Showing posts with label Gadis Zahra Scarves. Show all posts
Showing posts with label Gadis Zahra Scarves. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Panggilan Hangit!!! Arghhhhh!!




Permulaan kerja yang baik pada hari ni. Datang seawal pukul 9.22 am. Wah memang pekerja yang sangat menepati masa..hehe. Buka2 laci je tetiba tengok ada bungkusan hadiah. Wah!! untuk REDHA lah..hehe aku lah tu. Excited aku buka. Punyalah berlapis2. Tup2..korang teka la apa dalam tu! haha, sebungkus creamer MC D..haha memang xda keje atau dah terlebih rajin betul diorang yg diketuai bos aku membungkusnya untuk aku. Terima kasih banyak2 lah ye awak2.

Tapi hari ni perkara yang aku belajar dan kena perbaiki adalah..... BERTENANG!!

Seperti biasa lah hari sabtu memang ramai orang. Tengah sibuk2 melayan customer, tiba2 dapat kol. 

"Saya dari MPM (Majlis Perbandaran Muar). Boleh tak saya cakap dengan manager"

Alamak time2 ramai macam ni, ada plak orang nak cakap dengan bos. Tapi yang paling bes tu die boleh cakap...

"Saya nak bagitau lah yang SULTAN Johor tak berapa nak berkenan dengan papan tanda Zahrah Scarves tu. Besar sangat. Kaler die pon merah sangat. Boleh tak ye kalau tukar. Kaler biru ke..."



La...apa kes plak tiba2 Sultan Johor ni. Actually aku pun terfikir kenapa plak dan apa kena mengena Sultan Johor tiba2 ni nak tukar papan tanda. Macam tak logik. Tapi sebab aku tak dapat bertenang dan terkejut tu aku tak terfikir pun tu sebenarnya PANGGILAN HANGIT! Yelah melibatkan Sultan, sapa lah berani nak bantah..huu

Kebetulan time ni giliran aku kena jadi casher. Dapat plak customer yang agak 'tinggi pilihan' nya. Makin lah aku bertambah kekelam kabutan nya.huu.. Nak dijadikan cerita nya aku yang tengah kelam kelibut tu sampai aku tersalah scan tudung tu.huuu...sepatutnya aku kena bagi harga 5%. Tapi aku terkira harga yang belum diskaun!! So, banyak lah cstomer tu kena bayar. 



Dipendek kan cerita nya, aku kena lah call balik cstomer tu dan minta maaf dekat die. Dan aku akui memang salah aku sebab carelessssss...huu. Tapi nak buat macam mana kan. Belajar dari kesilapan =) InsyAllah everything wil be okay.

Tapi lepas kes tu, aku agak trauma nak jaga bhgian casher. Tapi takpe lah. Bukan rezeki. Dan moral of da story aku kena lebih banyak BERTENANG dalam menghadapi pelbagai situasi. InsyAllah!!

Bagi aku EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER! 

Aku akan try untuk tidak mengulangi kesilapan yang serupa lagi. Wish me luck!! ;)

Friday, July 13, 2012

Bersyukur dan bahagia ;)

Sedar tak sedar rupanya dah hampir dua bulan aku keje dekat Zahrah Scarves. Seriusly aku pun tak caya aku akan bertahan sampai sekarang. Kalau aku sendiri tak percaya apatah lagi kawan2 aku dan especially Cik Mardhiana yang asik tanya 'bila nak berhenti kerja'.

Kenapa aku boleh bertahan??haha...simple je.. Aku dah jatuh hati dekat sini! Dengan kerja dan juga dengan Zahra Team. Semakin hari semakin sayang lak. Hidup ni sebenarnya kita kena lebih banyak untuk belajar bersyukur. InsyAllah kita akan lebih bahagia. Kunci kebahagiaan adalah apabila kita belajar mensyukuri dan menghargai apa yang ada. 

Tak perlu terlalu kaya atau mewah. Cukup lah sekadar bersederhana sahaja tetapi sudah cukup membuatkan kita bahagia. Lebih2 lagi bila kita rasa disayangi dan menyayangi ;)



Kerja yang kita lakukan bila niat ikhlas kerana Allah, setiap penat lelah kita itu sebenarnya akan menghapuskan dosa2 kita. Tapi mestilah kita niatkan Lillahi ta'ala ;) SubhanAllah betapa indahnya Islam tu kan. 

Tinggal berapa bulan je aku kat Zahra. Nak buat macam mana kan tanggungjawab utama sebagai seorang pendidik menanti. Yang pastinya aku akan sangat merindui saat2 di sini. Bersama kawak-kwan kak Kelindan Lori, Mai2, Para2 dan bos yang gila2 ribena dan kadang kala agak senget lah. haha... Dan aku pasti juga akan merindui teman bergaduh aku lah..Si Pencuci Sampah..haha... 

Betul lah kata orang kan, kalau dekat ada saja tak kena, bila jauh terasa rindu plak..haha jiwang lah plak dah.


Emm...aku kena out dulu lah.. Nantikan story aku lagi next time. ;P


Wednesday, May 30, 2012

Ukurlah baju di badan sendiri



Percaya tak yang aku masihlagi bertahan bekerja di Zahra ni. Masuk ni dah dua minggu tau.hehe..
Kisah hari ni ialah apabila aku kena berhadapan dengan seorang makcik yang agak cerewet..huu..Biasalah sebagai jurujual ni slogan yang harus dipegang ialah "Customer alwis right". Erm..disebabkan moto yang bagi aku ni kadang2 tak releven ni memang lah sangat menguji kesabaran aku. 

Mana tak nya aku kena berhadapan dengan seorang makcik ni. Gaya ala2 macam datin gitu. Bercakap dekat handphone pun ber 'I' 'U' tau. Tapi yang tak bes nya disini adalah bila dia mula tanya....

"Kat sini harga tetap ke?"

Dan sebagai seperti yang diajarkan, aku pun terangkanlah pasal kad keahlian Zahra untuk mendapatkan potongan 5 %. Tapi makcik tu punya lah agaj boleh dikatakan seperti mempersendakan aku dengan menjawab..

"5% je!" Sikitnya! Kat Ariani bagi diskaun 50 % tau.

Ok, aku masih mampu tersnyum lagi. Walaupun dalam hati nak je aku jawab, 

"Makcik, Ariani tu harga beratus-ratus, memang lah dia berani bagi diskaun 50%. After diskaun pun tapi still berpuluh2 lagi makcik oii"

Lepas tu kalau boleh dia nak trysemua tudung yang ada dekat butik ni kot! Semua tak berkenan. Mana tak nya, saiz muka dia agak besar, tapi yang dia nak saiz S..huu.. Lepas tu nak marah2 plak dia tak muat nak pakai.

Dan aku rasa macam nak cakap je kat dia, 

"Makcik ni tak ukur baju di badan sendiri lah"..huu. badan yang agak besar tapi nak saiz S..isk2..

Tapi apakan daya, aku hanya mampu memprotes dalam hati je..hehe Pastu lepas dia menggayakan tudung2 yang ada dalam tu nasib lah dia beli. Tapi cuma sehelai je.huh! Sepanjang dia test tudung tu macam2 lah dia 'ceramah' yang dalam erti kata lain cerewet..hehe. Sampaikan nak bayar tu pundia sempat pesan,

"Dik cari lah fesyen baru-baru sikit. Fesyen kat sini nampak biasa dah. Cuba buat survey dekat Shah Alam, dekat kedai tu, dekat kedai ni..bla, bla, bla....."

Pergh..bos besar aku pun tak nah cakap mcam tu.Dan aku rasa tahap kesabaran aku mula lah tergugat dek 'kepetahan' cutomer tu berbicara.Dan tibalah masa nya aku menjawab dengan berkhemah nya..

"Yelah makcik, jangan risau nanti saya buka butik sendiri, saya pesan ye tudung yang macam makcik nak. Zahra ada macam2 fesyen makcik sebenarnya tapi harga nya pun mahal lah. Bukan kiteorang tak nak bawak pasaran ke sini, orang kat Muar ni kena tengok gak. Bukan semua 'mampu' nak beli. Maklumlah diskaun yang kiteorang leh bagi 5% je...bla, bla..bla"

haha memang aku suka sangat tengok wajah customer tu serta merta berubah bila sebut tang ' tak mampu'tu. Erm..tulah makcik..lain kali jangan berlagak tau..haha. Sebenarnya bukan lah niat aku nak 'mengenakan' makcik tu. Tapi cuma aku tak suka bila dipersendakan. Bukan bermakna 'Customer Alwis Right' tu mereka boleh cakap macam2. kan!



Moral nya disini ialah:

Kalau nak membeli BMW, janganlah cari dekat kilang Proton. Kalau nak beli Mercedes, xkan lah boleh dapat dengan harga 10 K je.. sama lah perihalnya macam tudung..hehe

Maaf ye pada customer tu tadi ;)


Detik 16 Mei






Hari pertama aku bekerja sebagai seorang jurujual di Zahra Scarves. hehe, jika tahun lepas pada tarikh ini aku bergelar 'cikgu' tapi pada tahun ni 2012 plak aku telah bertukar profesion sebagai ahli Zahra Scarves ;)
Cepat nya lah kan masa berlalu. Semua nya datang tanpa diduga. Setelah berhempas pulas mencari kerja, akhirnya aku telah 'bertemu jodoh' di sini. Kebetulan waktu aku cari kerja, dan hari itu gak lah butik Zahra ni baru dibuka.. I'm be the 1st tau! hehe..

Alhamdulillah..aku dapat habiskan sehari bekerja di sini. Balik rumah memang penat. Almaklumlah setelah 4 bulan menggemukkan badan di rumah lepas tamat study di UPSI tercinta..huu.. Empat bulan cuti, naik 4 kilo! Oh tidak! haha..kerja hari ni betul2 mencabar ketahanan aku. Balik2 je lenguh nya kaki ni lah. Agak nya aku ni penyeri kedai kot sebab hari ni stelah 3 hari Zahra dibuka, hari ni yg paling ramai pelanggan.haha..alhamdulillah.

Aimi, selaku PA yg tak bergaji pun masih tak caya aku sekarng dah keje.haha, amie memang poyo.hehe. Sebenarnya aku pon sukar nak percaya yg aku boleh bekerja, sebagai jurujual lak tu..hihi. Tapi semuanya telah dirancang dan ditakdirkan Allah.

Adakah aku mampu bertahan di sini?haha..sama2 lah kita tunggguuuuu!!! ;D