Tuesday, October 29, 2013

PBS

Eh....!!

PBS??

What's mean PBS??

Penat.....Badan....Sakit.. or..

Pi Blah Sana..

Apa-apa pon ples key in b4 1 nov..huuu

Wednesday, September 18, 2013

Asrama SAB TERBAIKK di hatiku lah!!

Budak-budak asrama ni pasif..
Budak-budak asrama ni suka tido dalam kelas..
Budak asrama ni malas buat kerja sekolah...
Budak asrama ni 'stokin' busuk..haha
Mesti dah biasa kan dengar gosip-godip liar macam ni dilemparkan pada pelajara asrama. Dan tak kurang juga yang kata.. Tinggal kat asrama ni bosan..isk entah apa-apa je kan.  Tapi ketahuilah HANYA yang tinggal di asrama sahaja tahu betapa asrama ni sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih berdikari, berani, dan matang dalam menjalani kehidupan masa depan. Kenapa? Sebab...

BERANI sebab..Dalam dorm tak ada toilet. Kalau tak tahan sangat terpaksa lah pergi sorang-sorang ke toilet. Yelah kejut kawan tak bangun-bangun. Daripada terbuang atas katil, better redah je pi sorang-sorang. Dah kat dalam toilet, dah lega baru lah fikir alamak cam ne nak balik sorang2 ni..haha. Kalau toilet sebelah dorm xpe. Kena pulak toilet nun hujung tu...jawabnya 'Jangan Pandang Belakang' lah..hehe

Duduk kat asrama ni pun mengajar kita nak jadi KREATIF..sebab... mana tak kreatif nya kalau orang lain tdo atas katil dalam dorm. Tapi ada plak tdo dalam locker kat bilik study. Yang best lagi dalam library pon boleh tdo, bawak meja VIP tu. 

Kat asrama ni gak mengajar kita kreatif dan berani buat berani tanggung. Public phone kat asrama ni dulu cuma ada dua je. Masalah betul kalau nak kol orang. Nak dikatakan berani nya budak ni siap bawak HP lagi. Macam mana diorang simpan? haa...kat dalam tangki jamban toilet, kat dalam baju-baju kotor yang dah wangian nya semerbak, kat dalam teady bear...dan macam-macam lah.. kreatif lagi budak-budak ni kan.

Dulu-dulu public cuma pakai syiling je. Tak canggih macam sekarang. Banyak plak tu.. So kalau nak gayut lama-lama tu kena lah ada simpanan dulu. Cakap pasal gayut mengayut ni, aku teringat sampai ada peraturan penggunaan talifon yang dikeluarkan oleh Exco Displin, Kak Lily,

"Setiap orang boleh guna telefon 1 minit 2 saat je!!" 

 haha..itu pun juz boleh guna untuk kol family je..huhu




Menguji keikhlasan hubungan alam maya

Pernah tak anda berkenalan dengan seseorang hanya dengan melalui alam maya? Mesti pernah kan? Ada yang kata perkenalan dalam alam maya ni lebih sweet tapi ada jugak yang tak percaya dan menganggap semua ni tak masuk akal! Tapi anda yakin ke dia tu ikhlas nak berkawan dengan anda atau sebaliknya? Maklum lah sekarang ni kan semua di hujung jari. Nak berkenalan mencari kawan atau mungkin bakal kekasih pon boleh.haha.

Tapi masalah nya di sini macam mana kita nak tau dia benar-benar ikhlas dalam menjalin hubungan dengan kita. Lepas dah lama berkenalan mesti anda dah bercerita serba sedikit tentang diri masing2 kan? Tapi dalam alam maya ni semua nya fantasi. Nak tau hakikatnya kena lah jumpa. Hadapi di alam realiti!

Jadi apa yang anda perlu buat untuk 1st date ni?hehe..

Senang je...macam ni..

♥ Untuk nak tau dia ni ikhlas ke tak kan anda jangan terlalu menjaga penampilan. Tapi tidak lah bermakna anda kena berpakaian terlalu selekeh sangat. Pakai pakaian yang anda nampak selesa dan yang penting menutup aurat. Kat sini anda boleh tengok sama ada dia ni memandang rupa dan penampilan atau dia benar2 sukakan anda.

 ♥ Lepas tu untuk perjumpaan kali pertama ni jangan keluar berseorangan sahaja. Cuba ajak kawan anda menemani anda. Dan mestilah berjumpa di tempat awam yang ramai orang. Sebab kita tak boleh nak percaya sangat dekat orang yg kita baru kenal.

♥ Bawak kawan yang lagi cantik atau sopan dari anda sebagai teman.hehe..ada orang kata idea ni macam tak logik! Sebenarnya time ni lah anda nak tau die jujur ke x. Sebab kalau dia betul2 sukakan anda atau tidak. Mula-mula ajak dia berbual. Ajak kawan anda untuk turut sama terlibat dalam perbualan tersebut. Kalau anda nampak dia lebih tertarik pada kawan anda dan banyak berborak dengan dia..itu maknanya anda kurang nak menarik perhatian dia.

♥ Lepas dah buat perjumpaan kali pertama cuba sms dan hubungi dia untuk mengetahui tindak balas dia macam mana. Kalau dia sekadar membalas sms anda ala kadar dan tak sama macam mula2 kenal tu bermakna anda pon kena fikir kan sama anda nak teruskan berkawan atau tinggalkan sahaja.

♥ Releks... kalau kita sukakan seseorang tidak semestinya kita akan cintai dia. Dan kalau kita cintai seseorang tidak semestinyankitanakan bersama. Kalau secara terang dia lebih tertarik dengan rakan anda, adalah lebih baik sekiranya anda menarik diri anda keluar daripa terus menjalin hubungan dengan dia.

♥ Jangan salahkan kawan anda plak lepas tu. Tapi bersyikurlah sebab daripada anda telah lama menjalin hubungan dengan dia dan semakin sayang lagi susah anda nak lupakan dia. Lebih baik berhenti dan menarik diri awal daripada apabila sudah lama lagi kecewa anda nanti.

♥ Ketahuilah walaupun kecantikan itu satu bonus tapi jika seseorang lelaki hanya memandang kepada kecantikan sahaja, bermakna anda kena lebih untuk berhati2. Lebih baik tahu awal dia macam mana daripada dah ada hubungan apa2 atau dah berkahein baru tau dia mcam mana.

Tuesday, October 30, 2012

My First Love is Allah

Ada kala nya kita HARUS MELEPASKAN apa yang kita sayang. Itu kerana Allah mahu kita kembali menyayangi dan mencintai NYA lebih daripada apa yang kita sayang. Berpisah sementara di dunia lebih baik agar dapat bersama di akhirat :-)


Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?!

Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.

Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia?

Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia?

Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah, Aku yang terpilih!

Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. 

Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita.
 

♥ALLAH is the FIRST LOVE♥

Mungkin juga ada 'kesilapan' semasa kita bersama dengan nya. Mungkin juga apabila bersama dengan nya telah membuatkan kita lalai daripada rasa cinta kepada yang Maha Pengurnia Cinta. 

Mana satu pilihan kita? Mahu bersama hanya sementara di dunia? Ataupun bersama selamanya di akhirat kekal abadi?

Jika kita mahu bersama nya di dunia dan akhirat jagalah batas2 pergaulan kita dengan nya selagi dia belum menjadi milik kita. Jika rasa cinta kita terhadap seseorang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita kepada Allah, maka BERPISAH lah. Dan berdoa lah agar kita akan berjumpa dengan nya di akhirat kelak.



Jadi usahlah mengeluh..

MENGELUH hanya akan meletihkan dan menyakitkan hati. Tetapi BERDOA mampu menguatkan dan mengubati kedukaan. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap bukan nya simpati dari manusia.

Cukup lah Allah pelindung ku♥

Baik nya Allah

RELATIONSHIP dengan Allah itu yg seharus nya dijaga. BerCOUPLE lah dengan kebaikan dan CLASH lah dengan kejahatan. Tiada istilah SINGLE bila mana akan sentiasa ada Malaikat menjaga kiri kanan dan cukuplah Allah pelindung ku
 

Sedar tak kita sebenarnya tak bersendirian. Setiap daripada diri manusia itu ada malaikat yang menjaga. Malaikat yang menjaga kita sejak kita dilahirkan. Dan Allah yang sering kita abaikan itu sentiasa ada bersama kita. DIA Maha Mendengar setiap rintihan dan Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan. Tapi kenapa kita masih rasa kita bersendirian?
 
Kadang kala saya sendiri berasa hairan kenapa ada sesetengah yang suka mengeluarkan ayat macam ni...
 
"Untunglah ada orang sayang..."
 
Oh mungkin kerana mereka tidak menyedari atau tidak menghargai kehadiran ibu bapa yang sayang mereka. Tanpa kasih sayang antara ibu bapa tidak akan lahirlah kita di dunia ini. Mungkin mereka harus sedar kehadiran keluarga dan kedua ibubapa itu yang menyayangi mereka. Ataupun mereka kekurangan kasih sayang?
 
Bf baru topupkan Rm 5 dah sayang giler dekat bf. Bila Gf cakap "I love u" dah percaya sangat diri disayangi. Tapi kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang tak terhitung jumlah nya. Oh..kasihan..! carilah cinta yang sebenar-benar nya dahulu. Dengan sendirinya cinta sesama manusia akan menyusul.
 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
 
Fikirkan...

Antara permata dan batu


Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :)

Yups sangat setuju. Dalam kita sibuk mengejar apa yang kita impikan sering kali kita meninggalkan mereka yang telah dan pernah memberikan kebahagiaan kepada kita. Sebab memang sifat manusia itu tidak tahu menghargai apa yang ada. Bila kita bersendirian barulah kita teringat kembali semua tu. 

Tapi tak mungkin kan orang yang pernah kita tinggalkan dahulu akan kembali seperti biasa. Sebab tu lah hidup mesti diteruskan dan cuba jadikan pengajaran apa yang pernah kita buat tu sebagai petunjuk untuk kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tak semua orang akan dengan mudah melupakan apa yang kita dah buat pada dia. Tu lah silap diri sendiri sibuk mengejar sampai kita tercicir sesuatu yang berharga yang pernah hadir dalam diri kita dan membahagiakan kita suatu ketika dahulu.

Moral of the story...

Jangan lah mudah membiarkan mereka yang menghargai kita dan mengambil berat terhadap kita. Mungkin masa tu kita rasa 'rimas'. Tapi sedar lah kita akan menyesal bila kita dah abaikan dia..huu

Saturday, October 27, 2012

Tips menjawab soalan Sejarah versi express

Assalamualaikum wbt.

Kat sini saya nak sharing and caring lah serba sedikit macam mana nak jawab soalan Sejarah. Saya tak lah pakar dalam bidang ni ataupun seorang Guru Cemerlang apatah lagi. Tapi saya harap tips2 ni dapat lah sekiranya membantu student saya yang semakin dekat nak menghadapi exam besar ni SPM. Tips diwaktu terdesak dan nyawa2 ikan ni. Biasa nya orang yang kurang nak rajin macam saya ni lah yang selalu buat macam ni..hehe

Apa yang kamu semua perlu buat adalah :

1- Baca doa. 
Nak mula study tu kena lah baca doa. Berkat sikit. Tak kisah lah kita beragama apa sekalipun mesti ada adap2 untuk belajar kan. Doa ni adalah bagi lebih mendapat keberkatan dan lebih fokus sewaktu study. Nanti xda lah syaitan2 sms, calling2, tv dan sewaktu dengannya mengacau kita kan.


2- Soalan target/ soalan spot.
Sebenarnya soalan target ni ada kebaikan dan keburukannya juga. Sebab kalau tersalah target nanati kelaut lah kita nak menjawab nya nanti. Tapi tidak lah salah. Soalan target ni mestilah daripada sumber2 yang boleh dipercayai. Mana tau dapat daripada penggubal soalan ke kan..hehe. Boleh lah caya kot. Nak study dari mula memang dah xda masa. Jadi boleh lah sekiranya anda fokus kepada soalan target ni. Tak kan lah daripada banyak2 bab tiada satu pon yang masuk kan. Mustahil!

3- Baca je semua
Mesti korang akan bagi alasan kan macam mana nak habiskan baca semua bab kalau tinggal beberapa hari ni. Boleh sebenarnya! Sebab sebelum ni korang dah pun baca bab2 tu. Sekarang tinggal untuk korang meng 'refresh' balik je apa yang korang baca. BACA SEKILAS pandang tapi fokus! Faham atau tidak itu lain cerita. Tapi yang penting habiskan baca. Sebab kalau korang tak pernah baca topik2 tersebut macam mana lah korang tiba2 nak menjawab kan. Sebab tu lah kenapa kita selalu di ingatkan USAHA, doa dan tawakal. Kenalah usaha dulu, Barulah Allah tolong.

4- Peta minda dan nota poket
Sambil korang baca tu buat lah catattan sikit dalam bentuk peta minda lagi terbaik. Walaupun otak kita ni lebih hebat dari komputer tapi biasa kita tak pandai menggunakannya sehebat seperti yg diciptakan. Jadi jangan lupa CATAT lah sikit kata2 kunci ke apa ke yg boleh mengingatkan pada tajuk yg di baca. Tak kesah lah nota tu macam cakar ayam ke belacan ke. Yang penting korang faham. Orang lain tak faham tak apa yang penting korang faham. Bukan nya nak hantar dekat cikgu pon kan. Buat lah gaya macam mana pon nota korang yg penting isi nya. Jangan salin banyak sangat perkataan. Nanti korang susah nak ingat. Kalau korang terer melukis pon ok gak. Tapi pasti kan apa yag korang lukis tu mengingatkan dengan apa yg korang baca. Jangan korang lukis gambar bf/ gf plak. Tu memang sengal nama nya! haha.

5- Salin jawapan
Kalau yang tips yang atas2 ni tak dapat membantu gak, korang buat jelah ni. Beli buku latihan yang ada kat pasaran tu. Kalau boleh buku yang ada soalan2 past year. Tapi korang jangan plak tterlebih rajin nak cari jawapan plak. Time ni lah baru nak cari jawapan buat rujukan buku teks memang x payah! Sebab nanti korang akan lebih nerves. So, cara paling senang lah... Korang cuma salin je jawapan. Koyak kan jawapan kat belakang tu then salin je kat soalan tu. Mudah je kan! Ini adalah bertujuan untuk korang lebih biasa dengan bentuk soalan dan cara menjawab macam mana. Dalam sejarah ni nak dapat markah senang je. 
FAKTA, HURAIAN, CONTOH. (INGAT NI!!) Kalau ada 3 benda ni senang je korang dapat markah.

6- Fokus
Kalau dah saat2 genting macam ni korang sewajibnya kena fokus!! Jangan lah time study masih nak bersambil-sambilan bersembang2, ber sms dgn kawan ke, teman tapi mesra ke, buayaprend ke geliprend ke. JANGAN!! Tak penting kuantiti banyak mana korang da study tapi yang penting, KUALITI. Sebab kalau pun korang dah katam buku teks tu berkali2 pon tapi tak fokus nanti korang akan jem tiba2 nak jawab. Mana tau kan apa yg korang fokus tu kan keluar nanti. Alhamdulillah lah. Dah tinggal berapa hari ni saya nasihat kan lah... leak tepi dulu kasih kekasih ke apa ke yg boleh mengganggu fokus korang. Nanti lepas exam sambung balik ea. huh!





7- Rehat secukupnya
Haa...jangan lah kalau orang kata rehat ni korang langsung tak study ye. Rehat kat sini means korang kena tidur secukupnya. Waktu dekat2 exam ni tak yah lah nak tunjuk2 kerajinan study sampai pagi. 24 jam tu rasa tak cukup untuk study memang dahsyat lah korang.haha.. Pukul 10 - 12 pm tu area korang dah boleh tidur. Tapi ingat bangun lah awal. Jangan bangun dah masuk tengahrai buta ye! Sebab kalau korang terlebih tidur pon akan ada efect nya nanti. Menjadikan badan malas dan lesu. Kalau dulu saya study, masuk asar je saya dah stop. Pukul 5 saya dah depan tv tengok Spongebob. Mereleks kan minda..hihi



8- Pagi yang indah
Kalau dah tidur awal jadi nya kena lah bangun awal. Waktu pagi adalah paling sesuai untuk korang study. Kalau boleh bangun sebelum subuh, mandi dan solat subuh. Study waktu ni peratusan untuk mudah masuk dan faham apa yang di study kan adalah tinggi. Sebab waktu pagi ini Allah buka kan PINTU REZEKI seluas-luas nya dan pagi merupakan permulaan hari anda.

9- Jaga hati
Hati ini umpama penghulu dalam tubuh kita. So, korang kena lah jaga hati korang jangan mudah2 dimasuki oleh anasir2 yg tidak sepatutnya. Bukan hati korang je kena jaga tau. Jaga hati mak ayah, keluarga, kawan2 dan cikgu2. Sebab kalau orang yang mudah menambat hati dan menyenangkan hati orang lain besar kemungkinan dia akan didoakan oleh oleh insan tersebut. Kalau boleh kurangkan menonton tv dan mendengar lagu yang kurang berfaedah. Bukan apa, dalam drama2 sekarang memang tak kan terlepas dari aksi yg mengghairahkan. Pelakon nya plak aduhai seksi yg akan menjerumuskan kita ke dalam seksa nya api neraka. Lagu Inggeris pula kita main ikot je tanpa kita sedar lirik nya ada unsur lucah. Jadi berhati2 lah. Setiap DOSA yg ada akan MENGGELAP kan HATI. Kalau hati dah gelap maka susah lah nak ilmu nak masuk. Kalau nak tengok tv sangat, tengok lah Spongebob ke..hehe

10- Pengisian rohani
Bagi yang bergelar muslim. Doa dan solat JANGAN sesekali tinggal. Korang study lah bagai nak rak tapi kalau korang tinggal solat dan doa pasti tidak akan lengkap. Sebaik nya amalkan solat taubat dan solat hajat. Rahsia paling mudah mendapatkan ilmu ialah dengan BERZIKIR. Istigfar lah dan zikir banyak2 maka akan mudah lah ilmu masuk. Mulai saat ini tanamkan azam, kurangkan mengumpat banyakan berzikir. InsyAllah akan mudah segalanya. Amalan2 baik kita dan doa itu lah akan MEMBANTU kita menjawab exam sebenarnya selain daripada usaha. Buktinya, kadang2 waktu kita tengok soalan exam tu kita akan rasa susah. Tapi bila dah mula jawab secara mudah nya kita dapat tulis jawapan. Seakan-akan macam ada skrin dekat minda kita ni bertubi-tubi mengingatkan apa yg kita pernah baca. Itulah KEKUATAN DOA yang akan Allah gunakan di waktu kita benar2 memerlukan. Tapi syaratnya  usaha dulu ye!

11- Tinggal menjawab dahulu
Seandainya soalan yang korang dapat nanti agak susah tahap cipan. Korang jangan neves. Selawat banyak2. Releks dan cuba merangka jawapan. Jangan lah tak jawab langsung. CUBA sahaja jawab. Cuba jawab dan fokus pada soalan yang korang agak2 boleh skor. Lengahkan sebentar soalan yang susah. Bila dah jawap soalan yg korang dah dapat skor buka balik soalan yang susah tu dan cuba jawab. JANGAN SESEKALI TIDAK MENJAWAB. Sebab macam saya cakap tadi, apa yang kita rasa susah tapi bila dah jawab mudah je. Di situlah berguna nya DOA dan USAHA kita lakukan.



So, saya harap lah tips2 yang saya pernah buat ni korang dapat lah gak manfaat nya. Moga2 A + dalam tangan lah. Mana tau korang juga bakal2 guru Sejarah macam saya kan..hehe. Buat semua studen, saya doakan korang dapat menjawab soalan dan dipermudahkan segalanya. Jangan lupa roger2 dah dapat result nanti ye..hehe. GUD LUCK!!