Tuesday, January 31, 2012

Alya Lucu

Ok, ni pulak nama die Alya Halib. Cuba teka yang mana satu Alya?

Ha..yang pakai spec tu lah die. Tapi sapa plak yang lagi sorang tu?

Tu adik die. Alamak, gambar ni tak nampak lah 'tahi lalat' Alya. Tang ni, sama dengan adik die. Dua2 lucu. Alya ni kelakar. Kalau dengan die asik nak gelak je. Sebab kadang-kadang aksi die ni pelik2 je.

Aimi Poyo

Ni nama die Aimi~

Sekarng ni die jadi kawan gosip aku..hehe, kesian die hari tu kena teman lama aku nak mohon keje kat Raja Muda..hehe tqvm dear! :)

Aimi Amirah binti Jasni.

Tapi sebab ni die nampak macam kadang-kadang 'poyo', so aku rasa kena bagi die nama Imi Poyo..haha, kekal sampai sekarang nama die. Kalau tak caye, ce tengok kat Fb die. :P

Aimi ni die ni agak manje. Dah tu kuat merajuk. Tapi sekarang die kena penyakit baru. Lambat, atau senang dikata die ni 'pending' haha, jangan marah ye emie.hehe..

Tapi sejak akhir-akhir ni budak poyo ni rapat lak ngn aku..haha. Kalau nak gosip ke apa ke memang akan ngn die lah..hehe

 

I Love Sultan Abu Bakar Girls School :P



Projek last waktu praktikal kat SABGS ;D

Banyaknya DUGAAN menuntut ILMU -Lucu~


Setiap manusia tu berhak untuk berjaya dan mencapai apa yang diinginkan. Kenapa tidak mendapat kejayaan kalau kita sudah berusaha, berdoa, bertawakal dan akhirnya kita redha dengan apa hasilnya.

Banyak pepatah yang menyuruh kita menuntut ilmu.

"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China", "Ilmu pelita hidup".

Macam-macam lah. Tapi yang paling penting, dalam Islam kita sendiri diwajibkan menuntut ilmu. Bukan sahaja ilmu fardu ain yang akan membimbing kita malah ilmu-ilmu lain juga. Semua ilmu itu adalah datangnya dari Allah. Sebanyak mana kita mempelajari ilmu Nya, maka akan terasa diri kita ini terlalu kerdil di mata Nya. Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Indahnya Islam =)

Dalam mencapai kejayaan, bukan dikira dari mana kita bermula tapi di mana kita berakhir sebenarnya. Sebabnya kejayaan itu umpama satu perjalanan. Kadang-kadang kita bermula dengan baik, tapi kita harus ingat di sepanjang perjalanan tu macam-macam dugaan yang akan kita jumpa.

Lihat sahaja pada usia di zaman persekolahan. Zaman remaja ni lah yang banyak nya dugaan dalam menuntut ilmu. Mana tak nya, time ni lah bila terlihat kawan-kawan bercouple, hati mula lah terusik nak bercouple gak. Cinta itu fitrah, tapi ingat! Jangan sampai menjadi fitnah.

Kadang-kadang ada juga yang tahan nafsu tak nak terikut-ikut budaya COUPLE. Mana tak nya 'kawan' sejenis ni adalah amat mempengahruhi. Hati mana tak teringin kalau setiap hari asyik duk dengar die bercerita pasal buayaprend, pasal geliprend masing-masing. Lucu nya lah.

Menceritakan ketidak matangan yang sungguh terserlah gamaknya. Tapi kita ni hamba yang lemah. Akan ada lah suara-suara sumbang,

"Eh, kau tak teringin ke nak couple?",
"Kau ni anti lelaki ke?"(ayat x bleh blah),
"Ada pakwe ler seronok, nak apa je semua dapat"

emm, macam-macam perangai 'kawan' yang negatif seperti ni. Minta dijauhkan. Rasa macam nak stapler je mulut macam ni kan.

Zaman serba canggih ni pula, yang paling tak tahan adalah dugaan HANDPHONE. Maklumlah studen zaman sekarang kaya-kaya sokmo. Hp lagi canggih dari cikgu. Study hp ada kat sebelah. Konon-konon takut ada kawan hantar sms nak tanya soalan, atau kerja rumah. Kononya nak ber discussion dengan kawan dalam hp. Emm, bleh ke kalau nak ajar atau discus dalam hp ek? Lucu~

Macam-macam alasan. Myb boleh lah kot. Yelah, discus nya satu je sms. Tapi bab perkara-perkara lain berjela-jela merapu entah apa-apa. Bila ada orang antar sms mula lah hai tergugat nak tengok, nak buka, nak baca. Lepas tu mula lah berlarut-larutan.

Lepas tu belum lagi yang bergayut sakan. Bak kata Ustaz Azhar,
 "Bila letak telefon tu, cuping telinge boleh melekat" haha
 punya lah lama berborak. Entah apa lah yang diborakkan nya. Padahal dekat sekolah jumpa tu tiap2 hari. Lucu~

Di usia remaja ni jugalah nafsu nak mencuba bermacam-macam perkara. Ada saja yang nampak menarik hingga menarik diri terjerumus pada perkara negatif. Bila tengah tekun study, kawan pulak call ajak keluar. Mula-mula boleh lah tolak. Tapi mula lah ayat-ayat sumbang mambang lagi,

 "Macam ni ke kawan?", "Tak sporting betul ler member cam ni".

Adoi ai...'setan' yang bertopengkan manusia ni lagi bahaya! Lagi besar pengaruhnya..huu

Itu hanya pada zaman persekolahan. Belum lagi di alam Universiti yang tidak kurang hebatnya. Lagilah banyak anasir-anasir luar. Banyak betul dugaan menuntut ilmu ni kan. Kalau hati tak tetap teguh berpegang pada agama maunya kita sama-sama terjerumus dalam lembah kejahilan.

Dalam menuntut ilmu ni kenalah banyak bersabar!

Biarlah apa orang nak kata pasal kita. Biarlah orang nak anggap kita apa. Hanya kita tahu siapa kita, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa kita. Biar kita nampak hina disisi manusia, jangan sampai kita nampak hina di mata Allah. Tak pun cakap lah dalam hati,
"Ada aku kesah!" haha

Yang pastinya, mereka yang dikatakan 'kawan' itulah yang akan menyesal dikemudian hari. Nanti mula lah nak frust, nak salahkan cikgu, nak salahkan mak bapak. Semua nak disalahkan atas kesalahan sendiri. Time tu mana pergi nya buayaprend, mana perginya geliprendz entah hilang kemana.

Sesungguhnya Allah menjanjikan kemanisan dalam setiap kepayahan kita menuntut ilmu. Yang pastinya jika kita menuntut ilmu dengan jalan yang betul, InsyAllah ganjaran nya seperti kita berjihad. SubhanAllah. Indahnya Islam =)

Jom kita KAHWIN cepat ;)


Betul ke cinta lepas nikah ni nampak lebih sweet? Ada yang kata, macam mana nak bahagia, kalau tak kenal orang yang akan jadi pasangan kita. Tapi kan cuba kita tengok nenek moyang kita dulu-dulu. Mereka tak kenal pun, tapi boleh je bahagia sampai sekarang. Sebab nya....

Dalam kebahagiaan perkahwinan bukan lah diukur lama nya kita bercinta atau senang kata bercouple. Tapi diukur sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak. Ada yang sudah bercinta bertahun-tahun lamanya tapi last2 kahwin dengan orang lain. Ada yang tak kenal langsung tiba-tiba je boleh terus ke alam berkahwin.

Kenapa cinta lepas kahwin tu lagi indah?

Sebab nya hanya PERNIKAHAN yang mengHALALkan sesuatu hubungan. Hanya pernikahan sahaja cinta yang boleh membawa kita jalan yang diredhai. Cinta selepas kahwin itu lebih indah kerana ia lebih mudah dibina atas dasar cinta kepada Allah.

Cinta tu tidak bermakna tanpa ikatan perkahwinan. Tanpa perkahwinan, cinta hanya menjadi ungkapan, janji dan feeling yang hanya berlegar-legar di ruang harapan, fantasi dan angan-angan.

Tiada istilah cinta sebenar dalam budaya couple.

"Semakin banyak kita menyedut kemanisan cinta semasa bercouple, semakin hambarlah apabila sudah berkahwin".

Maknanya, dalam kita bercouple banyak perkara yang terlarang yang boleh menjerumuskan diri kita dalam dosa. Couple zaman sekarang tak mungkin tidak akan keluar berdua dan sebagainya. Jika sesuatu hubungan itu kekal sampai ke perkahwinan hendaklah mereka bertaubat atas apa yang pernah dilakukan sewaktu zaman bercouple.

Susah kita nak bina cinta berlandaskan cinta kepada Allah semasa bercouple. Lebih banyak ikutkan kekasih dan akhirnya Tuhan tersisih. Bila kita dah sayang, cinta seolah-olah 'menghalalkan' apa yang haram.

Tapi kalau kita dah nikah, suami jeling isteri, pahala! Suami manja2 dengan isteri, pahala! Semuanya pahala mengalir. Banyak nya pahala kalau kita kahwin =)

Tapi bayangkan kalau kita hanya couple, pakwe jeling manja kat makwe, dosa! Berlembut suara pun dosa. Sebab suara tu aurat pagi wanita. Bila pakwe makwe duduk berdua-duaan, boleh menjurus kepada zina. Susah nak cari pahala nya. Yang banyak nya bahala, bukan pahala.

Sebab tu lah Allah dah kata, sesiapa yang berkahwin telah menyempurnakan separuh dari agama nya. Indahnya perkahwinan =)

Sedangkan kalau kita cinta lepas kahwin, apa yang kita buat semua nya halal. Malah menjadi pahala! Kahwinlah seandainya kita telah mampu.

Itulah indahnya syariat. Nampak awalnya sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan.

p/s : kahwinlah hanya pernikahan sahaja jalan menghalalkan sesuatu hubungan =)

Sunday, January 29, 2012

Berterima kasih kepada mereka yang buat kita MENANGIS!

Kenapa kita mesti berterima kasih pada seseorang yang buat kita menangis? Mesti macam nampak tak logik kan. Memang terluka nya hati bila seseorang buat kita sampai menangis. Mula-mula memang lah sedih, frust dan sewaktu dengannya. Menangislah sepuas-puas nya.

Tapi... bila dah cool, cuba kita fikir balik. Sebenarnya kita ni bukan lah manusia yang sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan sepanjang nya. Kita tidak akan sentiasa dapat kebahagiaan dan kegembiraan. Memang lumrah dunia, kita akan di uji dengan kesedihan. Sedangkan para Nabi pun di uji apatah lagi kita umat nya ni kan.

Yang pasti dalam dunia ni tiada yang akan kekal. Semuanya akan hilang, akan pergi bila tiba saatnya. Jadi kita kenalah sentiasa bersedia.

Cuba kita fikir secara positif nya!!


Kalau kita asyik dibuai-buai dengan kebahagiaan, kelak kita akan lupa pada yang Esa. Jarang kita nak ingat Allah kalau hati tengah bahagia. Kita mudah alpa.

Kalau kita asyik gembira je, kita tidak akan tahu yang dunia ni sebenarnya ada macam-macam perangai manusia. Bukan semua nya boleh dipercayai. Bukan semuanya akan sayang kita macam kita sayang kan dia.

Berterima kasih lah kepada mereka yang buat kita menangis. Secara tak langsung, dia telah mengajar kita untuk jadi tabah menghadapi hari-hari mendatang.


Berterima kasih lah kepada mereka yang buat kita menangis. Kerana kesedihan akan membawa kita semula kepada yang Maha Mengasihani. Sebenarnya bila kita kesedihan, kita tidak lah keseorangan. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah akan akan mendengar luahan hati kita yang terluka. InsyAllah jika kita benar-benar ikhlas menghambakan diri pada Nya.

Bila kita kesedihan dan kedukaan, baru lah kita tahu yang mana satu kawan yang mana satu lawan. Mana permata dan mana kaca. Kadang-kadang orang yang kita tak pedulikan itulah yang sentiasa ada bersama dengan kita. Yang sentiasa cuba menjadi penawar kepada kedukaan kita. Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan dan mereka yang sudi menemani kita.

Berterima kasih lah kepada mereka yang membuatkan anda menangis jika mereka adalah seorang yang pernah sama-sama bergembira dengan anda. Macam mana pun, dia pernah bagi kenangan kepada kita. Sekurang-kurangnya ada sumting yg kita telah belajar daripada perkenalan tu kan.

Tanpa kita sedari sebenarnya orang yang kita sayang tu lah kadang-kadang yang selalu sakit kan hati kita. Dan belum tentu dia ada untuk kita di saat kita perlukan diri nya. Waktu ni lah kita akan tahu, siapa yang ikhlas sayang kan kita.


Jadi kenapa kita harus bersedih dan terus bersedih. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Life's must REDHA kan!. Cuba lah bangkit dari kesedihan. Buktikan kepada mereka yang telah membuatkan diri mu menangis dan kata kanlah kepada mereka

"TERIMA KASIH KERANA MEMBUATKAN SAYA MENANGIS"

Melayari "Bahtera" sepanjang di UPSI



Awal2 masuk UPSI je aku dah kata dah memang x nak dah duk kolej. Mana tak nya, dah lah kena orientasi dekat KUO (Kolej Ungku Omar) lepas 2 dek pasal Suksis nye pasal, x pasal2 aku 'tercampak' atau 'dicampak' ke KAB (Kolej Aminuddin Baki). Sapa yang tak menangis kan.

Masuk sem 3 je, lepas tamat kontrak setahun dengan kolej aku pon cepat2 cabut cari rumah sewa. Mula2 nak sewa dekat umah India (Min kata estet, huu) tapi dah nama nya jodoh kan, Finally, bermula lah kisah aku di rumah No. 7 Jalan 5 Taman Bahtera =)
Bilik No. 6 aku tinggal selama 5 sem dekat UPSI. Bermula lah kisah suka duka di sini..Ditemani dengan roomate yang x jemu2 menemani aku sejak masuk sem 1. Itu lah Nor Fazreen Kamaruddin. (Rindu kat min..hhehe)

Aku sangat bersyukur sebab aku masuk dalam rumah ni. Dapat rumate yang menjadi tempat mengadu di kala duka, dapat housmate yang selalu bergelak ketawa. Aii..rindunya lah semua tu. Walaupun macam2 perangai dalam rumah ni, tapi sejak hari terakhir meninggalkan rumah tu, aku rasa touching lah plak.




"Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan tempat bermain"
Bukan setakat pernah exciden depan umah tu, rumah ni gak lah macam2 terbinanya suka duka dalam persahabatan. Rindu pulak rasa nya nak duk gosip2, makan sama2 dengan housmate kat meja makan, masak sama2. Yang paling tak leh lupa bila ada "Watikah2" azimat kat dinding2 rumah. Hahaha :p

Ini lah rumah aku, x lah besar, tapi cukup selesa.