ada kita kuat ataupun lemah.


Niat akan bermula di hati, dari hati terus ke minda dalam bentuk imaginasi.
Jika katakan kita mampu, sebenarnya kita pasti akan mampu melakukan. Dan sebaliknya.

Sebenarnya waktu kat sekolah time cikgu Kahar dengan cikgu Karim mengajar, (2K) aku selalu berimaginasi setiap apa yang cikgu cerita aku akan cuba membayangkan. Tapi kalau bayang terlebih bayang sampai melayang-layang tu lain plak jadinya. Tido lah jawabnya! haha..
Ingat lagi cikgu Karim selalu baling kapur kat baris belakang dalam kelas 5 Rk. huu..cikgu kata kiteorang  

"TIDO!"

Eh cikgu, kiteorang bukan tido tapi imaginasi..haha

Jadi apa lagi? Mari berimaginasi dan pasangkan niat yang betul dalam setiap tindakan anda! =)

My heart say: I'M READY!!

No comments:

Post a Comment