Friday, January 27, 2012

Dah cukup MATANG ke kita ni?

Bila sebut pasal baligh ramai yang menganggap 'diri dah besar' atau 'dah dewasa'. Apa sebenarnya pengertian baligh ni ek?

Baligh ni beerti kita dah cukup matang untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan meninggalkan larangannya. Namun ada sesetengah yang menganggap ,

"Ya, aku dah matang. Dah dewasa boleh pikir mana baik, mana buruk.."

Di saat inilah ramai yang tersalah anggap yang 'matang' dan 'dewasa' itu sebenarnya apabila mereka sudah pandai 'bercinta'/ dah dibolehkan bercinta. Biasa lah, cinta ni kan untuk orang dewasa-dewasa katanya.

Sebenarnya hanya remaja yang matang sahaja tahu tanggungjawabnya dengan Allah, dengan ibu bapa dan dirinya sendiri. Bukanlah matang itu bila dah pandai 'bermain cinta'.

Belum baligh sudah bercinta, belum matang sudah berkasih. Emm..macam mana 2??
Cuba kita sesekali bertanya pada diri,

"Layakkah aku mencintai manusia, jika dengan Penciptanya pun aku belum kenal apatah lagi mencintai Nya"

Macam mana nak tau anda matang atau tidak?Jom kita lihat~

Anda belum matang sekiranya..

  • MENGHABISKAN kredit semata-mata berbual dengan 'kekasih' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.

  • RELA menunggu berjam-jam dalm hujan untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara express (kurang dua minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

  • MEMARAHI bah kan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.

  • SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walau satu muka surat setahun! huu

  • ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

  • SUSAH hati jika tidak menerima surat, email, SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu anda sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau SMS kepada ibu bapa di kampung.

  • MEMAKAI pakaian sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

  • LEBIH banyak mengucapkan kalimah "I LOVE YOU" berbanding kalimah zikir: SubhanAllah, Alhamdulillah dan Allahu Akhbar.
p/s: Apa yang kita lakukan, kelak akan kembali kepada kita. Jika kita perlakukan mak ayah sebegini, kelak anak-anak kita kan juga melakukan hal yang sama :)

No comments:

Post a Comment