Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu


 "Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya..Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku"
Macam mana kan kalau kita sayang kan seseorang tapi cuma hanya kita je yang beriya-riya. Bak kata orang 'bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi'. Yelah macam tepuk dengan angin. Macam kita kejar bayang-bayang. Akhirnya nanti kita sendiri akan jatuh. Terlalu mengejar, kita sendiri akan sakit. Sedangkan dia tak pernah menghampiri kita. Nampaknya kita perlu berhenti mengejar dan berdoa....
 "Tuhan aku tahu banyak dosa ku, hanya ingat kamu saat dukaku..Namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya tuk cintaku"

Memang sifat manusia dan juga aku. Yang kadang kala alpa mengingati Tuhan. Kita hanya meminta pertolongan darinya dikala diri kita dalam kesedihan, kedukaan. Padahal bila di waktru kita senang, jarang pula kita nak mengingatinya. Bila kita sayang kan seseorang tapi, kita x dapat meyakinkan hatinya menerimanya, apa yang kita boleh lakukan hanya berdoa. Moga suatu hari hatinya akan terbuka untuk kita.  
Kalau ada jodoh kita jumpa lagi! trust it! =)

"Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku. Agar dia tidak kesepian selalu rasa ada cinta agung"
Walau macam mana pun sayang kita, tapi satu perkara kita kena ingat, cinta dan sayang tu tak boleh dipaksa. Sebab semua nya datang sendiri. Kita pon tak tau sejak bila kita mula sayang kan dirinya kan.

"Dalam hidup ni kita berhak untuk sayang dan cintakan seseorang tapi kita tidak mempunyai hak untuk paksa dia sayang dan cinta kan kita macam mana perasaan kita pada nya" 

Bak kata orangkan, sayang tu tak semestinya memiliki. Kalau kita betul-betul sayang, berdoalah untuk dirinya. Berdoalah dia sentiasa gembira walau tanpa kita disisinya :)

Mungkin itu adalah lebih baik kan.

"Sejauh mana kita cuba menjauhi orang yang kita sayang, semakin dekat perasaan itu mengejar dan membelenggu hidup kita."

Ada yang kata kalau kita rindukan seseorang bermakna dirinya sedang mengingati kita. Betul ke? Mungkin juga kan :P
 "Hujan bawa airmataku yang mengalir membasuh lukaku. Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia dihatiku"


Betul lah kata orang, cuaca ni kadang-kadang mempengahruhi mood seseorang. (Emm macam aku gak kot salah seorangnya..hehe.) Macam tau2 je hujan ni seakan-akan mengerti rasa kesedihan. Selebat hujan turun, sebanyak itulah diibaratkan air mata merindui dirinya. Tapi adakah dia tahu semua itu? Adakah dia sedar semua tangisan dan kesedihan itu? Siksa kan diri je..hahaha

"Hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti"

Sebenarnya hidup ni kita kena banyak belajar untuk menerima. Dalam erti kata lain, redha.... Kenapa tidak untuk kita biarkan sahaja orang yang kita sayang pergi? Walaupun hati kita mungkin sedih tapi sekurang-kurangnya dia pernah tahu kita PERNAH SAYANG dia. So, redha..life's must go on. Tak semua yang kita nak akan jadi hak kita. Moga suatu hari nanti kita akan ditemukan dengan insan yang lebih baik :)


Monday, December 26, 2011

Tak perlu sebab untuk sayang seseorang ;)





Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dirinya sempurna. Tapi kerana dia membuatkan kita rasa sempurna bila bersamanya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dia selalu membuatkan kita gembira tapi kerana dia mampu membuatkan kita tersenyum bila bersama dengannya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dia mampu menghilangkan rasa kedukaan kita ketika kita sedih. Tapi kerana dia mampu membuatkan diri kita tenang bila bersama dengannya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana diri dia selalu sependapat dengan kita, tapi sebab dia boleh bertolak ansur dengan kita.

Sebenarnya bila kita sayang kan seseorang adalah sebab itu adalah dirinya =)


p/s: juz da way u r ;)

If you LOVE someone, SAY IT!


Apa sebab kita sayang kan sum1? Adakah sebab kecantikannya? Harta nya? Dan sebaliknya?

Sebenarnya bila kita sayang kan sum1 adalah sebab kerana dia telah membuatkan kita rasa 'sempurna' bila bersama dengan dirinya. Dan pastinya insan itu yang telah mengubah dan menyentuh hidup dan mengusik hati kita. Semuanya membuatkan aku teringatkan kata2 seseorang,

"SUSAH NAK LUPAKAN SOMEONE YANG PERNAH RAPAT DENGAN KITA. LEBIH-LEBIH LAGI BILA DIA DAH 'MENGUBAH' KITA"

Kadang2 kita tak perasan bila kita dah sayangkan sum1 tu. Kita rasa macam biasa je. Tapi kita akan perasan yang kita sayang kan dia bila dia tak ada, kita rasa macam satu kekurangan je. Sebanyak mana kita cuba menafikan rasa tu, sekuat 2 lah kita akan semakin sayang kan dirinya. Tapi memang ada orang yang susah nak ungkapkan rasa sayang tu. Sampailah satu masa bila orang yang dia sayang 'hilang' dan tiada lagi untuk dirinya.

Mungkin kita akan rasa sedih bila rasa cinta dan sayang yang dilafazkan akan ditolak dan dipersendakan. Tapi sekurang2 nya kita dah cuba menyatakan pada dirinya.

Sekurang-kurangnya diri nya pernah tahu bahawa kita pernah sayang kan dia. Mungkin kita bernasib baik bila dia pon sama2 sayang kita. Tapi sebaliknya...emm..life's must redha lah..hehe

CINTAILAH SESEORANG SEWAKTU DIA MASIH MILIK KITA, BUKAN DI SAAT DIA BUKAN LAGI UNTUK KITA

LAGU ku untuk mu

Perasan tak, sebenarnya lagu tu boleh mempengahruhi mood sum1. Kadang2 bile dengar lagu boleh buat kita sedih dan gembira. Lagu jugak boleh membuatkan kita teringatkan kenangan dengan orang tersayang dan sebaliknya. Bila hati tengah sedih, dengar lagu yang sedih2, rasa macam lagu tu makin membuatkan hati dan jiwa kita meruntum kesedihan. Tapi bila tengah falling in love, dengar lagu yang hepi2 je.

Dah lama gak aku tak layan lagu2 ni. Lagu 1st yang buatkn aku rasa nak layan balik dengar korang tau tak lagu ape?hehe, mestilah lagu Ashiteru. 1st time dengar lagu ni je aku dah suke. Sebab lirik dia memang best kot..

"walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku"

Bila dengar lagu ni mesti teringatkan kenangan aku time praktikal. Lagi satu lagu Percaya Padaku. Sweet je kan.
Kalau rasa2 nak luahkan rasa sayang kita dekat sum1, bagi lah lagu ni dekat die. Pas2 kalau die tak percaya gak, apa kata korang bagi die lagu Percaya Padaku.
"berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku"
hehe, agak2 die akan caya tak? Try lah hehe.. Tapi if die x caya gak xtau lah kan. Nasib lah..haha

p/s: Reminds me of you~

Si Ratu Gelek Nina



Ni lah nina..@ Azrina Salim..die jadi camerawoman time aku last day di SAB. Kadang2 aku geram dengan die ni. Banyak cakap dan banyak plak songeh nak bantah cakap aku.

Selalu lah ber'tekak' dengan die ni. ade je. Lepas dah lama praktikal barulah aku tau dia lah insan yang rupanya bergelek sakan waktu malam hari guru tu.



Nina..sweet name. Kalau tengok orangnya mcam ngade2 sikit. Tapi siapa sangka lah die ni terer silat. Aku agak terkejut waktu die amik hadiah yang masuk pertandingan silat 2. Pergh...dalam jadi ratu gelek rupanya silat gak budak ni. Dahsyat! hahaha..

Kalo aku sedih2 dah rindukan die, aku akan tengok video yang die gelek 2. Sure aku gelak sorang2! haha.. ;D

Oh my student

Pelik kan studen dah macam kawan2, kadang2 macam adik2 aku pon ade gak. Nakal dan mcam2 perangai sorang2 ni. Lucu dan membuatkan aku ketawa dan gembira bila bersama mereka. Tapi ada kalanya membuatkan aku risau dan geram dengan perangai diorang yang x siapkan keje sekolah dan buat nota.

Kelas 4 A 2

Ada yang kata aku tak garang. Memang sifat aku tak suka marah. Sebab marah 2 kan sifat syaitan..hehe. Dan sabar itu adalah sebahagian dari rasa iman. Bukan tak reti marah. Saje je bagi peluang. lagipon lecturer dah kata,
"Time praktikal ni kawal emosi jangan garang2 sangat dengan budak2"..
emmm, yelah encik~
Seandainya kalau mereka tahu kalau aku dah marah. Memang buruk lah! Mesti diorang tak sangka. huuu..

Kelas 4 sains 2

moral student

Sebenarnya xda sebab yang aku nak marah dengan studen2 aku ni. Nakal tu biasalah. (macam aku dulu2). Sedikit sebanyak studen2 aku ni dah buatkan aku rasa suka dah nak jadi cikgu.


TQ syazana! ;)

Last day dekat SAB dan tamat lah aku menjalani praktikal. Tak sangka kan terasa cepat masa ni berlalu. Emm, memang kalau waktu kita gembira cepat je masa berlalu. Tapi kalau tak best, rasa lambatnya lah masa nak berlalu. Siput lagi laju lah!

Kenangan tak kan aku lupa bila surprise dari studen2 aku. Siap bagi kek spongebob lagi. Padahal aku tak lah mengajar diorang tapi hubungan aku dengan diorang ni kadang-kadang macam cikgu, kadang2 macam kawan2..haha entah lah. Myb sebab perangai aku yang agak tak mature kot..huu

Actually bukanlah tak matang, sebab aku selesa bila bersama dengan mereka. =)

Emie, Nina, Syazana, Nurul, Alya

Sape tak bosan duduk sorang2 kat bilik belakang warden tu. Tapi aku gak yang pilih nak pindah bilik tu. Sebenarnya sebab aku segan nak duduk dengan cikgu yang selalu denda aku. Walaupun sekarang dah jadi rakan sejawat tapi trauma masih ada lagi..haha

Entah macam mana aku boleh rapat dengan sorang studen ni. Nama dia bukan main lah panjang.. Syazana Fatin Syafiqah binti Zakaria! Peribadi yang lembut tapi kadang kala garang. Dan paling aku suka bila tengok muka die yang blurr2 2..haha.

Sejak aku rapat dengan dia ni lah baru ada 'kawan'. =) Dia lah yang selalu teman aku makan, tolong ironkan baju if aku tak sempat. kalau tak, aku memang duduk sorang je kat belakang 2.. bosan kan.huu.. Dan paling aku tak boleh lupa bila studen aku sorang ni lah yang tolong teman dan jaga aku time kes aku tertendang lantai main futsal. Perhh.. macam nak nangis aku menahan sakit wei. Tq so much my dearest Syazana =p

Ni lah chipsmore ;)

Kawan2 praktikal aku yang lain jeles ngan aku. Mana tak nya duduk pun free, kemudahan semua ada. Syukur alhamdulillah lah bagi aku. Myb ada hikmah kenapa aku kena buat praktikal sorang2.

p/s: setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah knows best

Jatuh cinta dengan CIKGU




Siapa lah sangka seorang studen yang agak nakal dulu time sekolah kini hanya tinggal beberapa hari menghabiskan study nya dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siapa sangka yang dulu nya dia msuk UPSI ni pun bukanlah atas dasar 'minat' nya menjadi seorang 'CIKGU'. Dan aku sendiri tak menyangka yang aku akan bertahan menjalani praktikal selama satu sem di SM (P) Sultan Abu Bakar.


Ingat lagi dulu ada akak senior cakap,

"Nak tau kita minat ke tak jadi cikgu tunggulah time praktikal".

Bagi aku semua tu tak betul. Mimpi ngeri nak kena buat praktikal. Mengarut je! Time buat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pun aku rasa macam setahun lama nak tgu habis. Padahal dua minggu je. Inikan nak habiskan praktikal satu sem. Memang nak menangis je rasa!

Semua perasaan TAK SUKA, TAK MINAT tu berubah setelah tamatnya sesi praktikal. Semuanya berubah bila perasaan SUKA dan CINTA dengan 'cikgu'. ;D
Banyak kenangan terindah yang aku dapat walaupun xdelah dapat A..huu. Kenangan 2 lebih bermakna dan paling penting, sekarang aku dah falling in love lah dengan cikgu ni..hehe

Aku sendiri tak pernah termimpikan aku akan menjadi seorang cikgu. Cuma dulu2 kalau cikgu2 denda aku, aku selalu cakap dalam hati..

" Kalau lah aku jadi cikgu, aku tak nak jadi macam ni, macam 2, bla, bla, bla" (protes pasal kena marah).

Emm, mungkin tu satu doa kan. Lagipon, sebab lah aku ni agak nakal, cikgu2 yang membebel dan yang marah2 kat aku selalu doa,

"kalau awak jadi cikgu, awak tau lah nanti macam mana perasaanya".


Aku rasa mustahil kot aku nak jadi cikgu. Tak rock lah! haha..tapi..benda yang kita tak suka tu sebenarnya kadang-kala adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk menjadi seorang pegawai polis. Tapi aku percaya kalau jadi cikgu, aku mampu melahirkan seorang bakal polis. Mungkin bukan setakat polis, PM pon x mustahil lah! haha..ape2 pon, insyAllah. =)

p/s: Jangan cakap tak suka, nanti lama2 jatuh hati..hehe ;p



Saturday, December 24, 2011

Kejut studen hostel solat subuh!


Lepas je yang kes Wakena beb dari budak2 hostel malam tu, memang aku bertekad nak jadi cikgu yang 'nakal' sekejap.hehe..

Aku memang x sangka lah aku dulu nakal2, boleh plak studen aku buat kat aku lak ek.. Bak kata cik Emi,
"haa..cikgu Adah awak x boleh nak marah, sebab die pon same 'nakal' macam ni"..

emmm yelah cik Emi..haha...
macam x sangka je dulu aku brutal2 boleh terkena gak..huu. Betul lah kata orang, "kalau kita nakal, akan datang studen kita lagi nakal"..hihi

Malam tu time diorang nyanyi lagu tu aku masih blurr2 lagi. Yelah aku memang tengah mamai..ngntok gile kot tdo lambat. Agak beberapa saat aku pending baru lah sampai.huuu..
Dalam hati aku agak mengelodak dan bercampur dengan lucu lah.

"Berapa kali lah korang nak sambut Hari Guru ni wei??"!!

Tapi tu lah 1st time aku jadi cikgu, dua kali aku sambut hari guru. Lucu2..kenangan terindah yang membuat kan aku sedikit telah jatuh hati dengan "GURU" =)

Hadiah yang paling bermakna dari asramawati bila dihadiahkan telekung. Sejuk hati. Dapat gak diorang saham kalau aku gunakan kan ek. Pandai adik2 asrama ni.. (macam aku gak lah, haha ;D)

Lepas diorang dah bagi2 hadiah dan salam2 lah bagai..aku pon mula lah terkeluar sikit tanduk. Aku gtau cik emi dengan sopan santunya,
"Cikgu, izinkan saye nak kejut budak2 ni esok pagi solat subuh".
hehe, sebenarnya aku rasa agak tercabar gak bile aku bleh terkena dgn budak2 ni. So its time 2 'balas dendam'..haha
So, seawal pagi gak lah aku bangun. Walaupun di dasar hati aku yang masih ditarik2 untuk tido lagi, tapi aku gagahkan gak bangun. Baiknya lah seorang cikgu yang sanggup bangun semata-mata nak kejutkan pelajar-pelajarnya solat subuh..hehe

Sebelum azan subuh berkumandang lagi aku dah bangun. Siap2 solat subuh je, aku pon keluar lah. Bermula destinasi pertama di dorm Topez dan berakhir di dorm Fairus.haha
Memang syok lah..masuk2 dorm diorang je aku pasang lagu Korea yang agak rock sikit. Apa lagi terkejut lah diorang tibe2 bising. Lagi bes aku terus bukak lampu dan gegar katil sape tak nak bangun.

"Bangun2 solat subuh, pi solat jemaah. Sape tak bangun saye jirus air!"

hahaha, memang lucu lah aku tengok muka budak2 ni bangun mamai2 dan terblurr2.. haha, tulah sape suh menganggu tidur beta kan..hehe. Lagi bes ada yang siap marah lagi bile aku ketuk pintu dorm. Ceh, berani2 je marah 'cikgu' ye..haha

Entah pukul berapa lah diorang tdo lepas kes wakenabeb malam tadi. Tapi ade aku kesah ke? (jahatnya)..haha. Kesian gak..tapi memang sengaja nak terbalas dendam..hihi..tapi lebih pada memang niat nak kejut solat pon =p

Lepas dah kejut2 budak2 ni, ape lagi..balik bilik, then........

Cintinue bermimpi..hahaha ;D

Friday, December 23, 2011

Surprise Malam2 Buta, adoiii!

Kisah aku kena dan terpaksa rela nyanyi tu satu hal. Yang tak tahan, dan aku paling tak kan lupa lah pada malam nya lagi. Alkisah pon bermula~

Aku terkejut tiba-tiba bunyi alarm. Isk, kenapa lah time2 ni plak nak buat fire dril..dah lah malam tadi aku tdo lambat. Maklumlah biasa pukul 10 dah tdo. Disebabkan sambutan adik2, anak2, murid2 hostel untuk Hari Guru yang aku agak terover time untuk tdo. Tapi ape2 pon memang enjoy. Persembahan2 malam 2 memang bes giler. Sporting nya adik2 asrama ni kan. (macam aku dulu gak ler, hihi ;p).


Nak dipendekkan cerita, aku tengah syok2 tido tibe2 penolong KA ketuk pintu bilik aku. Aku memang tak kan lupa lah wajah nya yang agak slumber mengejutkan aku dari lamunan mimpi. Aku ingat lagi ayat Biha, pen. KA, "Cikgu2, bangun. Ada fire dril"..ceh! (Dalam hati aku pelik, kenapa Biha pakai baju macam nak g jalan wetex je..emm..biar lah)


Emm, nasib baik aku tdo malam 2 pakai sempurna sikit. So, aku terus kua dengan tak basuh muka, dengan mata yang pejam sambil berjalan pi dataran. Alamak, aku berdebar2 coz aku tengok Cik Emi dgn budak2 hstel lain semua dah ada. Dalam fikiran aku,

"Isk kalau lah betul2 terbakar, mau nya aku dah rentung kat belakang tu"..huu

Seperti biasa Cik Emi akan memberikan 'motivasi' dan sedikit 'ceramah' lah malam 2. Sebab budak2 ni turun lambat. So aku tak terkecuali lah kena dengar..tapi sebenarnya suara Cik Emi tu dah macam nak mendodoikan aku yg tengah mengantuk sakan ni..hehe..Tibe2 ade dua orang budak pakai baju sekolah lambat turun.

Haa..ni lah kalo korang nak tau yang buat aku pelik lagi. Tadi pelik pasal Biha dgn bajunya. Ni pelik ada dua orang makhluk Allah dengan pakai baju sekolah lengkap. Isk ape kena budak ni ek?Aku silap hari ke atau diorang. Tapi tak silap aku esok cuti.

Tengah syok2 Cik Emi bagi 'ceramah' free kat budak dua orang 2, tibe2 aku agak terkesima dan terkejut dan terpelik lah! Mana tak nya, tibe2 budak2 asrama ni nyanyi lagu 

"Selamat hari guru, selamat hari guru" ( dengan rasa tak bersalahnya )
Eh2, budak2 ni tak takut ke Cik Emi tengah hot 2..aku pandang muke cik emi dengan cikgu yus dengan wajah yang agak konfius...tapi rupa2 nya memang diorang dah plan!!!

ARRGHHHH.....WAKENABEB!!


Diorang sengaje lah kunun2 ade fire dril lah. Rupa2 nya diorang dah plan coz malam tadi nya surprise diorng Cik Emi dah leh agak dah. Aku tengok muke Cik Emi pon dah bengang gak..coz die macam aku lah..terkena gak! ( ceh..cik emi nak cover2 kunun dah tau..tapi padahal die pon tak tau gak yg budak2 asrama nya plan..hihi )

Isk dalam hati aku ni, bertuahnya lah punya budak. Siap diorang sambung bergelek sakan, nyanyi kat tengah2 dataran wat persembahan lagi! adoi...1st time sambut hari guru sebagai seorang guru dah terkena aku.huu.. Sambut dua kali lagi siap! haha, lucu lah kamu2 ni ;D

p/s: geram + konfius + lucu = siap2 lah kamu t..hehe

Jadi cikgu kena serba boleh kan?



Malam ini buat pertama kalinya aku telah dijemput untuk jadi pengadil. Yelah, konon-kononya pertandingan '3 buah lagu' dari semua form. Isk 1st time dijemput duduk depan sebagai pengadil. Kalau dulu tak pernah rasanya terfikir nak duduk bersama-sama Cik Emi kot kat depan ni.

Tarikh hari ni ialah pada 16 Mei. 1st time gak lah aku kena menyanyi depan budak2 hostel. Haha, demi anak-anak didik yang kusayang, (chewah, dah ade anak murid 2) aku wat2 x malu jelah konon2 macam sedap je. Padahal dalam hati tuhan je tau macam mana aku neves nya lah kat depan 2. 1st time kot aku nyanyi.huu..
Lagu yg akan aku abadikan dan menjadi ingatan, "Baik-baik sayang" Wali Band. Coz lagu ni je yang aku engat sebab Oreo pon suke lagu ni..

Isk ni semua permintaan dari KA lah..ish..si siti ni memang lah.. cuba mencari simpati dekat cik emi supaya cik emi gtau kat siti x yah lah suh aku nyanyi malam ni..tapi...huuu
Cik emi kata,

"Haa...2 lah dulu suke buli cikgu"..haha,

 sekarang aku lak yg kena. Isk terasa macam dlu aku x nakal lah plak kan..haha..hukum karma..hehe ;)

Dan pada malam ini aku telah menyahut cabaran itu. Yahhh, moral of da story, jadi cikgu ni bukan sekadar pandai bercakap, mengajar je..sampingan2 lain pon cikgu kena ada ok!

p/s: walaupun suara x sedap, bantai je lah..hehehe