Wednesday, March 14, 2012

Taubat


Seteguh dan sesabar mana seseorang pasti suatu saat dia akan jatuh dan menangis. Sememang nya manusia sebagai hamba di muka bumi ini sangat lemah. Semua manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan Nabi sendiri tidak terlepas dari di uji mengapakah kita seringkali mengeluh apabila di uji? Betapa masih lemah nya iman ini ya Allah. Sesungguh nya aku sebagai hamba Mu yang lemah ini sangat mengharapkan pertolongan dan kasih Mu. Berikanlah aku petunjuk dan hati yang sentiasa mensyukuri rahmat dan rezeki MU. Ampunkan lah dosa-dosa ku ya Allah yang kadang kala leka untuk ingat pada MU.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Selangkah kita mendekati Allah, sesungguhnya Allah akan berlari mendekati kita.
Jika berada dalam kesedihan, mengadu lah kepada Allah. Hanya Allah lah yang sentiasa dan setia mendengar setiap kesusahan yang kita hadapi. Dan jangan lah kita berputus asa dengan Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping kita, tetapi hanya kita sahaja yang sering kali melupaka Nya.

Tuesday, March 13, 2012

My bcuk


Tak kesah lah ada 'orang tu' kata bantal ni macam kain lagsir jamban dia..huu
Apa-apa pon ia tetap comel di hati ku..haha



Comel tak?!

Bantal ni telah dihadiahkan oleh my gmoks, 8 Mac 2012 :P

Study senang ke kerja?



Dulu waktu tengah study, terasa susah nya study ni. Setiap sem ada je kena buat asigment lah, kuiz lah, presentation lah. Macam-macam kena buat. Belum lagi dengan berhadapan dengan lecturer yang kadang-kadang agak cerewet tu..huu

Dan hati mula lah berkata:

"Tak sabar nya nak habis study!!" (biasa lah manusia memang tak pernah puas..huu)

Sebab malas nak berhadapan dengan laptop dengan kerja-kerja yang semua nya nak cepat je siap. Masa ni gak nak fikir, kalau dah habis study bleh keje. Mula lah beranggapan yang kerja itu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan study. Tapi ketahuilah bahawa lepas study nak mencari kerja adalah lebih susah!


Kalau study, dah tentu lah every sem duit masuk. Tak payah fikir sangat hal duit ni. Kalau tak cukup 'bank Pa&Ma' ada. Tapi sekarang ni adoi..memang terasa lah susah rupa nya bila dah tak study. Nak cari kerja bukan lah semudah yang disangka. Ada kelulusan pun belum tentu dijamin untuk mendapat pekerjaan. Agak-agak kan akalu lah seandainya aku tak bekerja sebagai 'cikgu', kerja apakah yang sesuai dengan aku ek?! hehe..

Angah kata, ala..susah2 kawen je. Seandai nya kawen itru semudah mengira 1, 2, 3...huh! Kawen pun susah gak ape. Nak guna duit gak. Money is not everything, but everything NEED a money beb!! Tapi sebenarnya memang xda calon pon kalo nak kawen sekarang ni..hahaha

Menunggu tanaman pokok-pokok anggur yang entah bila nak berbuah ni memang lah membosankan. Hahaha, mesti ramai yang tengah mengalami nasib macam aku sekarang ni kan. hehe.. Pesanan aku, sabar-sabar jelah. InsyAllah rezeki tu ada. Cuma masih belum tiba masa nya untuk kita.

Anggap lah mungkin Allah nak berikan kerja atau sesuatu yang lebih baik kepada kita :)

Monday, March 12, 2012

Jadilah apa saja untuk Sahabat ;)

"Kawan mudah di cari tapi tidak seorang sahabat"
"Seribu orang kawan belum tentu dapat menggantikan tempat seorang sahabat"
"Sahabat yang TERBAIK adalah seseorang yang boleh menjadi apa sahaja untuk kita" ;)


Tapi bagi aku, dia lah kawan, dia lah sahabat. Bila time tiba perangai manje die yang cengeng tu nanti dia jadi lah macam adik-adik, kadang-kadang mengalahkan kanak-kanak.hahaha.


Aku ingat lagi kes dia salah bagitau dia kat mana. Nanges tiba-tiba lecturer nak buat test. Dia nanges sebab takot tak dapat balik lah tu, tiket dah beli. Aku sangat lah risau tiba-tiba call dia tengah nanges. Aku tanya dia kat mana. Agaknya disebabkan 'khusyuk' sangat dengan perasaan sedih dia tu, dia telah terberitahu tempat yang salah. Dia cakap dia dekat belakang SITC. Aku punya lah berpusing-pusing keliling tu cari dia. Sampai tanya orang siap ada nampak tak. Bila cari-cari tak jumpa, bertambah risau lah kan. Yelah kot2 jadi ape2 ke kan orang tengah nanges tu. Tapi rupa-rupa nya dia dekat belakang auditorium. huh! Sabar jelah wahai hati!

Mula nya memang macam nak marah. Geram kot...Yelah, aku tercari-cari macam apa je. Tapi bila dah jumpe dia. Tengok dia tengah menanges tu, isk tiba-tiba lembut plak aku ni. Aku yang tak pandai nak memujuk ni pon konon-konon lah memandai kan diri memujuk..hehe

Tapi bila time tiba perangai tak matang aku, dia plak jadi macam akak-akak..hehehe..


Dia lah yang selalu jadi tempat aku melepaskan geram kalau tak puas hati dengan kawan-kawan lain kat upsi. Dia gak lah yang selalu menjadi tempat bergosip kalau ada story mory baru. Kalau tengah sedih pon aku akan cari dia.  

"Bila tengah sedih kita tak berharap pun seseorang itu akan membuatkan kita ketawa, tapi cukuplah sekadar dia boleh membuatkan kita berasa tenang bila dengannya" :)

Sejak aku mula kenali si dia ni, banyak rasa nya perubahan dapat aku rasa. Kalau dulu aku malas kot nak study sangat. Tapi bila tengok dia yang memang 24 jam keje nya study je, lama-lama aku sendiri yang naik segan. Sepanjang sem di upsi ni, satu sem tu result aku bleh lah dikatakan paling tinggi dalam banyak-banyak sem. Sebab nya 1st time aku mula bersemangat nak study betul-betul. Aku pon tak menjangka ada orang akan merubah aku. Sebab bagi aku, aku suka buat apa je yang aku nak buat. Berani buat, berani tanggung.


Si dia gak dengan berani menjadi 'pengkritik' hebat apa yang aku buat. Mula-mula aku geram gak bila ada orang mengkritik. Yelah, mesti rasa tercabar kan. Tapi lama-lama aku rasa betul gak apa dia cakap. Walaupun agak pedas lah gak.huu.. lama-lama aku dah lali dah. Aku dah berubah untuk menerima pandangan dan kritikan orang lain :)

"Kawan yang baik bukanlah yang sentiasa membenarkan kata-kata dan tindakan kita. Kawan yang baik adalah mereka yang akan menegur apabila kita melakukan kesilapan"

Bila time aku tengah marah-marah dia mengkritik, ada masa nya aku akan melenting gak. Sebenar nya saje je nak melepas kan kemarahan dan ketidak puas hatian. Bila aku marah mula lah aku konon-konon nak merajuk. Tapi xda nya dia nak pujuk! haha..Tapi seingat aku kenal dia sampai lah sekarang dia tak penah pujuk dengan kata-kata. Dia susah sangat nak minta maaf. Kalau nak tau dia nak pujuk tu, lihat lah pada tindakan nya.

Nasib lah aku ni mudah lembut hati kan..hehehe :D


Tapi sebenarnya dalam kita bersahabat, mesti lah kena banyak bertolak ansur. Give n take.. Kalau sorang marah, sorang kena lah cool. Kalau sorang banyak cakap, sorang mestilah menjadi pendengar. Sebab dia tu selalu cakap yang aku banyak sangat cakap, x penat ke asyik bercakap je! isk geram je.. sebenarnya dengan dia je aku banyak story.

Geram gak kadang-kadang dengan dia ni bila time die dah buat salah tapi buat-buat tak bersalah tu. Tapi biasa nya aku merajuk tak lama pon. Sebab nanti aku ada je benda nak cerita dekat dia. Kalau merajuk macam mana nak bergosip kan?! haha..

Emm..bila dah semakin berjauhan ni kan, terasa rindu lah dengan waktu kiteorang sama-sama dulu. Rindu nak bergaduh dengan dia. Rindu nak tengok dia yang selalu nanges kalau time nak balik kelate. Kalau dekat asik nak gaduh je..dah jauh2 ni seriusly aku sangat rindukan waktu sama-sama dlu..rindu nak bergaduh dengan dia. Rindu nak gelak sama-sama. Lucu nya bila teringatkan semua tu :)


Jauh di mata, dekat di hati. Kalau kita rindukan seseorang, berdoalah untuk dirinya. Moga Allah sentiasa melindungi diri nya di sana ;)

-damiana-



Antara Johorian dan Kelantanis..lucu..haha




Sejak habis study di UPSI, memang lah asyik berjalan je. Lepas satu-satu negeri diterokai. Cuti kali ni percutian dekat Kelate plak. Memang bes sangat. Perjalanan yang jauh tak terasa bila dah berjalan-jalan dekat sana. Enjoy sangat lah..! Seminggu tu rasa macam sehari je.


Percutian ini telah di pakej kan sekali dengan pemandu pelancong dan 'guru bahasa'. haha.. Terima kasih sangat di ucapkan kepada Mardhiana Mohamed sekeluarga dan adik nya Ida dan Wani. Walaupun kadang-kadang guru bahasa aku ni memang suka nak 'mengenakan' aku dengan ajaran sesat nya.haha..

Lucu bila aku teringatkan konon-konon 1st time nak bercakap loghat kelate. Waktu kat kedai nak beli barang dengan confident nya aku cakap,

"Berapa riya, seriya?" (x tau betul x eja ni)

Kena gelak jelah.. haha, nampaknya aku masih tidak boleh berjalan sendirian untuk membeli belah kat sana seorang diri. Masih memerlukan khidmat 'juru bahasa'..hehe


Lagi satu kan, orang kat Kelate tak panggil buah pelam / asam/ mangga. Kat sini panggil pauh. haha, nasib baik aku tak tunjuk pandai cakap, "Nak beli buah pelam", ada yg lain karang maksudnya! huh..

Mula-mula aku pelik kenapa ada tulis 'Dilarang Berkubang' dalam bilik Ana ni. Dalam fikiran aku cuma fikir kerbau tengah berkubang lah. Biasa nya ayat berkubang tu gak di sinonim kan dengan kanak-kanak main lumpur. Tapi bila Wani tanya,

"Kak adah pehe dok maksud 'berkubang' tu",

Dan sekali lagi dengan confident nya aku jawab,

"Berenang" lah..sebab aku memang fikir kerbau berkubang.

Huh! kena gelak kan je. Maksudnya kalau kat Kelate ni, berkubang adalah 'Bersepah'. isk lain benar dengan Johorian nya bahasa..haha. Lagi satu kan bila 1st time aku dengar Wani cakap,

"Berahi sungguh kak adah dengan ana"

Terkejut aku dia cakap cam2. Isk x kan lah aku nak 'berahi' dengan perempuan kot! haha, tapi sebenarnya jangan salah faham! sebab dalam loghat kelantanis, 'berahi' itu maksudnya 'suka'..haha.. dalam otak pikir lain dah kan?! hehe..

Aku x bleh lupa gak bila 1st time bercuti dekat Kelate, waktu kiteorang nak bayar kat kaunter. Casher tu cakap,

 "Nak gaduh ke?"

Eh2, asal plak x semena-mena nak cari gaduh dengan pelanggan ni kan! Adik laki aku sorang tu mula lah nak hot bila orang tu cakap cam tu. Yelah kan, x da angin ribut tiba2 nak 'gaduh'. Tapi sebenarnya makdug 'gaduh' di sini adalah 'cepat'. Kalau tersalah faham diteruskan meti lain jadi nya..hehe

Lepas kes aku asik tersalah cakp je tu. Tahap confident terpaksa dikurangkan sikit. Confident itu bagus, tapi jangan terlebih confident..huu. Nanti orang duk gelak je. Aku pon kalo ingat balik nak gelak gak...hehe.

Lagi kan dulu aku pun pelik kenapa kalau aku cakap dengan housmate aku dari Sabah,

"Kopek lah buah tu"

Nanti mesti housmate aku yg Kelantanis ni cakap aku melucah. isk! ape plak..haha, rupa nya maksud disebaliknya lain..patot pon.. Kalau kat Johor, kopek tu maksudnya, kupas lah kan. isk, jauh benor maksudnya.


Lagi satu, biasa nya kalau Johorian akan cakap,

"Anu lah keje tu"

Biasa nya 'anu' tu macam lebih kurang maksud 'buat' lah. Sama macam perkataan tambahan untuk 'ek' kalo orang-orang Muor ni. Tapi maksud lain plak yang di fahami housmate aku ni..haha

Memang kadang-kadang lucu bila tersalah faham. Tapi itu lah, hidup ni macam-macam variasi. 1 Malaysia lah katakan..hehe. Tapi perbezaan itu lah yang menambahakan keunikan, dan untuk kita belajar saling menghormati adat dan cara hidup masing-masing. Tak rugi berkawan dengan kawan dari pelbagai negeri ni. Dapat banyak pengalaman dan belajar benda-benda baru.

Jangan lah asik dengan semangat kenogerian je ek! ;)

Friday, March 2, 2012

Rindunya....!


"Aku rindu setengah mati kepada mu...

Sungguh ingin kau tahu!

Aku rindu setengah mati...."


isk dah lah hati tengah terkenang..tiba2 dengar lagu macam ni plak. Erm...cam tau2 je hati tengah rindu...

Harap-harap percutian ke Kelantan esok dapat lah menghilangkan rasa rindu ni..huu

Orang kata kalau kita rindu kan seseorang bermakna dia sedang merindui kita..

Rindukah dia?? haha..apa lah..mainan perasaan je ;)

chipsmore oh chipsmore..~

Monday, February 27, 2012

Tips SERONOK belajar SEJARAH :P


Menjadi guru Sejarah pastinya semua menyangka akan memerlukan daya penghafalan yang kuat. Memang tidak dinafikan Sejarah itu memerlukan kita menghafal. Tapi kita tidak bergantung kepada untuk menghafal semata-mata sahaja!

Ini adalah kerana Sejarah akan lebih seronok jika kita mampu untuk berimaginasi. Mana-mana subjek sekalipun memerlukan untuk kita memahami nya. Sama juga lah dengan Sejarah. Kalau dalam percintaan sekalipun, kita akan lebih serasi dan bahagia jika kita dapat memahami pasangan kita, begitu juga hal nya dengan Sejarah.

Sejarah itu jika benar-benar dihayati akan memberikan impak yang sangat positif!

Daripada Sejarah jugalah kita akan belajar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu. Sejarah juga mampu mengubah kepada kehidupan lebih baik dan moden dalam pembangunan diri dan negara.

Rata-rata studen aku akan tanya,

 "Macam mana nak ingat Sejarah ek cikgu? Susah lah, Bosan lah.." dan macam-macam lah..

"Tapi aku akan jawab BERIMAGINASI lah. Kamu akan suka kan Sejarah" :P

Tahukah anda??

Manusia ini dikurniakan Allah daya imaginasi yang tinggi. Ketahuilah dengan imaginasi mampu menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar kita. Bukan nya berangan-angan ye.

Mekanisme yang cukup power dalam tubuh ini yang dipanggil imaginasi.
Dengan berimaginasi, kita lah sebenarnya menentukan sama ada kita kuat ataupun lemah.


Niat akan bermula di hati, dari hati terus ke minda dalam bentuk imaginasi.
Jika katakan kita mampu, sebenarnya kita pasti akan mampu melakukan. Dan sebaliknya.

Sebenarnya waktu kat sekolah time cikgu Kahar dengan cikgu Karim mengajar, (2K) aku selalu berimaginasi setiap apa yang cikgu cerita aku akan cuba membayangkan. Tapi kalau bayang terlebih bayang sampai melayang-layang tu lain plak jadinya. Tido lah jawabnya! haha..
Ingat lagi cikgu Karim selalu baling kapur kat baris belakang dalam kelas 5 Rk. huu..cikgu kata kiteorang  

"TIDO!"

Eh cikgu, kiteorang bukan tido tapi imaginasi..haha

Jadi apa lagi? Mari berimaginasi dan pasangkan niat yang betul dalam setiap tindakan anda! =)

My heart say: I'M READY!!