Thursday, May 5, 2011

Dulu Student sekarang Warden


3 hb 5, 2011

Tinggal beberapa hari lagi aku akan menjalani latihan mengajar (LM). Rasa berdebar-debar semakin kemuncak. Rumah sewa masih tak setle lagi ni. Isk..pening lah.. dan nak dijadikan cerita selepas aku sudah mandi, waktu nak siap-siap solat sunat, tetibe hp aku berbunyi. Timbul persoalan dalam hati aku, nama Cik Emy selaku ketua warden asrama yang selalu bagi 'hadiah' kat aku time aku kat asrama dulu.

 "Eh kenapa plak Cik Emy call ni?"

Dalam nada cover aku menjawab call Cik Emy. Pendek ceritanya Cik Emy telah memberikan arahan untuk aku tolong die jage studen asrama coz warden2 lain xde. Hmm..tanpa agak dapat befikir aku setuju jelah pasal aku pon tengah pening memikirkan hal rumah sewa. Dan selepas tu baru aku pk balik. Eh macam mimpi plak tadi. Kenapa aku setuju ek. Aku nak jadi warden??

Betulkah ni? haha, macam tak caye je ni. Sebenarnya aku tak sampai hati bila Cik Emy dah call dan mintak tolong. Lagipon ok je kot. Memang lah takut tapi insyAllah i'll try da bess..hehe

Bukan ape, aku teringat lah waktu dulu2 aku bleh lah dikatakan budak agak nakal (nakal ek bukan jahat) kat asrama. Masih teringat prinsip aku BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG YEE...

Bagaimanakah harus aku hadapi pelajar2 yg pastinya lagi nakal dari aku?huhu..(hukum karma).. Eh tapi tu dulu ea.. Sekarang aku dah taubat tau..hehe
Baik dah ni..yelah konon2 nya nak jadi cikgu.haha.. ;p

Bila aku bagitau kat atok dgn mak, atok pon cakap baguslah, sampai cikgu call. Baiknya cikgu.
Dalam hati aku dan fikiran aku masih terbanyang2 lagi memori kena duduk dataran. Terasa macam baru semalam je jadi..huhu.. Bukan berdendam tapi trauma..haha
Mak kata jadikan pengajaran dan kalau cikgu tak denda aku macam tu, tak jadilah aku macam sekarang. emmm...agaknya lah kot..hihi

Abah kata: Lepas ni kena berubah jadi macam cikgu2..emm..ok baik..hehe ;)
abah kata xleh gelak kuat2 lagi macam kartun..hihi..so hari Isnin ni kot2 aku berubah. Nantikan ye...haha

Selama 4 bulan, nantikan lah episod2 cerita aku seterusnya sebagai warden dan cikgu ye..ok..daaa...wish me luck ye!