Showing posts with label Life and love. Show all posts
Showing posts with label Life and love. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Baik nya Allah

RELATIONSHIP dengan Allah itu yg seharus nya dijaga. BerCOUPLE lah dengan kebaikan dan CLASH lah dengan kejahatan. Tiada istilah SINGLE bila mana akan sentiasa ada Malaikat menjaga kiri kanan dan cukuplah Allah pelindung ku
 

Sedar tak kita sebenarnya tak bersendirian. Setiap daripada diri manusia itu ada malaikat yang menjaga. Malaikat yang menjaga kita sejak kita dilahirkan. Dan Allah yang sering kita abaikan itu sentiasa ada bersama kita. DIA Maha Mendengar setiap rintihan dan Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan. Tapi kenapa kita masih rasa kita bersendirian?
 
Kadang kala saya sendiri berasa hairan kenapa ada sesetengah yang suka mengeluarkan ayat macam ni...
 
"Untunglah ada orang sayang..."
 
Oh mungkin kerana mereka tidak menyedari atau tidak menghargai kehadiran ibu bapa yang sayang mereka. Tanpa kasih sayang antara ibu bapa tidak akan lahirlah kita di dunia ini. Mungkin mereka harus sedar kehadiran keluarga dan kedua ibubapa itu yang menyayangi mereka. Ataupun mereka kekurangan kasih sayang?
 
Bf baru topupkan Rm 5 dah sayang giler dekat bf. Bila Gf cakap "I love u" dah percaya sangat diri disayangi. Tapi kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang tak terhitung jumlah nya. Oh..kasihan..! carilah cinta yang sebenar-benar nya dahulu. Dengan sendirinya cinta sesama manusia akan menyusul.
 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
 
Fikirkan...

Antara permata dan batu


Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :)

Yups sangat setuju. Dalam kita sibuk mengejar apa yang kita impikan sering kali kita meninggalkan mereka yang telah dan pernah memberikan kebahagiaan kepada kita. Sebab memang sifat manusia itu tidak tahu menghargai apa yang ada. Bila kita bersendirian barulah kita teringat kembali semua tu. 

Tapi tak mungkin kan orang yang pernah kita tinggalkan dahulu akan kembali seperti biasa. Sebab tu lah hidup mesti diteruskan dan cuba jadikan pengajaran apa yang pernah kita buat tu sebagai petunjuk untuk kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tak semua orang akan dengan mudah melupakan apa yang kita dah buat pada dia. Tu lah silap diri sendiri sibuk mengejar sampai kita tercicir sesuatu yang berharga yang pernah hadir dalam diri kita dan membahagiakan kita suatu ketika dahulu.

Moral of the story...

Jangan lah mudah membiarkan mereka yang menghargai kita dan mengambil berat terhadap kita. Mungkin masa tu kita rasa 'rimas'. Tapi sedar lah kita akan menyesal bila kita dah abaikan dia..huu

Monday, July 30, 2012

Jodoh itu RAHSIA Allah swt



Persoalan jodoh ni sering kali menjadi perbualan. Lebih-lebih lagi kalau umur dah semakin meningkat. Agak2 macam umur 24 tahun tu dah mula lah terfikir-fikir tentang jodoh kan..hehe. Jodoh itu tidak dapat dijangka sebenarnya. Sebagaimana ajal yang ditentukan Allah swt, begitulah juga hal nya dengan jodoh.


"Lamanya bercinta bukanlah jaminan dia adalah jodoh kita"

Kadang-kadang kita dengar orang yang dah lama bercinta bertahun-tahun lamanya akhirnya putus di tengah jalan. Mungkin sudah hilang keserasian atau serinya dek kerana terlalu lama nya menunggu satu ikatan yang sah. Tapi ada jga kes yang happy ending. Bahagia je bila dah lama berkasih akhirnya diijabkabulkan dengan satu ikatan yang diredhai oleh NYA. Ketahuilah bahawa...


"Tidak akan bermakna nya satu hubungan diantara lelaki dan perempuan selagi tidak diakhiri dengan sebuah PERNIKAHAN"

Dengann pernikahan itu juga sebenarnya kita telah menyempurnakan separuh daripada agama kita. =)
Tapi macam mana kalau dah bertahun 'berkawan' tapi diakhir nya dia bukan lah jodoh kita??

TIDAK MENGAPA...

Sebab sepandai mana perancangan dan kesetiaan yang kita berikan kepada pasangan tidak akan sama dengan hebatnya perancangan daripada ALLAH swt. Tidak mengapa jika dia bukan jodoh kita. Sebab Allah akan gantikan dengan lebih baik dengan syarat....




"Saling mencintailah kamu semua kerana ALLAH swt."


Apa sahaja yang kita lakukan asalkan keutamaannya adalah KERANA ALLAH, dan untuk mendapat keberkatan daripada NYA, insyALLAH semuanya akan dipermudahkan. Tapi mestilah kena ingat syarat nya..

"KERANA ALLAH"


Kita kenalah terlebih dahulu mencintai yang telah mengurniakan rasa cinta itu dahulu sebelum kita mencintai apa yang kita cintai. Barulah diberkati ;)

Sunday, July 29, 2012

Sayang itu adalah GIVE & TAKE



Memang akan rasa kecewa kalau ditinggalkan orang yang kita sayang. Lebih kecewa lagi kalau kita masih tak dapat melupakan dia tapi sedangkan dia entah kemana di saat kita sedang bersedih. Tapi tak perlu untuk kita terus menunggu orang yang dah sakitkan hati kita. Dalam erti yang ringkas nya dia dah pun kecewakan kita. Apa lah guna kita nak ingatkan lagi orang yang dah 'abaikan' kita sedangkan kita setia menanti dia.

Emm...tapi hakikatnya memang susah kita nak lupakan orang yang pernah kita. Mungkin sebab kita adalah seorang 'Pencinta Yang Setia' kot.haha..

Tapi cuba kita fikirkan secara mendalam. Tak perlu kita menangisi atau menyesali sebuah hubungan yang akhirnya kita dikecewakan.

"Jika kita dikecewakan oleh si dia, ketahuilah sebenarnya DIA (ALLAH s.wt) sedang mengajar kita untuk lebih REDHA."

Sebenarnya dalam sesebuah hubungan apa yang penting adalah GIVE and TAKE. Kalau hanya sebelah pihak sahaja yang GIVE dan sebelah lagi hanya TAKE itu bukanlah dinamakan sayang. Sayang itu adalah apabila kita boleh sama-sama berkongsi susah dan senang.

Tidak lah dinamakan sayang jika datang nya kepada kita hanya ketika diwaktu susah sahaja. Misal nya diwaktu dia sedang kehabisan kredit. Waktu itulah dia akan menghubungi kita minta tolong topupkan. Sedangkan waktu-waktu sebelum nya nak dapat sms dari dia bukan main susah sangat. Bila kita persoalkan mesti dia akan jawab,

"Cubalah awak faham, saya kan kerja. Memang lah saya busy"

Emm...sebanyak mana lah sangat masa yang diambil untuk membalas satu sms kan. Itukah yang dinamakan 'SAYANG'. Kita cuba fahami dia dan sering pujuk hati,

"Tak mengapalah, mungkin dia sibuk"
Tapi apalah makna sebuah hubungan itu kalau dia hanya datang dikala susah nya sahaja. Di waktu senang nya?? Di mana kah dia ketika itu? Pernah tak terfikir, waktu takda kredit dia sms kita suruh topupkan, tapi entah2 lepas tu dia sms dengan orang lain. Bukan kita pun. Niat kita memang ikhlas xnak orang kita sayang susah. Tapi cuba lah kita renungkan...

"Semakin banyak kita memberi, semakin orang tak tahu menghargai"
Jadi berpada-padalah dalam cuba menghulurkan pertolongan kepada mereka yang agak sudah mencerminkan tidak tahu menghargai anda. Bukan lah niat nak menghasut. Tapi sampai bilakah kita cuba menjadi 'alat' kepentingan kepada dia. Sebaik nya adalah...

"Sayangilah diri kita dahulu sebelum kita menyayangi orang lain"
Rasa nya lepas ni kita kena pertimbangkan sama ada kita terus bersama dengan dia atau kita cuba-cubalah menjauhkan diri kita pada dia. Memang susah pada mula nya nak melupakan orang kita sayang. Tapi sampai bila kah kita hanya setia menunggu satu pintu yang sekejap buka sekejap tutup untuk kita. Tanpa kita sedari sebenarnya masih ada pintu lain yang luas terbuka untuk kita.

"Jika dia pernah meninggalkan kita tanpa alasan, JANGAN sesekali membenarkan dia hadir dengan seribu alasan"

Thursday, April 5, 2012

Pengakuan Terakhir SYAITAN



Dan berkata lah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:

"Sesungguhnya Allah s.w.t menjanjikan kepada mu janji yang benar. Dan aku pun telah menjanjikan kepada mu tetapi aku menyalahi nya. Sekali-kali tidak ada kekuasaaan bagi ku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku. Akan tetapi cercalah diri mu. Aku sekali-kali tidak dapat menolong mu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolong ku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukan aku dengan Allah s.w.t. sejak dahulu lagi".

Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.

Surah Ibrahim : Ayat 22.

Lihatlah sesungguhnya syaitan itu penuh dengan tipu daya. Di waktu hisab (amalan kita dihitung di padang masyar) dilakukan tiada syaitan dapat menolong melainkan Allah sahaja yang berkehendaki. Syaitan sendiri takut dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) inikan pula kita sebagai manusia begitu berani melakukannya.

Secara terangan syaitan telah mengaku bahawa tiada hak ke atas manusia. Syaitan hanya pandai menghasut dengan pelbagai tipu daya sedangkan dia tidak benar-benar menjanjikan kebenaran itu. Sebaliknya setelah kita terpedaya dengan tipu daya nya, maka kita tidak akan dipedulikan. Bahkan syaitan berkata bahawa itu adalah pilihan kita sendiri!

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa dilindungi ALLAH s.w.t. Amin....



Wednesday, April 4, 2012

AJAL atau JODOH yang mana paling PENTING?




Orang selalu cakap pasal jodoh. Orang selalu tanya pasal jodoh. 

Nak-nak lagi kalau umur dah meningkat dewasa. Adakah begitu pelik bagi wanita yang berumur 24 tahun tetapi masih tidak mempunyai pasangan hidup??Adakah aku yang pelik, atau mereka kah?? emm...pening-pening.

Orang selalu tanya pasal jodoh kan.

"Umur dah meningkat ni bila jodohnya nak sampai?"
Tapi jarang pulak nak tanya pasal KEMATIAN. Kenapa tak tanya bila ek...

"Umur dah meningkat ni bila ek agak-agak kematian nak menjemput, dah sedia ke?"

Tidak kah itu lebih baik daripada asik membicarakan soal jodoh sahaja. Sebenarnya bila orang asik bertanya kan mengenai jodoh, maknanya umur aku semakin meningkat. Jadi jika umur semakin meningkat, maka semakin hampirlah aku dengan saat KEMATIAN. Sudah kah aku bersedia?? Tepuk dada tanya iman masing-masing. =)

Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. 

"Wahai Nabi, siapakah orang yang paling bijak?"

Dan Nabi menjawab:

"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan paling bersedia menghadapinya"



Bukan kah ajal maut dan jodoh pertemuan itu ditangan Allah s.w.t. Jadi kenapa kita masih mahu mempersoalkan jodoh bila, dan bila, dan bila... Soal jodoh kita sering titik beratkan. Tapi soal mati? Adakah kita tidak mempercayai bahawa jodoh itu juga adalah urusan Allah. Kalau lah seandainya kita tahu jodoh kita dengan siapa, senang lah kita nak menjawab. Tapi itu semua urusan Allah. Hanya Allah yang tahu bila, dan dengan siapa yang berhak menjadi jodoh kita.

Kalau kita percaya ajal itu urusan Allah, mengapa kita tidak pula sering berfikiran yang jodoh itu juga urusan Allah? Mengapa? Kenapa?

Lebih baik mengingati kematian daripada sibuk berbicara soal jodoh dan bertukar-tukar pasangan. Jika kita sudah bersedia, pasti Allah akan temukan. Jadi, apakah yang mahu dirisaukan wahai hati.

Antara JODOH dan AJAL, Manakah yang bakal dahulu MENJEMPUT kita??



Sebab kita selalu nak bicarakan tentang kebahagiaan. Jarang plak kita nak mengingati sesuatu yang membawa keinsafan :)

Jadi mulai sekarang apa kata kita tukar persepsi kita yang asik bertanya mengenai jodoh orang lain. Apa kata kita tanya tukar soalan kita tanya mengenai ajal. Ok x? hehe..saling mengingati. InsyAllah :)

Sebenarnya dua-dua sama penting. Dan yang sebaiknya kita MEMPERSEDIA kan diri untuk kedua-dua nya! ;D

Tuesday, April 3, 2012

Jom hargai orang lain ;)


Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.



Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

p/s: Bila kita belajar untuk menghargai seseorang dan sesuatu kita akan temui apa sebenarnya yang kita cari. Kita akan lebih bersyukur dan menghargai semuanya. Hargai seseorang sementara die masih ada untuk kita, insyAllah kita akan jadi orang yang paling bahagia.. :-) Menyayangi dan menghargai membuat kita lebih bersyukur

8 Cara Untuk Anda Mengubah Hidup Agar Jadi Lebih Baik Dan Bahagia.





1. Bersikap Optimis

- Pandanglah hidup ini dengan cara yang positif dan buangkan pandangan negatif anda.

2. Pandang Ke Hadapan.

- Realisasikan impian anda supaya apa yang di impikan dapat di capai. Teruskan Berusaha dan jangan menoleh kebelakang lagi.

3. Terima Kasih
- Hargai lah orang-orang di sekeliling anda yang selama ini banyak membantu dan menyokong anda dengan berterima kasih kepada mereka. Itu membuatkan mereka rasa di hargai oleh anda.

4. Nikmati Hidup
- Ambil masa untuk melakukan apa-apa perkara yang anda sukai dan dapat menenangkan jiwa anda. Ia akan memberi keceriaan kepada anda.

5. Rawatlah Tubuh Anda
- Sayangi tubuh anda membuatkan anda kekal sihat dan bahagia. Ambil Masa untuk melakukan senaman, mengawal diet anda dan sekiranya berduit, pergilah ke spa kerana dapat menyihatkan tubuh anda.

6. Ubah Jadual
- Rancang waktu yang efektif samada waktu bekerja atau beriadah dengan mengubah jadual rutin harian yang membebankan kamu. Ceriakan diri kamu dengan aktiviti yang tidak meletihkan dan rilek supaya tidak dibebani masalah kerja yang memenatkan.

7. Keep in touch Dengan sahabat lama

- Hubungi lah rakan-rakan anda yang lama tidak bertemu dan aturkan janji untuk berjumpa. Lebih baik adakan reunion bagi mengeratkan kembali hubungan yang lalu. Ia akan membuatkan anda ceria dan banyak perkara-perkara berfaedah dapat dikongsikan bersama teman-teman.

8. Kreatif

- Lakukan perkara-perkara yang membuatkan kamu kreatif dan berinovasi dengan melakukan apa-apa perkara yang menjadi hobi dan minat anda. Ia membantu mewujudkan pemikiran kreatif dalam diri anda serta membuatkan anda ceria dan bertenaga.

Saturday, March 31, 2012

Alahai Cemburu~


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.



Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, kita mestilah letakkan kepercayaan dalam hubungan tu. Kalo cakap sayang je, tapi tak habis-habis dengan perasaan jeles, hmm..rasanya baik kena fikir-fikirkan semula hubungan macam tu. Tak salah kalo sesekali nak jeles. Sebab kata orang,


"Cemburu tu tandanya sayang".


Betul lah tu kot. Tapi apa kes plak kalo dah cemburu buta tu? Isk..susah lah macam tu. Biasalah dalam alam percintaan mesti ade perasaan macam tu. Bukan ape, saje je nak dipujuk. (Ngade je, haha) Tapi tak usahlah terlalu cemburu sebab perasaan semacam tu kalo dibiarkan akan melarat dan tak mustahil nanti akan sebabkan "perpisahan". Haa...karang frust tak habis-habis plak. hahaha..



Itu cemburu dalam percintaan. Macam mana plak kalo cemburu atau lebih senang disebut jeles dalam persahabatan, dalam keluarga sendiri dan sebagainya?


Jeles pada kejayaan seseorang tak pe. Asalkan kita berusaha sungguh-sungguh nak berjaya macam die gak. Tapi jangan jadi 'pendengki'. Jeles pada kelebihan orang lain tapi tak nak usaha. Yang die tau nak tengok orang berjaya tu jatuh tertiarap dan tergolek-golek. Isk, ape jenis manusia lah macam tu. Kan, kan, kan?

Tapi cemburu ni ada gak yang positif. Misalnya dalam beribadat. Kita mesti ada sifat cemburu melihat orang berlumba-lumba buat kebaikan. Cemburu positif ni bila kita pun mestilah sama-sama nak buat kebaikan, bukan kita mengutuk orang yang buat baik tau.

Dalam kita berkawan pon ade kadang kala perasaan macam tu kan. Tapi kita ade akal dikurniakan Allah untuk mengawal perasaan tu daripada menguasai diri. Sebab kita semua adalah manusia biasa. Ada perasaan cemburu, suka, sayang, dan macam-macam lah. Lebih-lebih lagi bila apa kita sayang, kita suka terpaksa dikongsi dengan orang lain.hmmm...susah nak dikatakan.


Dan kebiasaanya kita akan berperasaan jeles kalo rasa kedudukan kita di hati si dia tergugat. Mestilah kan kalo kita sayang seseorang kalo boleh nak full attention si die hanya untuk kita. Tapi mane bleh. Kena lah belajar berkongsi kan. Kadang-kadang itu lebih baik walaupun agak menyakitkan sikit...huu

My heart say: Bila saya mula sayangkan sum1, bermakna saya kena percayakan die..but's not 100%


Rahsia Hati Tak Siapa Tahu





"Hidup tak akan menghargai kalau kita tak rasa kehilangan"

Saye kah insan yang tak pandai menghargai tu? Semua yang berlaku kadang-kadang di luar kemampuan kite. Kadang-kdang kita tak sedar perbuatan kita dah buat hati orang lain terluka, terkecil hati. Tapi semua yang terjadi bukan lah sebenar apa yang tersirat dalam hati. Myb die tak maksudkan macam tu. Tapi susah nak diluahkan dengan kta-kata. Sebab bukan semua benda boleh secara mudah untuk berterus-terang. Sebab kenyataan tu biasanya tak seindah apa yang di impikan.

Kadang-kadang seseorang boleh berubah jadi orang lain. Tapi pernah tak orang sekeliling nya faham apa ada dalam hati die? Manusia memang bijak berkata-kata. Tapi pernah tak kita fikirkan apa sebenarnya die maksudkan. Apa yang sebenar ada dalam hati die? Adakah yang diucapkan tu semua memang jujur dari hati die? Kita jarang dan malas kadang-kadang nak amik tau semua tu. Yang kita tau cume salahkan die, lepas tu fikir yang bukan-bukan pasal die.

Sebab tu lah kadang-kadang berterus-terang lagi baik kan. Walaupun menyakitkan, sekurang-kurangnya kita boleh perbaiki kelemahan diri. Sebab kita tak nak kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup ni. Itu adalah satu perkara yang amat menyakitkan sebenarnya. Sekurang-kurang nya bila kita berterus-terang masalah dan salah faham boleh setle. Daripada berdiam diri, masing-masing akan fikir macam-macam. Tak nak macam tu. Sebab.... saya tak nak rasa kehilangan lagi...

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu happy go lucky je. Pernah tak kita fikirkan apa dalam hati die?. Bukan semua orang yang nampak happy di luar sama macam apa dalam hati die. Sebab semua tu cuma nak pujuk hati sendiri. Nak buat-buat happy untuk orang sekeliling die rasa die ok. Dan buat semua orang yang die sayang tu happy, tak nak risau kat die.

Tapi kadang kala kita tak akan kuat untuk hadapi keseorangan. Sebab kita cuma manusia biasa. Akhirnya kita terpaksa korbankan semua kemahuan dan kehendak hati kita untuk nya.

Dan sekuat mana pun kita, pada suatu masa bila kita keliru dengan semua itu, dan kita tak tahu nak buat apa lagu.. kita cuma boleh cakap dalam hati,

" Saya mintak maaf, tak ada niat nak sakitkan hati awak........!!

Hikmah No Couple B4 Nikah


  • Bila kita berkahwin kerana Allah, walau tak pernah KENAL... tak pernah BERCINTA... tak pernah Dating..
  • Lepas saja lafaz ijab kabul, Allah akan campakkan rasa SAYANG, CINTA dan RINDU dalam HATI kita dan pasangan kita.. (,^^(^^,)
  • Si suami automatik akan berasa "tanggungjawab" untuk protect isteri dan isteri akan automatik menjadi "taat" kepada suami..
  • Sebab tu kita lihat pasangan yang bercinta lepas kahwin nampak sangat bahagia..sweet..romantik sangat jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama bercinta sebelum kahwin. ^,^

Sebenarnya kan,

"Sebanyak mana kita menyedut kemanisan sewaktu bercinta, semakin hambarlah kemanisan nya setelah kita berkahwin"

Banyak hikmah kenapa ISLAM tak benarkan kita BERCOUPLE

Antaranya ISLAM tak mengajar kita untuk memain-mainkan dan menyakiti perasaan orang lain. Lebih-lebih lagi yang tidak sah bagi kita. Ini tidak lah bermakna kita boleh menyakiti hati isteri dan suami kita. Tapi bila kita telah berkahwin, kita akan lebih sama-sama menjaga hari pasangan tercinta.

Kalau tak ada perhubungan yang sah, senang-senang sahaja kita akan ditinggalkan dan meninggalkan. Tapi kalau ada nya ikatan yang dinamakan PERNIKAHAN, kita akan rasa lebih bertanggung jawab dan bila nak tinggalkan mereka, kita akan fikir banyak-banyak kali. Nak- nak lagi kalau kita dan ada mempunyai cahaya mata. Kita akan lebih bertanggungjawab untuk memikirkan masa depan anak kita. Dan secara tidak langsung, perkahwinan ini telah mengajar kita untuk TIDAK MEMENTINGKAN DIRI.

Indahnya Islam kan!

Tapi cuba bayangkan kalau kita cuma sekadar kekasih dan telah mempunyai anak luar nikah. Confirm2 sahaja perempuan akan ditinggalkan. Statistik sahaja menunjukkan 90 % lelaki akan meninggalkan aweks diorang kalau dah ada 'anak luar nikah'.

Senang kata dan secara mudahnya, kenapa ada hikmah no couple b4 nikah ni adalah, kerana ISLAM sangat MENJAGA MARUAH WANITA.

Indahnya ISLAM!! ;)

Cinta Melayu ke Palestin paling Hebat!



"Anak Palestin gugur syahid,
Anak Melayu gugur janin..


Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga,
Anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga..

Anak Palestin maut ditembak zionis semasa jihad,
Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit...

Anak Palestin menangis kerana diragut harta, maruah dan keluarga, tempat tinggal,
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki dan teman wanita diragut orang lain...




Cinta anak Melayu, mengapakah begitu 'murah'??


Seharusnya kita bersyukur berada di bumi Malaysia yang aman. Sedangkan mereka saudara se ISLAM kita yang berada dalam cengkaman kezaliman tidak sempat untuk meraih cinta dan keamanan. Kita di sini pula mempersiakan cinta dan tanpa kita sedar, kita lah juga yang telah 'menghancurkan' maruah Islam.

Asrafirullah al azim..!!

Moga kita sama-sama berada dalam lindungan Allah dan memperolehi cinta yang diberkatinya. InsyAllah ;)

Sketsa Cinta










A : Maaf tumpang tanya. Lorong CINTA, jalan SAYANG, kampung RINDU, daerah KASIH SAYANG, bandar I MISS U dimana??



B : Encik jalan terus..ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3, masuk sebelah kanan, ikut jalan NIKAH. Sepanjang jalan itu akan nampak di sebelah kanan kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI.

Hahh, itu tandanya encik berada di jalan yang betul!

Semoga selamat sampai dan diredhai (^^,)


Fitnah gaya moden lagi dahsyat!




"Memfitnah itu sama seperti memakan daging saudara sendiri"

Tapi kenapa kan masih ramai lagi yang suka menabur benih-benih fitnah. Yang semakin membajanya nanti orang yang mendengar. Kalau bubuh racun xpe gak. Terhenti lah juga fitnah tu nak tersebar. Tapi kalau yang mendengarnya tu pun sama gak suka membuat gosip, makin subur lah tanaman fitnah itu. Hasilnya??

Hasilnya nanti tentulah orang yang memfitnah itu dapat saham dosa. Allah itu Maha adil. Oleh kerana fitnah yang kita buat tu telah menyakitkan dan memburukan orang yang difitnah, makanya Allah berikan segala pahala setiap kali dirinya difitnah. Maha suci Allah!

Fitnah ni juga diibaratkan seperti virus. Lebih bahaya dari virus HIV!!

Kenapa??

Sebab fitnah tu akan lebih cepat tersebar daripada virus. Kalau tak, masa kan wujud pepatah,

'Mulut tempayan boleh ditutup tapi bukan mulut manusia'

"Memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh"

Disebabkan sebaran fitnah yang dibuat, habis semua berantakan. Suami isteri bercerai berai. Kawan bermusuh-musuh, adik beradik bermasam muka.

Sayang pon boleh jadi benci.

Betapa dahsyatnya fitnah!!

Tidak hairanlah kenapa boleh dikatakan bahawa fitnah ni akan menjatuhkan ummah. Kalau ummah atau masyarakat dah jatuh, x mustahil negara pun akan jatuh. Dahsyatnya fitnah!

Sayang kan seandainya dulu kita sama-sama kawan, berkasih sayang, bekerjasama tapi disebabkan timbulnya fitnah menjadikan sesebuah hubungan tu renggang. Ketahuilah bahawa bukan semua kawan kita suka melihat kebahagiaan kita. Nak2 lagi kalau kita percayakan kawan ni, tapi rupa-rupa nya dia lah musuh dalam selimut!





Dia baik2 dengan kita tapi rupanya dalam 'kebaikan' tu dia sengaja mencari kelemahan dan berceritakan keburukan kita pada orang lain. Apa jenis manusia kah sebegini??

Fitnah sekarang lebih canggih. Kalau dulu orang membuat fitnah kena pergi rumah ke rumah, dorm ke dorm, meja ke meja. Tapi disebabkan dunia serba canggih dan moden ni lah semakin ramai yang suka membuat fitnah. Dengan cara apa? Bagaimana?

Facebook! Cukup mudah! Hanya dengan membuat satu status memburukan seseorang, sekali kita post je, ramai yang akan like dan komen. Maka dengan mudahnya fitnah bertaburan diseratanya. Cukup2 lah menyebarkan keburukan orang.

Setiap orang ada keburukan masing-masing. Bukan beerti kita terlepas dari keburukan, dan orang tidak mengetahui. Tapi ketahuilah bahawa Allah masih menjaga aib kita! Tapi kalau kita dah selalu sangat mengaibkan orang, x mustahil aib kita sendiri akan terbuka. Masya Allah!

Nak2 lagi kaum perempuan, duduk plak dekat sekolah yang semua perempuan..huu. Ada2 saja gosip liar yang nak dijadikan bahan cerita. Tak cukup memfitnah kawan, cikgu pun sama di fitnah. isk2..

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka yang suka menabur fitnah! :)

Monday, February 27, 2012

Doa Seorang Kekasih

Assalamualikum wbt. 
Jom sama-sama baca doa jodoh ni. Semoga kita ditemukan jodoh yang baik-baik ;)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku, aku akui kekuasaan Mu, nikmat dan rahmat Mu buat diri ku. Tidak terbalas oleh ku ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, hamba Mu ini mensyukuri rahmat dan kasih Mu yang telah Kau berikan pada Ku.

Dengan rahmat Mu ya Allah, Kau pertemukanlah kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu di hati kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami ya Allah dari bisikan syaitan yang sering menggoda hati-hati kami agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama Mu.

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami.
Jadikanlah antara kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat Mu, ya Allah sinarilah hati kami dengan nur keimanan yang sentiasa bergemerlapan agar hati kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya mainan dan pinjaman semata-mata.

Amin, ya Rabbal A'laminn...

Sambut besday waktu kanak-kanak

Dulu time kecik2 ingat lagi selalu sambut besday sama2. Biasa nya aku akan sambut dengan Ayu pada bulan Februari. Along plak dengan Angah bulan April. Waktu dulu nak beli kek memang jarang lah. Nak beli sebuku kek kat kedai rasa mahalnya. Tapi sebenarnya buat kek sendiri lagi bes. Air tangan mak tu yang buat kan jadi bes :)

Pagi2 mak akan bangun buatkan kek untuk kiteorang. Mak buat kan kek je. Yang bab hias menghias tu kami adik beradik lah. Macam2 gaya kiteorang hias. Mana tak nya idea 4 kepala nak di curahkan dalam sebuku kek.

Pengalaman tu semua yang membuatkan kami adik beradik makin rapat. Nanti kan masing-masing berebut nak bunga.haha, lucu lah. Berkecah satu rumah.


Lepas tu nanti jemput kawan2 datang rumah. Suka ajak kawan datang ramai-ramai. Yelah nak memenangi sapa dapat hadiah paling banyak. Suka betul kalau dapat hadiah dulu. Sebatang pensel pon dah rasa teruja..hehe.. :)

Tapi bila zaman semakin moden dan Alhamdulillah rezeki makin bertambah, beli je kek. Secret resepi pon dah ada kat mana-mana. Tapi kan terasa rindu dengan kenangan dulu kala di zaman kanak-kanak.

Ni kek sambutan dengan Ayu yang sekarang dah pun bergelar 'mama' dengan aku yang still single lagi..hehe. Tapi bukan kiteorang yang potong kek. Sebab nya dah title ayu pon sekarang 'mama' so, anak nya lah yang wakilkan. Dia lah terlebih excited.hehe. Agaknya aku dlu pon macam tu gak kan. Besday orang semua jadi besday aku..haha

Tengok tu Aleesha yang terlebih excited.

P/s: Selamat hari lahir untuk my lovely sister ayu dan aku gak .. :)

Sunday, February 26, 2012

Cinta Muka Buku vs Cinta Muka Tak Malu




Tragisnya Cinta Muka Buku..Dari cinta Muka Buku sekarang ramai dah jadi cinta "Muka Tak Malu". Tak pun.. Cinta Berbulu..haha

Apabila melihat status anak-anak muda yang semakin meningkat ‘dewasa’ di Facebook sedikit sebanyak terpanggil aku untuk menulis ruangan ini. Ada kalanya lucu bila melihat status mereka yang masih bergelar pelajar sekolah yang begitu berani’ meluahkan perasaan terhadap kekasih masing-masing. Komen secara terang-terangan. Alahai gaduh2 manje..bersayang2, berabg2, beranje2..haha, macam2 versi. Mengalahkan pasangan suami isteri bergaduh..
Pasti nya mereka bijak dengan selok belok FB . Pastinya mereka mengetahui yang status mereka itu boleh di baca oleh semua orang. Berbangga kah mereka jika ribuan orang membaca pujuk rayu kemanjaan yang dipaparkan? Namun perasaan lucu itu ada kalanya bertukar kepada rasa sedih melihat antaranya sendiri dengan terang-terangan memaparkan gambar bersama kekasih. Mesra gitu.. Macam2 gaya ada..terlentuk sana sini. Tanpa ada rasa segan silu. Macam ‘artis’ gaya nya mereka ni.

Malah menjadi trend untuk menjadikan gambar bersama pasangan masing-masing dijadikan gambar profile di FB, Twitter dan sebagainya. Sehingga dengan confident nya ada antara mereka seperti menjangkakan yang kekasih itulah yang akan menjadi suaminya kelak. Apatah tidak dengan senang-senang sahaja mereka meletakkan status engaged, married, open relationship dan sebagainya lah. Memang tidak dinafikan ada sebilangan yang beranggapan,  

“Ala, status tu kan main-main je. Bukannya betul pun. Apalah yang nak diherankan nya”. Bukannya berdosa pun letak status macam tu”

Namun tidakkah mereka seperti ‘menghalalkan’ sesuatu yang secara terang-terangan akan membawa fitnah kepada mereka yang membacanya? Pasti berbunga-bunga cinta hati kekasih bila pasangannya meletakkan status engaged malah married di FB masing-masing. Mana kan tidak tanpa ‘bayaran’ dan sebarang ‘ikatan’, mereka sudah pun ‘diiktiraf’ menjadi ‘suami’ atau ‘isteri’ kepada pasangan kekasihnya. 

Tidak hairanlah kenapa pasangan kekasih sekarang dilihat begitu ‘taat’ dan ‘setia’ sehingga setiap jam dan minit ada sahaja laporan yang akan dihantar kepada sang kekasih. Baginya setia itu adalah cinta suci, dan hinggakan ada antaranya sanggup menyerahkan segala-gala nya untuk si kekasih bagi ‘membuktikan’ tahap ‘kesetiaannya’ kepada pasangan yang belum tentu ada sebarang ikatan sah itu. Setia nya jika dilihat sangat lah mengalahkan pasangan suami isteri yang sudah bernikah. 


Tragis nya cinta itu. Menyerahkan ‘hak’ kepada orang yang tidak sepatutnya hanya lah satu tindakan yang merugikan dan sia-sia. Jika segala-galanya sudah diberikan kepada sang kekasih hati, apakah yang akan tinggal untuk suami dan isteri yang sudah sah dinikahi dan halal bagi kita? Malah wajib kita berlaku setia dengan pasangan kita bila sudah mempunyai ikatan yang sah. Tentunya wajib bagi isteri taat dan setia kepada suami. Bukan sahaja isteri diberikan mas kahwin malah hantaran beribu-ribu daripada suami. Memang wajiblah isteri berlaku taat kepada suami yang akan menjaganya. Tetapi, apakah yang terjadi kepada zaman sekarang?? Dengan mudahnya memberikan title ‘tunang’, malah kepada ‘berkahwin’. Seperti kita mengiktiraf dia adalah pasangan kita yang ‘sah’. Betapa murahnya cinta kita. Betapa mudahnya kita ‘dibeli’ hanya dengan cinta hingga kita memberikan gelaran tersebut kepada mereka yang tidak perlu ‘membayar’ dan ‘menanggung’ kita?? Tragisnya jika kita bersikap begitu. Menyerahkan hak kepada yang tidak sepatutnya.



Mungkin bagi sesetengah golongan menganggap itu semua itu perkara biasa zaman sekarang. Namun ketahuilah, sebagai sesama Muslim adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur sesama kita. Bukan kah itu satu fardu kifayah. Memang ada yang menyatakan bahawa,  

“Kubur lain-lain, lantak lah dia nak buat apa pon, macam ko baik sangat”. “Hak masing-masing lah, belum tentu esok lusa kita x buat macam tu”


InsyAllah jika niat kita ikhlas menegur dan tujuan mengingatkan diri sendiri, minta lah supaya kita tidak sama berbuat seperti itu kelak. Sungguh ada ketikanya kita berfikiran cetek bila berfikir begitu. Memang lah kubur lain-lain dan dosa lain-lain. Tetapi tidak kah kita ingat pesan Allah,  




“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan …” 



Jika sungguh kita tidak mahu menegur atau takut jika dikatakan ‘kolot’ dengan benda-benda yang dianggap ‘kebiasaan’ seperti itu, maka JANGANLAH pula kita dengan tanpa rasa bersalah nya menambah dengan meng ‘LIKE’ atau memberi komen-komen yang seperti menggalakkan lagi perbuatan mereka itu. Tragisnya jika kita juga bersikap seperti ‘menghalalkan’ dan ‘memberi galakkan’ kepada mereka. Tidak sedar kah kita bahawa tindakan kita itu hanyalah akan memberi semangat dan keberanian untuk mereka mempamerkan aksi-aksi terlarang yang lebih ghairah lagi??

Jika kita tidak mempunyai kekuatan menegur, maka janganlah kita sesekali menambah syer saham kerugian ke dalam akaun kita. :)