Wednesday, April 4, 2012

Cara ALLAH berbicara dengan kita


Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka segeralah mendirikan SOLAT. Nescaya anda akan kembalo tenang dan tenteram. Sesungguhnya solat itu dengan izin Allah boleh menjaga anda dengan cara menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini. Jika kita mahu mengadu kepada ALLAH cara nya ialah dengan bersolat. Solat lah cara untuk kita berbicara dengan ALLAH.

Sesungguhnya UBAT HATI itu ada lima perkara. maka ubatilah hati yang dalam kesedihan itu dengan 5 perkara ini :



Pertama:
Bacalah Al- Quran dengan menghayati isi kandungannya.  Jika anda tengah berada dalam kedukaan dan kekecewaan pujuklah hati dengan membaca Al-Quran. Jika kita mahu mendengar ALLAH berbicara dengan kita pula, bacalah Al-Quran dan fahami isi nya.

Kedua:
Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Jika perut kita terlalu kenyang, kita akan menjadi malas dan secara tidak langsung kita juga akan hanya duduk bersahaja dan mula melayan mod kesedihan.

Ketiga:
Bangun (beribadat) di waktu malam dengan cara berzikir. Di waktu ini adalah waktu yang sunyi dikala semua orang lena diulit mimpi, bangunlah kita untuk mengadu kepada NYA. Sesungguhnya DIA Maha mendengar setiap rintihan dan kesedihan kita.

Keempat:
Menghampirkan diri kepada ALLAH (beribadat) sepertiga malam dengn solat sunat. Di saat ini dapat kita merasai ketenangan dan barulah kita terfikir, manusia jarang sekali mahu bersama-sama ketika kita dalam kesedihan. Tetapi ALLAH sentiasa ada untuk kita. 

Kelima:
Sentiasa bersama-sama di majlis orang-orang soleh. Kenapa? Sebab kemaksiatan dan hiburan itu sebenarya hanya akan membuatkan diri kita gelisah. Kemaksiatan itulah yang meragut ketenangan kita. 

"Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian nya akan turut meresapi kita. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, percikan apinya akan melukakan kita".


"Jika kita mahu berbicara dengan ALLAH, maka SOLAT lah, dan jika mahu mendengar ALLAH membalas setiap aduan kita, maka BACALAH AL_QURAN"

Indahnya ISLAM :)

No comments:

Post a Comment