Wednesday, October 17, 2012

Sahabat itu saling menguatkan



Aah! Sangat setuju!

Siapa tak sayang kawan kan. Walaupun dia adalah seorang yang suka melawan bila saya cakap. Akan ada je jawapan dia bila saya nasihatkan dia. Kadang-kadang saya geram bila dia asik menjawab apa saya cakap. Tapi bila berjauhan saya selalu rindukan suara menjawab nya tu..haha..

Bila tahu dia tengah dalam kesedihan, sangat lah tidak senang duduk saya dekat sini. Kalaulah Johor dengan Kuala Lumpur tu dekat, saat tu jugak saya datang temankan dia. Tapi akhirnya saya dapat juga menemui dia malam tu. Terima kasih ya Allah kerana mengaturkan segalanya. Syukur Alhamdulillah saya dapat menemani dia di saat dia memerlukan seseorang.

Sebagai seoarng kawan, kita akan rasa sedih bila melihat kawan kita putus asa, sedih..muram dan sewaktu dengannya lah. Walaupun di saat tu kita berada dalam kesedihan juga tapi cubalah jadi apa sahaja untuk sahabat kita...seorang sahabat, ibu, kakak, kekasih, ayah di kala dia memerlukan diri kita. Apa yang penting dalam persahabatan itu adalah jangan ada kepentingan diri. Sebagai seorang sahabat gak, kita kenalah saling menguatkan antara satu sama lain.



Kalau kita gembirakan orang lain, insyAllah Allah akan berikan kegembiraan pada kita juga. Cubalah sedaya upaya membuatkan dirinya tersenyum walaupun dalam hati kita ada kedukaan. Apabila kita menggembirakan sahabat kita, Allah telah pun menghapuskan dosa-dosa kita.

Sedihnya saya bila saya tengok dia macam tu. Kalau lah kesedihan itu boleh ditransfer, saya akan cuba menanggung beban kesedihan dia. Saya cuba memahami keadaan dia. Mungkin pada dia saya ni banyak tanya lah. Dan mungkin juga saya ni buat dia makin pening..haha.. biarlah dia nak fikir apa pun. Walaupun orang kata mendengar itu lebih baik daripada berkata-kata. Tapi nak dengar apa nya kalau dia tak pernah nak berkata-kata.huu..

Sebenarnya kawan saya ni ada satu 'penyakit' yang suka berahsia.huu.. Kalau saya tak tanya memang dia x kan cerita. Kadang-kadang saya giv up dah nak tanya dia. Biarlah dia melayan perasaan sendiri. Tapi apa kan daya saya tak sampai hati tengok dia macam tu. 

Kadang-kadang saya geram gak sebab saya plak dikatakan 'banyak cakap'. haha memang pon....(sometimes ) hehe..



Walau macam mana keadaan nya jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah cubalah belajar memahami diri sahabat kita. Mungkin di saat itu dia memerlukan seseorang. Tak kira lah siapa salah dan betul, cubalah belajar bertolak ansur dan menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sebab sahabat itu adalah saling menguatkan antara satu sama lain.

 Jika seorang berada dalam kesedihan, menjadi 'tanggungjawab' seorang lagi untuk menceriakan diri sahabat itu. Barulah dikatakan sahabat kerana Allah. Janganlah kita sahabat kerana Allah semata-mata ungkapan di bibir sahaja. Tapi cuba lah buktikan dengan tindakan. Ikhlas lah melakukan semua kebaikan untuk sahabat kita semata-mata kerana Allah. Dan bukannya untuk mendapat sebarang balasan. Sabar... setiap orang itu ada kerenah nya. 


Tapi Alhamdulillah semua nya baik-baik sahaja lepas tu. Walaupun saya tak mampu nak meyelesaikan masalah dia, tapi saya berharap sekurang-kurang nya kehadiran saya dapat meredakan kesedihan dia. Apa yang paling boleh membuatkan kita gembira bila melihat sahabat yang kita sayang tersenyum dan ketawa. Lebih-lebih lagi ketawa itu adalah disebabkan oleh kita :)


No comments:

Post a Comment