Tuesday, October 30, 2012

My First Love is Allah

Ada kala nya kita HARUS MELEPASKAN apa yang kita sayang. Itu kerana Allah mahu kita kembali menyayangi dan mencintai NYA lebih daripada apa yang kita sayang. Berpisah sementara di dunia lebih baik agar dapat bersama di akhirat :-)


Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?!

Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.

Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia?

Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia?

Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah, Aku yang terpilih!

Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. 

Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita.
 

♥ALLAH is the FIRST LOVE♥

Mungkin juga ada 'kesilapan' semasa kita bersama dengan nya. Mungkin juga apabila bersama dengan nya telah membuatkan kita lalai daripada rasa cinta kepada yang Maha Pengurnia Cinta. 

Mana satu pilihan kita? Mahu bersama hanya sementara di dunia? Ataupun bersama selamanya di akhirat kekal abadi?

Jika kita mahu bersama nya di dunia dan akhirat jagalah batas2 pergaulan kita dengan nya selagi dia belum menjadi milik kita. Jika rasa cinta kita terhadap seseorang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita kepada Allah, maka BERPISAH lah. Dan berdoa lah agar kita akan berjumpa dengan nya di akhirat kelak.



Jadi usahlah mengeluh..

MENGELUH hanya akan meletihkan dan menyakitkan hati. Tetapi BERDOA mampu menguatkan dan mengubati kedukaan. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap bukan nya simpati dari manusia.

Cukup lah Allah pelindung ku♥

No comments:

Post a Comment