Tuesday, April 3, 2012

Jom hargai orang lain ;)


Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.



Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

p/s: Bila kita belajar untuk menghargai seseorang dan sesuatu kita akan temui apa sebenarnya yang kita cari. Kita akan lebih bersyukur dan menghargai semuanya. Hargai seseorang sementara die masih ada untuk kita, insyAllah kita akan jadi orang yang paling bahagia.. :-) Menyayangi dan menghargai membuat kita lebih bersyukur

No comments:

Post a Comment