Kenapa kita mesti berterima kasih pada seseorang yang buat kita menangis? Mesti macam nampak tak logik kan. Memang terluka nya hati bila seseorang buat kita sampai menangis. Mula-mula memang lah sedih, frust dan sewaktu dengannya. Menangislah sepuas-puas nya.
Tapi... bila dah cool, cuba kita fikir balik. Sebenarnya kita ni bukan lah manusia yang sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan sepanjang nya. Kita tidak akan sentiasa dapat kebahagiaan dan kegembiraan. Memang lumrah dunia, kita akan di uji dengan kesedihan. Sedangkan para Nabi pun di uji apatah lagi kita umat nya ni kan.
Yang pasti dalam dunia ni tiada yang akan kekal. Semuanya akan hilang, akan pergi bila tiba saatnya. Jadi kita kenalah sentiasa bersedia.
Cuba kita fikir secara positif nya!!
Kalau kita asyik dibuai-buai dengan kebahagiaan, kelak kita akan lupa pada yang Esa. Jarang kita nak ingat Allah kalau hati tengah bahagia. Kita mudah alpa.
Kalau kita asyik gembira je, kita tidak akan tahu yang dunia ni sebenarnya ada macam-macam perangai manusia. Bukan semua nya boleh dipercayai. Bukan semuanya akan sayang kita macam kita sayang kan dia.
Berterima kasih lah kepada mereka yang buat kita menangis. Secara tak langsung, dia telah mengajar kita untuk jadi tabah menghadapi hari-hari mendatang.
Berterima kasih lah kepada mereka yang buat kita menangis. Kerana kesedihan akan membawa kita semula kepada yang Maha Mengasihani. Sebenarnya bila kita kesedihan, kita tidak lah keseorangan. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah akan akan mendengar luahan hati kita yang terluka. InsyAllah jika kita benar-benar ikhlas menghambakan diri pada Nya.
Bila kita kesedihan dan kedukaan, baru lah kita tahu yang mana satu kawan yang mana satu lawan. Mana permata dan mana kaca. Kadang-kadang orang yang kita tak pedulikan itulah yang sentiasa ada bersama dengan kita. Yang sentiasa cuba menjadi penawar kepada kedukaan kita. Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan dan mereka yang sudi menemani kita.
Berterima kasih lah kepada mereka yang membuatkan anda menangis jika mereka adalah seorang yang pernah sama-sama bergembira dengan anda. Macam mana pun, dia pernah bagi kenangan kepada kita. Sekurang-kurangnya ada sumting yg kita telah belajar daripada perkenalan tu kan.
Tanpa kita sedari sebenarnya orang yang kita sayang tu lah kadang-kadang yang selalu sakit kan hati kita. Dan belum tentu dia ada untuk kita di saat kita perlukan diri nya. Waktu ni lah kita akan tahu, siapa yang ikhlas sayang kan kita.
Jadi kenapa kita harus bersedih dan terus bersedih. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Life's must REDHA kan!. Cuba lah bangkit dari kesedihan. Buktikan kepada mereka yang telah membuatkan diri mu menangis dan kata kanlah kepada mereka
"TERIMA KASIH KERANA MEMBUATKAN SAYA MENANGIS"
No comments:
Post a Comment