Showing posts with label Hostel Life. Show all posts
Showing posts with label Hostel Life. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

4 moto/tagline pelajar Asrama SAB yang korang perlu tau




Sebut pasal tagline ni kan buat kata dekat Akademi Fantasia je yang ada. Tapi sebenarnya kat asrama pun macam-macam moto yang kiteorang guna. Tak tau lah apa jenis moto yang diorang guna sekarang. Tapi zaman-zaman aku dulu antaranya adalah....:



"Berani buat, berani tanggung"

hehe ni aku paling suka. Disebabkan selalau berpegang kepada moto ni lah yang buat aku banyak kali  kena denda. Merit aku pon x penah rasa nya nak maintain 100 %. Tapi tak pe, sekurang-kurang nya kan, aku berani buat dajal, berani lah terima hukuman ye tak?! haha. Jangan berani buat tapi salahkan orang lain.
Maklumlah kiteorang tak bleh outing, balik kampung pon dua minggu sekali. Mula lah perangai pelik-pelik timbul. Actually bukan pelik kot. Tapi KREATIF...haha



"Study biar lepak, result biar gempak!"

Aah..gempak sangat lah. Yang ni aku kurang lah nak gempaknya...hehe. Mana tak nya,orang lepak sikit-sikit je. Tapi aku lepak memang betul-betul lepak. Lepak secara berjemaah lagi dalam stor. Bila naik balik kampung je nanti makan secara berjemaah kat stor letak beg tu. Tup..tup...Cik Emi datang pon berjemaah bersama dengan Kak Kam.. Lepas tu lepak berjemaah lah sama-sama dekat dataran..haha. Moto ni kena tukar lah.."Study jangan lepak, kalau tak nak kena sepak atau penyepak"! haha




"No man, no cry"

Maklum lah dah nama nya pun asrama perempuan. Jadi saham kena lah tinggi. Mula-mula aku agak kejutan budaya bila masuk sini. Semua perempuan. Macam mana diorang nak buat keje berat tanpa lelaki. Tapi percayalah! Apa yang lelaki boleh buat, perempuan pon bleh buat. Teringat nasihat guru BI aku, Madam..dia dulu pun sekolah semua perempuan STF. Dia nasihat kiteorang, yang pastinya dia banyak memberi inspirasi sebagai seorang wanita jangan sesekali kita terlalu murah harga diri. Tq Madam =)

 "Belajar pandai-pandai jangan sibuk bercinta je. Jangan menangis pasal lelaki. Buang masa..bla..bla..bla". 

Sekolah perempuan ni kena lah jaga maruah SAB. Kena jual mahal sikit, baru saham naik..haha. Kat sini gak lah aku belajar berdikari. Budak SAB biasa nya mesti 'dipadan' kan dengan High School. JJ x nak plak..haha


"Biar nakal, jangan jahat"

Apa beza antara nakal dengan jahat ek? Sama ke? Isk lain... kalau nakal ni nampak kreatif skit..hehe. Nakal ni juzt buat benda yang melanggar peraturan je.

Contohnya basuh kaki dekat watercooler (macam Tipah) buat, main mercun baling dalam toilet (macam Hazwana Hashim), tdo dalam loker (macam aku) ..hehe.. Ni tak jahat. Ni nakal je. Berbanding dengan jahat ni plak adalah bukan setakat melanggar perturan tapi melanggar batas-batas agama. isk..

Contohnya... 'Fly' malam-malam dengan Bf, mencuri, menipu, membuat fitnah...isk2.. dahsyat tu. Nakal kiteorang dalam-dalam asrama je. Kalau kat luar kiteorang baik2 saja..haha
Sekarang bila aku sendiri dah jadi cikgu, aku kena tukar moto ni..

"Saya tak kesah awak nakal, tapi jangan KURANG AJAR"

hehe, sebab aku pun dulu nakal. Nak marah anak-anak murid teruk sangat pun segan. Teringat aku yang dulu2. Tapi jangan sesekali kurang ajar!


Friday, March 30, 2012

Curi-curi makan time study!

Lapar nya perut ni....jam menunjukkan pukul 9.30 pm.

Biasa lah kalau tinggal kat asrama ni makan seawal pukul 6 pm. lagi. Lepas tu mula lah perut ni bernyanyi2. Bukan setakat lagu keroncong, jazz, zapin semua lah. Mula lah nak keluar pi toilet kononya. Bila si Tipah (merangkap bonzer) dah bangun, Ana selaku naib pengerusi dan sue merangkap sebagai setiausaha pon bangun gak nak ke toilet. (kununya) Aku pon apa lagi join sama lah.

Waktu ni makanan paling biskut kering dengan air milo bersama 'muffin kentut' (nama budak ni bagi ek) walaupun tak sedap tapi tu lah yang paling sedap. Tak macam budak2 asrama sekarang makan macam-macam yang bes2. Kiteorang bergilir-gilir amik biskut makan dekat tepi toilet.

Pelik kan waktu zaman hingusan macam ni, tak rasa geli pon nak makan tepi toilet. Myb sebab toilet kiteorang bersih kot..hehe. Lagipon toilet kiteorang memang strategik sebab sebelah dewan makan. So senang lah kiteorang nak amik makanan.

sekadar hiasan je..

Alkisah nak dijadikan ceritanya, tengah kiteorang syok2 makan dalam dewan makan tu, tiba2 entah dari mana je muncul warden!! Apa lagi, lari lintang pukang lah kiteorang nyorak dalam toilet dengan tin2 biskut kiteorang bawak bersama dengan air milo masuk dalam toilet!!

Tapi malang nya lah sebab Tipah tertinggal dalam tu. Kiteorang tak sempat nak bagitau dia yang warden datang. Alamak macam mana lah nasib Tipah kan =(

Mesti dia kena marah teruk dengan cikgu. Kiteorang ni masing2 bermonolog dalaman kat dalam toilet tu. Tungu punya tunggu, punya tunggu, Tipah tak juga keluar-keluar. Teruk sangat kah Tipah kena bambu dengan warden ni.. isk x leh jadi ni!

So, kiteorang pon telah memberanikan diri nak cek tengok. Kunun2 nya nak sama2 mengaku lah. Biasa lah moto kiteorang " BERANI BUAT BERANI TANGGUNG"..hehe

Tapi kan ce korang teka apa yang terjadi dalam dewan makan tu?!!


Rupanya lah si tipah tengah syok je sembang2 dengan cikgu tu!! Lepas cikgu tu pegi, kiteorang tanya lah kat Tipah.

"Apa yang ko sembang mambang dengan cikgu tu. Die releks je, dia tak marah ko ke Tipah?"

Tipah jawab,

"Aku terkejut gak dia datang tapi aku buat2 kool je. Aku siap ajak dia minum sekali lagi..bla, bla, blaa"

Laa..rupa nya lah kan, cikgu tu adalah warden baru dekat asrama ni. So, dia tak tau lah peraturan yang waktu study x leh curi2 makan. Patot lah dia duk releks je dengan si Tipah. Siap leh sembang2 lagi..hahaha.

Mungkin kali ni Allah nak 'tolong' lepas kan kiteorang yang perangai nakal ni untuk bertaubat..huu

Lain waktu??x siapa tahu..hahaha

P/s: Dun try this at HOSTEL! :P

Sunday, January 29, 2012

AJK tertinggi asrama :P


Waktu aku praktikal tahun lepas, aku tertarik dengan senarai nama tiga AJK tertinggi asrama. Selain daripada Zuriana budak netball yg dlu agak2 nakal lah jugak, dah jadi KA tu.. Hebat! hehe penolong nya pulak Biha dan dibantu setiausaha nya Farzana. Emm..tapi bukan nama yang jadi persoalan, tapi ce korang tengok kat bawah ni.



Waktu mula2 ada event asrama, aku lucu sebab bleh x dipanggil AJK 'tertinggi'?


Hehe, cute kan, tapi apa2 pon diorang semua memang mantap dan berdedikasi dalam mentadbir asrama tersayang. Terbaikk lah! Tahniah! :D

Saturday, December 24, 2011

Kejut studen hostel solat subuh!


Lepas je yang kes Wakena beb dari budak2 hostel malam tu, memang aku bertekad nak jadi cikgu yang 'nakal' sekejap.hehe..

Aku memang x sangka lah aku dulu nakal2, boleh plak studen aku buat kat aku lak ek.. Bak kata cik Emi,
"haa..cikgu Adah awak x boleh nak marah, sebab die pon same 'nakal' macam ni"..

emmm yelah cik Emi..haha...
macam x sangka je dulu aku brutal2 boleh terkena gak..huu. Betul lah kata orang, "kalau kita nakal, akan datang studen kita lagi nakal"..hihi

Malam tu time diorang nyanyi lagu tu aku masih blurr2 lagi. Yelah aku memang tengah mamai..ngntok gile kot tdo lambat. Agak beberapa saat aku pending baru lah sampai.huuu..
Dalam hati aku agak mengelodak dan bercampur dengan lucu lah.

"Berapa kali lah korang nak sambut Hari Guru ni wei??"!!

Tapi tu lah 1st time aku jadi cikgu, dua kali aku sambut hari guru. Lucu2..kenangan terindah yang membuat kan aku sedikit telah jatuh hati dengan "GURU" =)

Hadiah yang paling bermakna dari asramawati bila dihadiahkan telekung. Sejuk hati. Dapat gak diorang saham kalau aku gunakan kan ek. Pandai adik2 asrama ni.. (macam aku gak lah, haha ;D)

Lepas diorang dah bagi2 hadiah dan salam2 lah bagai..aku pon mula lah terkeluar sikit tanduk. Aku gtau cik emi dengan sopan santunya,
"Cikgu, izinkan saye nak kejut budak2 ni esok pagi solat subuh".
hehe, sebenarnya aku rasa agak tercabar gak bile aku bleh terkena dgn budak2 ni. So its time 2 'balas dendam'..haha
So, seawal pagi gak lah aku bangun. Walaupun di dasar hati aku yang masih ditarik2 untuk tido lagi, tapi aku gagahkan gak bangun. Baiknya lah seorang cikgu yang sanggup bangun semata-mata nak kejutkan pelajar-pelajarnya solat subuh..hehe

Sebelum azan subuh berkumandang lagi aku dah bangun. Siap2 solat subuh je, aku pon keluar lah. Bermula destinasi pertama di dorm Topez dan berakhir di dorm Fairus.haha
Memang syok lah..masuk2 dorm diorang je aku pasang lagu Korea yang agak rock sikit. Apa lagi terkejut lah diorang tibe2 bising. Lagi bes aku terus bukak lampu dan gegar katil sape tak nak bangun.

"Bangun2 solat subuh, pi solat jemaah. Sape tak bangun saye jirus air!"

hahaha, memang lucu lah aku tengok muka budak2 ni bangun mamai2 dan terblurr2.. haha, tulah sape suh menganggu tidur beta kan..hehe. Lagi bes ada yang siap marah lagi bile aku ketuk pintu dorm. Ceh, berani2 je marah 'cikgu' ye..haha

Entah pukul berapa lah diorang tdo lepas kes wakenabeb malam tadi. Tapi ade aku kesah ke? (jahatnya)..haha. Kesian gak..tapi memang sengaja nak terbalas dendam..hihi..tapi lebih pada memang niat nak kejut solat pon =p

Lepas dah kejut2 budak2 ni, ape lagi..balik bilik, then........

Cintinue bermimpi..hahaha ;D

Friday, December 23, 2011

Surprise Malam2 Buta, adoiii!

Kisah aku kena dan terpaksa rela nyanyi tu satu hal. Yang tak tahan, dan aku paling tak kan lupa lah pada malam nya lagi. Alkisah pon bermula~

Aku terkejut tiba-tiba bunyi alarm. Isk, kenapa lah time2 ni plak nak buat fire dril..dah lah malam tadi aku tdo lambat. Maklumlah biasa pukul 10 dah tdo. Disebabkan sambutan adik2, anak2, murid2 hostel untuk Hari Guru yang aku agak terover time untuk tdo. Tapi ape2 pon memang enjoy. Persembahan2 malam 2 memang bes giler. Sporting nya adik2 asrama ni kan. (macam aku dulu gak ler, hihi ;p).


Nak dipendekkan cerita, aku tengah syok2 tido tibe2 penolong KA ketuk pintu bilik aku. Aku memang tak kan lupa lah wajah nya yang agak slumber mengejutkan aku dari lamunan mimpi. Aku ingat lagi ayat Biha, pen. KA, "Cikgu2, bangun. Ada fire dril"..ceh! (Dalam hati aku pelik, kenapa Biha pakai baju macam nak g jalan wetex je..emm..biar lah)


Emm, nasib baik aku tdo malam 2 pakai sempurna sikit. So, aku terus kua dengan tak basuh muka, dengan mata yang pejam sambil berjalan pi dataran. Alamak, aku berdebar2 coz aku tengok Cik Emi dgn budak2 hstel lain semua dah ada. Dalam fikiran aku,

"Isk kalau lah betul2 terbakar, mau nya aku dah rentung kat belakang tu"..huu

Seperti biasa Cik Emi akan memberikan 'motivasi' dan sedikit 'ceramah' lah malam 2. Sebab budak2 ni turun lambat. So aku tak terkecuali lah kena dengar..tapi sebenarnya suara Cik Emi tu dah macam nak mendodoikan aku yg tengah mengantuk sakan ni..hehe..Tibe2 ade dua orang budak pakai baju sekolah lambat turun.

Haa..ni lah kalo korang nak tau yang buat aku pelik lagi. Tadi pelik pasal Biha dgn bajunya. Ni pelik ada dua orang makhluk Allah dengan pakai baju sekolah lengkap. Isk ape kena budak ni ek?Aku silap hari ke atau diorang. Tapi tak silap aku esok cuti.

Tengah syok2 Cik Emi bagi 'ceramah' free kat budak dua orang 2, tibe2 aku agak terkesima dan terkejut dan terpelik lah! Mana tak nya, tibe2 budak2 asrama ni nyanyi lagu 

"Selamat hari guru, selamat hari guru" ( dengan rasa tak bersalahnya )
Eh2, budak2 ni tak takut ke Cik Emi tengah hot 2..aku pandang muke cik emi dengan cikgu yus dengan wajah yang agak konfius...tapi rupa2 nya memang diorang dah plan!!!

ARRGHHHH.....WAKENABEB!!


Diorang sengaje lah kunun2 ade fire dril lah. Rupa2 nya diorang dah plan coz malam tadi nya surprise diorng Cik Emi dah leh agak dah. Aku tengok muke Cik Emi pon dah bengang gak..coz die macam aku lah..terkena gak! ( ceh..cik emi nak cover2 kunun dah tau..tapi padahal die pon tak tau gak yg budak2 asrama nya plan..hihi )

Isk dalam hati aku ni, bertuahnya lah punya budak. Siap diorang sambung bergelek sakan, nyanyi kat tengah2 dataran wat persembahan lagi! adoi...1st time sambut hari guru sebagai seorang guru dah terkena aku.huu.. Sambut dua kali lagi siap! haha, lucu lah kamu2 ni ;D

p/s: geram + konfius + lucu = siap2 lah kamu t..hehe

Jadi cikgu kena serba boleh kan?



Malam ini buat pertama kalinya aku telah dijemput untuk jadi pengadil. Yelah, konon-kononya pertandingan '3 buah lagu' dari semua form. Isk 1st time dijemput duduk depan sebagai pengadil. Kalau dulu tak pernah rasanya terfikir nak duduk bersama-sama Cik Emi kot kat depan ni.

Tarikh hari ni ialah pada 16 Mei. 1st time gak lah aku kena menyanyi depan budak2 hostel. Haha, demi anak-anak didik yang kusayang, (chewah, dah ade anak murid 2) aku wat2 x malu jelah konon2 macam sedap je. Padahal dalam hati tuhan je tau macam mana aku neves nya lah kat depan 2. 1st time kot aku nyanyi.huu..
Lagu yg akan aku abadikan dan menjadi ingatan, "Baik-baik sayang" Wali Band. Coz lagu ni je yang aku engat sebab Oreo pon suke lagu ni..

Isk ni semua permintaan dari KA lah..ish..si siti ni memang lah.. cuba mencari simpati dekat cik emi supaya cik emi gtau kat siti x yah lah suh aku nyanyi malam ni..tapi...huuu
Cik emi kata,

"Haa...2 lah dulu suke buli cikgu"..haha,

 sekarang aku lak yg kena. Isk terasa macam dlu aku x nakal lah plak kan..haha..hukum karma..hehe ;)

Dan pada malam ini aku telah menyahut cabaran itu. Yahhh, moral of da story, jadi cikgu ni bukan sekadar pandai bercakap, mengajar je..sampingan2 lain pon cikgu kena ada ok!

p/s: walaupun suara x sedap, bantai je lah..hehehe

Thursday, May 5, 2011

Dulu Student sekarang Warden


3 hb 5, 2011

Tinggal beberapa hari lagi aku akan menjalani latihan mengajar (LM). Rasa berdebar-debar semakin kemuncak. Rumah sewa masih tak setle lagi ni. Isk..pening lah.. dan nak dijadikan cerita selepas aku sudah mandi, waktu nak siap-siap solat sunat, tetibe hp aku berbunyi. Timbul persoalan dalam hati aku, nama Cik Emy selaku ketua warden asrama yang selalu bagi 'hadiah' kat aku time aku kat asrama dulu.

 "Eh kenapa plak Cik Emy call ni?"

Dalam nada cover aku menjawab call Cik Emy. Pendek ceritanya Cik Emy telah memberikan arahan untuk aku tolong die jage studen asrama coz warden2 lain xde. Hmm..tanpa agak dapat befikir aku setuju jelah pasal aku pon tengah pening memikirkan hal rumah sewa. Dan selepas tu baru aku pk balik. Eh macam mimpi plak tadi. Kenapa aku setuju ek. Aku nak jadi warden??

Betulkah ni? haha, macam tak caye je ni. Sebenarnya aku tak sampai hati bila Cik Emy dah call dan mintak tolong. Lagipon ok je kot. Memang lah takut tapi insyAllah i'll try da bess..hehe

Bukan ape, aku teringat lah waktu dulu2 aku bleh lah dikatakan budak agak nakal (nakal ek bukan jahat) kat asrama. Masih teringat prinsip aku BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG YEE...

Bagaimanakah harus aku hadapi pelajar2 yg pastinya lagi nakal dari aku?huhu..(hukum karma).. Eh tapi tu dulu ea.. Sekarang aku dah taubat tau..hehe
Baik dah ni..yelah konon2 nya nak jadi cikgu.haha.. ;p

Bila aku bagitau kat atok dgn mak, atok pon cakap baguslah, sampai cikgu call. Baiknya cikgu.
Dalam hati aku dan fikiran aku masih terbanyang2 lagi memori kena duduk dataran. Terasa macam baru semalam je jadi..huhu.. Bukan berdendam tapi trauma..haha
Mak kata jadikan pengajaran dan kalau cikgu tak denda aku macam tu, tak jadilah aku macam sekarang. emmm...agaknya lah kot..hihi

Abah kata: Lepas ni kena berubah jadi macam cikgu2..emm..ok baik..hehe ;)
abah kata xleh gelak kuat2 lagi macam kartun..hihi..so hari Isnin ni kot2 aku berubah. Nantikan ye...haha

Selama 4 bulan, nantikan lah episod2 cerita aku seterusnya sebagai warden dan cikgu ye..ok..daaa...wish me luck ye!