Tuesday, October 30, 2012

My First Love is Allah

Ada kala nya kita HARUS MELEPASKAN apa yang kita sayang. Itu kerana Allah mahu kita kembali menyayangi dan mencintai NYA lebih daripada apa yang kita sayang. Berpisah sementara di dunia lebih baik agar dapat bersama di akhirat :-)


Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?!

Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.

Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia?

Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia?

Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah, Aku yang terpilih!

Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. 

Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita.
 

♥ALLAH is the FIRST LOVE♥

Mungkin juga ada 'kesilapan' semasa kita bersama dengan nya. Mungkin juga apabila bersama dengan nya telah membuatkan kita lalai daripada rasa cinta kepada yang Maha Pengurnia Cinta. 

Mana satu pilihan kita? Mahu bersama hanya sementara di dunia? Ataupun bersama selamanya di akhirat kekal abadi?

Jika kita mahu bersama nya di dunia dan akhirat jagalah batas2 pergaulan kita dengan nya selagi dia belum menjadi milik kita. Jika rasa cinta kita terhadap seseorang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita kepada Allah, maka BERPISAH lah. Dan berdoa lah agar kita akan berjumpa dengan nya di akhirat kelak.



Jadi usahlah mengeluh..

MENGELUH hanya akan meletihkan dan menyakitkan hati. Tetapi BERDOA mampu menguatkan dan mengubati kedukaan. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap bukan nya simpati dari manusia.

Cukup lah Allah pelindung ku♥

Baik nya Allah

RELATIONSHIP dengan Allah itu yg seharus nya dijaga. BerCOUPLE lah dengan kebaikan dan CLASH lah dengan kejahatan. Tiada istilah SINGLE bila mana akan sentiasa ada Malaikat menjaga kiri kanan dan cukuplah Allah pelindung ku
 

Sedar tak kita sebenarnya tak bersendirian. Setiap daripada diri manusia itu ada malaikat yang menjaga. Malaikat yang menjaga kita sejak kita dilahirkan. Dan Allah yang sering kita abaikan itu sentiasa ada bersama kita. DIA Maha Mendengar setiap rintihan dan Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan. Tapi kenapa kita masih rasa kita bersendirian?
 
Kadang kala saya sendiri berasa hairan kenapa ada sesetengah yang suka mengeluarkan ayat macam ni...
 
"Untunglah ada orang sayang..."
 
Oh mungkin kerana mereka tidak menyedari atau tidak menghargai kehadiran ibu bapa yang sayang mereka. Tanpa kasih sayang antara ibu bapa tidak akan lahirlah kita di dunia ini. Mungkin mereka harus sedar kehadiran keluarga dan kedua ibubapa itu yang menyayangi mereka. Ataupun mereka kekurangan kasih sayang?
 
Bf baru topupkan Rm 5 dah sayang giler dekat bf. Bila Gf cakap "I love u" dah percaya sangat diri disayangi. Tapi kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang tak terhitung jumlah nya. Oh..kasihan..! carilah cinta yang sebenar-benar nya dahulu. Dengan sendirinya cinta sesama manusia akan menyusul.
 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
 
Fikirkan...

Antara permata dan batu


Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :)

Yups sangat setuju. Dalam kita sibuk mengejar apa yang kita impikan sering kali kita meninggalkan mereka yang telah dan pernah memberikan kebahagiaan kepada kita. Sebab memang sifat manusia itu tidak tahu menghargai apa yang ada. Bila kita bersendirian barulah kita teringat kembali semua tu. 

Tapi tak mungkin kan orang yang pernah kita tinggalkan dahulu akan kembali seperti biasa. Sebab tu lah hidup mesti diteruskan dan cuba jadikan pengajaran apa yang pernah kita buat tu sebagai petunjuk untuk kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tak semua orang akan dengan mudah melupakan apa yang kita dah buat pada dia. Tu lah silap diri sendiri sibuk mengejar sampai kita tercicir sesuatu yang berharga yang pernah hadir dalam diri kita dan membahagiakan kita suatu ketika dahulu.

Moral of the story...

Jangan lah mudah membiarkan mereka yang menghargai kita dan mengambil berat terhadap kita. Mungkin masa tu kita rasa 'rimas'. Tapi sedar lah kita akan menyesal bila kita dah abaikan dia..huu

Saturday, October 27, 2012

Tips menjawab soalan Sejarah versi express

Assalamualaikum wbt.

Kat sini saya nak sharing and caring lah serba sedikit macam mana nak jawab soalan Sejarah. Saya tak lah pakar dalam bidang ni ataupun seorang Guru Cemerlang apatah lagi. Tapi saya harap tips2 ni dapat lah sekiranya membantu student saya yang semakin dekat nak menghadapi exam besar ni SPM. Tips diwaktu terdesak dan nyawa2 ikan ni. Biasa nya orang yang kurang nak rajin macam saya ni lah yang selalu buat macam ni..hehe

Apa yang kamu semua perlu buat adalah :

1- Baca doa. 
Nak mula study tu kena lah baca doa. Berkat sikit. Tak kisah lah kita beragama apa sekalipun mesti ada adap2 untuk belajar kan. Doa ni adalah bagi lebih mendapat keberkatan dan lebih fokus sewaktu study. Nanti xda lah syaitan2 sms, calling2, tv dan sewaktu dengannya mengacau kita kan.


2- Soalan target/ soalan spot.
Sebenarnya soalan target ni ada kebaikan dan keburukannya juga. Sebab kalau tersalah target nanati kelaut lah kita nak menjawab nya nanti. Tapi tidak lah salah. Soalan target ni mestilah daripada sumber2 yang boleh dipercayai. Mana tau dapat daripada penggubal soalan ke kan..hehe. Boleh lah caya kot. Nak study dari mula memang dah xda masa. Jadi boleh lah sekiranya anda fokus kepada soalan target ni. Tak kan lah daripada banyak2 bab tiada satu pon yang masuk kan. Mustahil!

3- Baca je semua
Mesti korang akan bagi alasan kan macam mana nak habiskan baca semua bab kalau tinggal beberapa hari ni. Boleh sebenarnya! Sebab sebelum ni korang dah pun baca bab2 tu. Sekarang tinggal untuk korang meng 'refresh' balik je apa yang korang baca. BACA SEKILAS pandang tapi fokus! Faham atau tidak itu lain cerita. Tapi yang penting habiskan baca. Sebab kalau korang tak pernah baca topik2 tersebut macam mana lah korang tiba2 nak menjawab kan. Sebab tu lah kenapa kita selalu di ingatkan USAHA, doa dan tawakal. Kenalah usaha dulu, Barulah Allah tolong.

4- Peta minda dan nota poket
Sambil korang baca tu buat lah catattan sikit dalam bentuk peta minda lagi terbaik. Walaupun otak kita ni lebih hebat dari komputer tapi biasa kita tak pandai menggunakannya sehebat seperti yg diciptakan. Jadi jangan lupa CATAT lah sikit kata2 kunci ke apa ke yg boleh mengingatkan pada tajuk yg di baca. Tak kesah lah nota tu macam cakar ayam ke belacan ke. Yang penting korang faham. Orang lain tak faham tak apa yang penting korang faham. Bukan nya nak hantar dekat cikgu pon kan. Buat lah gaya macam mana pon nota korang yg penting isi nya. Jangan salin banyak sangat perkataan. Nanti korang susah nak ingat. Kalau korang terer melukis pon ok gak. Tapi pasti kan apa yag korang lukis tu mengingatkan dengan apa yg korang baca. Jangan korang lukis gambar bf/ gf plak. Tu memang sengal nama nya! haha.

5- Salin jawapan
Kalau yang tips yang atas2 ni tak dapat membantu gak, korang buat jelah ni. Beli buku latihan yang ada kat pasaran tu. Kalau boleh buku yang ada soalan2 past year. Tapi korang jangan plak tterlebih rajin nak cari jawapan plak. Time ni lah baru nak cari jawapan buat rujukan buku teks memang x payah! Sebab nanti korang akan lebih nerves. So, cara paling senang lah... Korang cuma salin je jawapan. Koyak kan jawapan kat belakang tu then salin je kat soalan tu. Mudah je kan! Ini adalah bertujuan untuk korang lebih biasa dengan bentuk soalan dan cara menjawab macam mana. Dalam sejarah ni nak dapat markah senang je. 
FAKTA, HURAIAN, CONTOH. (INGAT NI!!) Kalau ada 3 benda ni senang je korang dapat markah.

6- Fokus
Kalau dah saat2 genting macam ni korang sewajibnya kena fokus!! Jangan lah time study masih nak bersambil-sambilan bersembang2, ber sms dgn kawan ke, teman tapi mesra ke, buayaprend ke geliprend ke. JANGAN!! Tak penting kuantiti banyak mana korang da study tapi yang penting, KUALITI. Sebab kalau pun korang dah katam buku teks tu berkali2 pon tapi tak fokus nanti korang akan jem tiba2 nak jawab. Mana tau kan apa yg korang fokus tu kan keluar nanti. Alhamdulillah lah. Dah tinggal berapa hari ni saya nasihat kan lah... leak tepi dulu kasih kekasih ke apa ke yg boleh mengganggu fokus korang. Nanti lepas exam sambung balik ea. huh!





7- Rehat secukupnya
Haa...jangan lah kalau orang kata rehat ni korang langsung tak study ye. Rehat kat sini means korang kena tidur secukupnya. Waktu dekat2 exam ni tak yah lah nak tunjuk2 kerajinan study sampai pagi. 24 jam tu rasa tak cukup untuk study memang dahsyat lah korang.haha.. Pukul 10 - 12 pm tu area korang dah boleh tidur. Tapi ingat bangun lah awal. Jangan bangun dah masuk tengahrai buta ye! Sebab kalau korang terlebih tidur pon akan ada efect nya nanti. Menjadikan badan malas dan lesu. Kalau dulu saya study, masuk asar je saya dah stop. Pukul 5 saya dah depan tv tengok Spongebob. Mereleks kan minda..hihi



8- Pagi yang indah
Kalau dah tidur awal jadi nya kena lah bangun awal. Waktu pagi adalah paling sesuai untuk korang study. Kalau boleh bangun sebelum subuh, mandi dan solat subuh. Study waktu ni peratusan untuk mudah masuk dan faham apa yang di study kan adalah tinggi. Sebab waktu pagi ini Allah buka kan PINTU REZEKI seluas-luas nya dan pagi merupakan permulaan hari anda.

9- Jaga hati
Hati ini umpama penghulu dalam tubuh kita. So, korang kena lah jaga hati korang jangan mudah2 dimasuki oleh anasir2 yg tidak sepatutnya. Bukan hati korang je kena jaga tau. Jaga hati mak ayah, keluarga, kawan2 dan cikgu2. Sebab kalau orang yang mudah menambat hati dan menyenangkan hati orang lain besar kemungkinan dia akan didoakan oleh oleh insan tersebut. Kalau boleh kurangkan menonton tv dan mendengar lagu yang kurang berfaedah. Bukan apa, dalam drama2 sekarang memang tak kan terlepas dari aksi yg mengghairahkan. Pelakon nya plak aduhai seksi yg akan menjerumuskan kita ke dalam seksa nya api neraka. Lagu Inggeris pula kita main ikot je tanpa kita sedar lirik nya ada unsur lucah. Jadi berhati2 lah. Setiap DOSA yg ada akan MENGGELAP kan HATI. Kalau hati dah gelap maka susah lah nak ilmu nak masuk. Kalau nak tengok tv sangat, tengok lah Spongebob ke..hehe

10- Pengisian rohani
Bagi yang bergelar muslim. Doa dan solat JANGAN sesekali tinggal. Korang study lah bagai nak rak tapi kalau korang tinggal solat dan doa pasti tidak akan lengkap. Sebaik nya amalkan solat taubat dan solat hajat. Rahsia paling mudah mendapatkan ilmu ialah dengan BERZIKIR. Istigfar lah dan zikir banyak2 maka akan mudah lah ilmu masuk. Mulai saat ini tanamkan azam, kurangkan mengumpat banyakan berzikir. InsyAllah akan mudah segalanya. Amalan2 baik kita dan doa itu lah akan MEMBANTU kita menjawab exam sebenarnya selain daripada usaha. Buktinya, kadang2 waktu kita tengok soalan exam tu kita akan rasa susah. Tapi bila dah mula jawab secara mudah nya kita dapat tulis jawapan. Seakan-akan macam ada skrin dekat minda kita ni bertubi-tubi mengingatkan apa yg kita pernah baca. Itulah KEKUATAN DOA yang akan Allah gunakan di waktu kita benar2 memerlukan. Tapi syaratnya  usaha dulu ye!

11- Tinggal menjawab dahulu
Seandainya soalan yang korang dapat nanti agak susah tahap cipan. Korang jangan neves. Selawat banyak2. Releks dan cuba merangka jawapan. Jangan lah tak jawab langsung. CUBA sahaja jawab. Cuba jawab dan fokus pada soalan yang korang agak2 boleh skor. Lengahkan sebentar soalan yang susah. Bila dah jawap soalan yg korang dah dapat skor buka balik soalan yang susah tu dan cuba jawab. JANGAN SESEKALI TIDAK MENJAWAB. Sebab macam saya cakap tadi, apa yang kita rasa susah tapi bila dah jawab mudah je. Di situlah berguna nya DOA dan USAHA kita lakukan.



So, saya harap lah tips2 yang saya pernah buat ni korang dapat lah gak manfaat nya. Moga2 A + dalam tangan lah. Mana tau korang juga bakal2 guru Sejarah macam saya kan..hehe. Buat semua studen, saya doakan korang dapat menjawab soalan dan dipermudahkan segalanya. Jangan lupa roger2 dah dapat result nanti ye..hehe. GUD LUCK!!

Wednesday, October 17, 2012

BERBEZA itu istimewa dan saling MELENGKAPI

Hidup itu sememang nya saling melengkapi. Tak kira lah dalam apa jua hubungan sekalipun kita tidak akan lari daripada untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Cakap pasal saling melengkapi ni kan saya teringat kan seorang kawan saya ni.

Kami dah lama kawan. Sejak dari universiti lagi. Tapi kami sangat berbeza. Takdir itu membawa kami untuk dijumpakan dalam satu hubungan yang di ertikan dalam sebuah "PERSAHABATAN". Memang banyak perbezaan antara kami berdua. Tapi sebenarnya perbezaan itu yang membuatkan kami saling melengkapi dan persahabatan ini bertambah unik ;)




Apa yang bezakan kami??

Firstly kami sebenarnya bukanlah berasal dari tempat yang sama. Saya made in Johor dan dia plak dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Biasa nya orang Johor memang kurang nak 'masuk' dengan orang Kelate. Kalau die kecek kelate, sye diam jelah. Cam ne pun kite semua tetap 1 Malaysia..hehe..

Sejauh mana dan dari mana kami sekalipun, takdir menemukan kami untuk berkawan dan saling melegkapi..




Walaupun sama universiti tapi kami bukanlah dari satu kos dan fakulti yang sama. Saya dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan amik kos Sejarah. Dia plak dari Fakulti Sains dalam bidang Biologi. Senang kata dia ni budak sains dan saya plak budak sastera. Perbezaan bidang ni je dah membuatkan kiteorang berlainan fikiran. 

Sebab nya... 

Dia studen sains : Biasa nya budak sains ni lebih banyak diam. Memang pandai kalau bab-bab teori. Diorang susah nak berimaginasi. Sebab tu die x pandai nak baca GPS.haha..
Saya plak studen sastera : Yang suka berimaginasi dan lebih 'mesra alam' sikit. dan..banyak bercakap. huh!

Tapi....

Kalau kami berjumpa...dia akan lebih banyak diam. Bukan sebab dia tak reti bercakap. Mungkin sebab saya yg akan banyak bercakap.haha.. Sebab tu kalau dia sedang bercakap saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Kadang-kadang plak kalau cakap dengan dia ni macam tak ada perasaan je..huu.. Sebab nya beriya-iya lah kita bercerita, bila tanya dia akan jawab apa..

"Entah lah....nak buat macam mana"

Sebab die x boleh nak berimaginasi apa yg saye cakapkan.emm..sabar jelah..huu.. Sebab tu lah saya kata perbezaan itu saling melengkapi. Bila seorang sedang bercakap, seorang akan mendengar. Bila seorang pendiam, seorang lagi mestilah kena memulakan topik nak dibincangkan. Kalau semua nak bercakap, sape plak lah yang nak mendengar. Kan?!

Bukan tu je..

Selalu apa yang saya suka mesti berbeza apa yang dia suka. Bab makan..biasa apa yang saya suka makan dia akan kurang nak suka. Dan begitulah sebaliknya. Kalau saya suka yogurt mixberry, dia plak suka strawberry. Saya suka brown coklat, dia plak suka white coklat. Kalau saya suka makan ayam KFC die plak suka McD. Saya suka minum air yg ada perasa, tapi die ni suka minum air masak je. Jimat esok kalo dah kawin. Minum air masak je..haha..




Tapi.....

Sebenarnya perbezaan kami ni sebenarnya memang menjimatkan! Sebab kalau apa yg saya tak suka makan dia akan makan dan habiskan untuk sye. So, kalau kiteorang makan sama-sama memang tak akan membazir lah..hehe. Cuba bayangkan apa yang saya suke die suka gak, karang tak cukup plak satu pinggan kan. Tak ke jimat tu :p

Lepas tu...

Minat kiteorang pon berbeza. Saya suka tengok bola. Dia plak langsung x suka dengan bola. Sebab die suka study, study, study..ulat buku ke ulat beluncas saye pon tak tau lah die ni..haha. So, kalau sye tengok bola die teman. Tapi teman dalam mimpi jela.emm..ok lah tu..huu.. Kalau die tdo, sye tgok bola..kalau saye tdo die bangun baca buku..huu



Tapi die ni suka berjalan2. Saya plak sebenarnya lebih suka duduk rumah je. Sebab saye tak tahan panas. Kadang2 die akan cakap sye ni macam pondan! huh! Saya memang gurl ok. Myb sebab saye ni nampak macam mengada2 lah kot x boleh kena panas. Actually sye kan rabun silau. So, sye akan cepat pening kalau terlalu panas. Seandainya dia tau..huu

Bab shoping plak..

Kalau sye shoping, sye akan beli apa yg saye nak beli then sye balik. Saye malas nak survey2 dulu cari. Sama gak macam beli baju ke tudung ke dan sewaktu dengannya lah. Tapi kalau die yg shoping memang hobi die. Kalau nak beli tudung tu bukan main lama lagi lah. Selalu sye akan buat hal sye sendiri kalau die ajak sye shoping. Bukan sye x nak teman, tapi sye tak tau apa yg die suka. Maklumlah apa sye suka, belum tentu die suka. Nanti die akan cakap, 

"Die tak shoping tudung2 ni, kalau jersi die suka lah". 

Of cos lah sebab sye suka bola..haha..




Personaliti kami juga berbeza..

Dia ni nampak macam terlalu 'ladies' sangat. Memang lah kami sama-sama gurl. Tapi die ni agak 'soft' lah dibandingkan dengan saya. Sye plak agak brutal sikit. Dulu sebelum kiteorang jadi kawan, sye tak suke tengok gurl yang lembut2 sangat ni. Usik sikit nangis.  Cuba lah kuat cket. Tapi macam mana lah sye boleh jumpa dengan die ni kan. Takdir..hehe

Ingat lagi waktu dekat U dulu kalau die tak dapat balik kampong nanti die nangis..hehe. Lucu lah die ni kadang2. Ada orang nak ngorat die pon die nangis..haha. Mungkin sebab die yg terlalu 'soft' dan saye yg brutal ni lah kami ditemukan. Yelah..sye akan protect die kalau ada org buli die. kan?! Sebrutal2 sye pon sye ni senditif gak. Cuma die yg soft tu je kadang2 kurang nak berperasaan..haha.

Walaupun sye ni agak cepat berangin, tapi macam mana pun sye yg akan minta maaf dekat die. Jarang sekali die nak minta maaf dengan sye. Segan kot..hehe sebenarnya sebab sye yg selalu mulakan. Dan satu perangai die ni..die tak pernah pon pujuk sye kalau sye ada terasa hati dengan die.haha mungkin sye ni kot yg cepat merajuk. Tapi nanti tibe2 je die 'baik2' dengan sye..sye rasa nak tergelak kalau die try nak pujuk tu. Tak da skill langsong! haha..




Kalau kiteorang jumpa akan ada je yg nak di 'gaduh' kan. Maklum lah berbeza pendapat. Sye pon tak tau lah apa yg kami sama2 suke. Sebab tu kalau ada sumting yg kami sama2 suka, sye rasa itu sangat pelik! Ada ke ek yg kiteorang sama2 suke?haha..entah lah.

Tapi disebabkan perbezaan inilah yang membuatkan sye belajar untuk memahami perasaan orang lain. Kalau sebelum ini sye seorang yg susah nak memikirkan perasaan orang lain, tapi sejak perkenalan dan ada nya persahabatan dengan die ni banyak merubah saye. Saya cuba minat dan suka apa yang die suka. Eh2 sye dah belajar bertolak ansur lah! Dan sye selalu merasakan yang friendship kiteorang ni sangat AWESOME!! :D

Berbeza dan berlainan macam mana pon dah bertahun gak rupa nya sye kenal die. Dia lah gak yg selalu sye rindu antara ramai2 kawan sye. Dia lah kawan bergaduh, dia lah kawan sye mengadu. 




Apa yang diaturkan oleh NYA memang yang terbaik. DIA temukan dua insan yang berbeza untuk kita saling belajar bagaimana bertolak ansur dan memahami hati juga perasaan orang lain. Kita boleh hidup tanpa kekasih tapi kita tidak boleh hidup tanpa ada nya teman. Allah jadikan perbezaan itu bukan untuk saling bertentangan, tapi Allah jadikan itu semua untuk kita mencari hikmah sebaliknya..iaitu SALING MELENGKAPI. 

Jadi usahlah kita berfikir apa yang Allah jadikan itu tidak berguna dan menyusahkan kita. Itu semua kerana Allah mahu kita belajar hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Bukahkan kita semua bersaudara? Dan kita semua sama di mata Allah, yang membezakan kita hanya tahap keimanan kita kepada NYA.

Dan sye sangat bersyukur sye ditemukan dengan dia. Seorang sahabat yang berbeza tapi sering melengkapi. 


"Terima kasih ya Allah di atas 'pinjaman' ini kepada ku. Semoga aku menjadi seorang hamba MU yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang aku miliki."

Sahabat - najwa latif (lirik)



Dedicated this song special for Mardhiana Mohamed ;)

Selain family, dia adalah insan yg sangat saya sayang!!
Semoga hubungan ini akan kekal dunia akhirat..insyAllah

Sahabat itu saling menguatkan



Aah! Sangat setuju!

Siapa tak sayang kawan kan. Walaupun dia adalah seorang yang suka melawan bila saya cakap. Akan ada je jawapan dia bila saya nasihatkan dia. Kadang-kadang saya geram bila dia asik menjawab apa saya cakap. Tapi bila berjauhan saya selalu rindukan suara menjawab nya tu..haha..

Bila tahu dia tengah dalam kesedihan, sangat lah tidak senang duduk saya dekat sini. Kalaulah Johor dengan Kuala Lumpur tu dekat, saat tu jugak saya datang temankan dia. Tapi akhirnya saya dapat juga menemui dia malam tu. Terima kasih ya Allah kerana mengaturkan segalanya. Syukur Alhamdulillah saya dapat menemani dia di saat dia memerlukan seseorang.

Sebagai seoarng kawan, kita akan rasa sedih bila melihat kawan kita putus asa, sedih..muram dan sewaktu dengannya lah. Walaupun di saat tu kita berada dalam kesedihan juga tapi cubalah jadi apa sahaja untuk sahabat kita...seorang sahabat, ibu, kakak, kekasih, ayah di kala dia memerlukan diri kita. Apa yang penting dalam persahabatan itu adalah jangan ada kepentingan diri. Sebagai seorang sahabat gak, kita kenalah saling menguatkan antara satu sama lain.



Kalau kita gembirakan orang lain, insyAllah Allah akan berikan kegembiraan pada kita juga. Cubalah sedaya upaya membuatkan dirinya tersenyum walaupun dalam hati kita ada kedukaan. Apabila kita menggembirakan sahabat kita, Allah telah pun menghapuskan dosa-dosa kita.

Sedihnya saya bila saya tengok dia macam tu. Kalau lah kesedihan itu boleh ditransfer, saya akan cuba menanggung beban kesedihan dia. Saya cuba memahami keadaan dia. Mungkin pada dia saya ni banyak tanya lah. Dan mungkin juga saya ni buat dia makin pening..haha.. biarlah dia nak fikir apa pun. Walaupun orang kata mendengar itu lebih baik daripada berkata-kata. Tapi nak dengar apa nya kalau dia tak pernah nak berkata-kata.huu..

Sebenarnya kawan saya ni ada satu 'penyakit' yang suka berahsia.huu.. Kalau saya tak tanya memang dia x kan cerita. Kadang-kadang saya giv up dah nak tanya dia. Biarlah dia melayan perasaan sendiri. Tapi apa kan daya saya tak sampai hati tengok dia macam tu. 

Kadang-kadang saya geram gak sebab saya plak dikatakan 'banyak cakap'. haha memang pon....(sometimes ) hehe..



Walau macam mana keadaan nya jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah cubalah belajar memahami diri sahabat kita. Mungkin di saat itu dia memerlukan seseorang. Tak kira lah siapa salah dan betul, cubalah belajar bertolak ansur dan menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sebab sahabat itu adalah saling menguatkan antara satu sama lain.

 Jika seorang berada dalam kesedihan, menjadi 'tanggungjawab' seorang lagi untuk menceriakan diri sahabat itu. Barulah dikatakan sahabat kerana Allah. Janganlah kita sahabat kerana Allah semata-mata ungkapan di bibir sahaja. Tapi cuba lah buktikan dengan tindakan. Ikhlas lah melakukan semua kebaikan untuk sahabat kita semata-mata kerana Allah. Dan bukannya untuk mendapat sebarang balasan. Sabar... setiap orang itu ada kerenah nya. 


Tapi Alhamdulillah semua nya baik-baik sahaja lepas tu. Walaupun saya tak mampu nak meyelesaikan masalah dia, tapi saya berharap sekurang-kurang nya kehadiran saya dapat meredakan kesedihan dia. Apa yang paling boleh membuatkan kita gembira bila melihat sahabat yang kita sayang tersenyum dan ketawa. Lebih-lebih lagi ketawa itu adalah disebabkan oleh kita :)


Sahabat kerana Allah




Alangkah beruntung nya jika mempunyai sahabat seperti ini kan. Tapi dalam kehidupan sekarang agak sukar kita mendapatkan sahabat yang seperti ini. Mungkinkah kita mendapat sahabat seperti yang di inginkan ini?
Jawapan nya mudah sahaja. Untuk mendapatkan sahabat yang baik kita terlebih dahulu haruslah cuba menjadi baik. Sebenarnya kan.. "What you GIVE you GET back". 

Terlebih dahulu kita mestilah memjadi seorang sahabat yang baik. Barulah kita akan ditemukan dengan yang baik juga. Dan Allah juga telah berjanji, sekiranya kita ingin berubah menjadi baik maka DIA akan 'kirimkan' orang yang baik-baik untuk bersama dengan kita.

Pernah tak rasa cemburu dalam bersahabat? Pasti pernah kan terlintas dalam hati jika sahabat kita itu melebihkan kawan yang lain daripada kita. Perkara macam ni biasa nya akan cepat melanda kaum hawa. Sebab perempuan ni memang kuat cemburu. Dia akan cepat terasa atau lebih mudah dikatakan cemburu kalau ada kawan baik dia berkawan dengan yang lain. 


Usah katakan anda, saya sendiri pernah berperasaan sebegini. Tapi semakin hari kita akan cuba perbaiki diri. Sebenarnya kita tidak harus ada perasaan sebegini dalam bersahabat. Sebab dalam persahabatan yang dibina kita haruslah meniatkan nya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Barulah berkat. kan?!

Jadi jika kita bersahabat kerana Allah kita tidak harus mengongkong kawan kita hanya untuk kita sahaja. Usah terlalu risau dia bersahabat baik dengan semua teman-teman yang lain. 

BERSAHABAT dan SAYANGI dirinya IKHLAS kerana Allah..


Tidak perlu cemburu jika dia mempunyai ramai kawan lain. Tetapi cuba jadikan diri kita ISTIMEWA sebagai sahabat dan bukan sekadar kawan dihatinya.. :-)


Ketahulilah...

Persahabatan yang terjalin atas landasan kerana Allah s.w.t, menjanjikan sesuatu yangt amat bermakna sebagaimana perbuatan ibadah lain. Betapa indahnya persahabatan yang dibina atas dasar kecintaan dan untuk mendapat keredhaan Allah kan? :)

Jadilah seorang sahabat yang jujur. Kerana sahabat yang baik bukan yg hanya membenarkan kata-kata. Tapi dia adalah seseorang yang mampu bercakap benar dengan kita. Sahabat yang jujur adalah peneduh jiwa dan pententeram hati di saat senang dan penglipur lara di saat ditimpa musibah. 

SAHABAT SEJATI adalah dia yang SANGGUP berada DI SISI mu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu dia sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan :)



Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

"Sesungguhnya orang yang kali pertama beroleh kesempatan meminum air telaga pada hari kiamat adalah orang yang saling mencintai kerana Allah"

Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak akan mendapat iman sebelum kamu mencintai saudara mu seperti mana kamu mencintai diri mu sendiri.

Apabila dua orang yang saling mencintai bertemu, satu sama lain berjabat tangan, maka berguguran dosa-dosa keduanya laksana gugurnya dedaunan kering pada pohon pada musim kering.


Jadi atas dasar inilah saya sedikit sebanyak cuba mengubah persahabatan yang terjalin dengan niat kerana Allah. Moga ukwafillah antara saya dan sahabat itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sebab saya tidak hanya mahu menjadikan dia sahabat di dunia sahaja. Kerana jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah maka Allah akan pertemukan kita dengan sahabat itu jua diakhirat kelak. Subhanallah. Betapa persahabatan itu sangat bernilai di sisi Allah. 

Jadi cubalah bersahabat dengan berlandaskan kerana Allah. Tidak perlu berasa iri hati dan cemburu. Dengan sendirinya kita akan ikhlas melakukan semua kebaikan untuknya semata-mata kerana Allah.