Betul ke cinta lepas nikah ni nampak lebih sweet? Ada yang kata, macam mana nak bahagia, kalau tak kenal orang yang akan jadi pasangan kita. Tapi kan cuba kita tengok nenek moyang kita dulu-dulu. Mereka tak kenal pun, tapi boleh je bahagia sampai sekarang. Sebab nya....
Dalam kebahagiaan perkahwinan bukan lah diukur lama nya kita bercinta atau senang kata bercouple. Tapi diukur sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak. Ada yang sudah bercinta bertahun-tahun lamanya tapi last2 kahwin dengan orang lain. Ada yang tak kenal langsung tiba-tiba je boleh terus ke alam berkahwin.
Kenapa cinta lepas kahwin tu lagi indah?
Sebab nya hanya PERNIKAHAN yang mengHALALkan sesuatu hubungan. Hanya pernikahan sahaja cinta yang boleh membawa kita jalan yang diredhai. Cinta selepas kahwin itu lebih indah kerana ia lebih mudah dibina atas dasar cinta kepada Allah.
Cinta tu tidak bermakna tanpa ikatan perkahwinan. Tanpa perkahwinan, cinta hanya menjadi ungkapan, janji dan feeling yang hanya berlegar-legar di ruang harapan, fantasi dan angan-angan.
Tiada istilah cinta sebenar dalam budaya couple.
"Semakin banyak kita menyedut kemanisan cinta semasa bercouple, semakin hambarlah apabila sudah berkahwin".
Maknanya, dalam kita bercouple banyak perkara yang terlarang yang boleh menjerumuskan diri kita dalam dosa. Couple zaman sekarang tak mungkin tidak akan keluar berdua dan sebagainya. Jika sesuatu hubungan itu kekal sampai ke perkahwinan hendaklah mereka bertaubat atas apa yang pernah dilakukan sewaktu zaman bercouple.
Susah kita nak bina cinta berlandaskan cinta kepada Allah semasa bercouple. Lebih banyak ikutkan kekasih dan akhirnya Tuhan tersisih. Bila kita dah sayang, cinta seolah-olah 'menghalalkan' apa yang haram.
Tapi kalau kita dah nikah, suami jeling isteri, pahala! Suami manja2 dengan isteri, pahala! Semuanya pahala mengalir. Banyak nya pahala kalau kita kahwin =)
Tapi bayangkan kalau kita hanya couple, pakwe jeling manja kat makwe, dosa! Berlembut suara pun dosa. Sebab suara tu aurat pagi wanita. Bila pakwe makwe duduk berdua-duaan, boleh menjurus kepada zina. Susah nak cari pahala nya. Yang banyak nya bahala, bukan pahala.
Sebab tu lah Allah dah kata, sesiapa yang berkahwin telah menyempurnakan separuh dari agama nya. Indahnya perkahwinan =)
Sedangkan kalau kita cinta lepas kahwin, apa yang kita buat semua nya halal. Malah menjadi pahala! Kahwinlah seandainya kita telah mampu.
Itulah indahnya syariat. Nampak awalnya sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan.
p/s : kahwinlah hanya pernikahan sahaja jalan menghalalkan sesuatu hubungan =)
No comments:
Post a Comment