Monday, March 12, 2012

Jadilah apa saja untuk Sahabat ;)

"Kawan mudah di cari tapi tidak seorang sahabat"
"Seribu orang kawan belum tentu dapat menggantikan tempat seorang sahabat"
"Sahabat yang TERBAIK adalah seseorang yang boleh menjadi apa sahaja untuk kita" ;)


Tapi bagi aku, dia lah kawan, dia lah sahabat. Bila time tiba perangai manje die yang cengeng tu nanti dia jadi lah macam adik-adik, kadang-kadang mengalahkan kanak-kanak.hahaha.


Aku ingat lagi kes dia salah bagitau dia kat mana. Nanges tiba-tiba lecturer nak buat test. Dia nanges sebab takot tak dapat balik lah tu, tiket dah beli. Aku sangat lah risau tiba-tiba call dia tengah nanges. Aku tanya dia kat mana. Agaknya disebabkan 'khusyuk' sangat dengan perasaan sedih dia tu, dia telah terberitahu tempat yang salah. Dia cakap dia dekat belakang SITC. Aku punya lah berpusing-pusing keliling tu cari dia. Sampai tanya orang siap ada nampak tak. Bila cari-cari tak jumpa, bertambah risau lah kan. Yelah kot2 jadi ape2 ke kan orang tengah nanges tu. Tapi rupa-rupa nya dia dekat belakang auditorium. huh! Sabar jelah wahai hati!

Mula nya memang macam nak marah. Geram kot...Yelah, aku tercari-cari macam apa je. Tapi bila dah jumpe dia. Tengok dia tengah menanges tu, isk tiba-tiba lembut plak aku ni. Aku yang tak pandai nak memujuk ni pon konon-konon lah memandai kan diri memujuk..hehe

Tapi bila time tiba perangai tak matang aku, dia plak jadi macam akak-akak..hehehe..


Dia lah yang selalu jadi tempat aku melepaskan geram kalau tak puas hati dengan kawan-kawan lain kat upsi. Dia gak lah yang selalu menjadi tempat bergosip kalau ada story mory baru. Kalau tengah sedih pon aku akan cari dia.  

"Bila tengah sedih kita tak berharap pun seseorang itu akan membuatkan kita ketawa, tapi cukuplah sekadar dia boleh membuatkan kita berasa tenang bila dengannya" :)

Sejak aku mula kenali si dia ni, banyak rasa nya perubahan dapat aku rasa. Kalau dulu aku malas kot nak study sangat. Tapi bila tengok dia yang memang 24 jam keje nya study je, lama-lama aku sendiri yang naik segan. Sepanjang sem di upsi ni, satu sem tu result aku bleh lah dikatakan paling tinggi dalam banyak-banyak sem. Sebab nya 1st time aku mula bersemangat nak study betul-betul. Aku pon tak menjangka ada orang akan merubah aku. Sebab bagi aku, aku suka buat apa je yang aku nak buat. Berani buat, berani tanggung.


Si dia gak dengan berani menjadi 'pengkritik' hebat apa yang aku buat. Mula-mula aku geram gak bila ada orang mengkritik. Yelah, mesti rasa tercabar kan. Tapi lama-lama aku rasa betul gak apa dia cakap. Walaupun agak pedas lah gak.huu.. lama-lama aku dah lali dah. Aku dah berubah untuk menerima pandangan dan kritikan orang lain :)

"Kawan yang baik bukanlah yang sentiasa membenarkan kata-kata dan tindakan kita. Kawan yang baik adalah mereka yang akan menegur apabila kita melakukan kesilapan"

Bila time aku tengah marah-marah dia mengkritik, ada masa nya aku akan melenting gak. Sebenar nya saje je nak melepas kan kemarahan dan ketidak puas hatian. Bila aku marah mula lah aku konon-konon nak merajuk. Tapi xda nya dia nak pujuk! haha..Tapi seingat aku kenal dia sampai lah sekarang dia tak penah pujuk dengan kata-kata. Dia susah sangat nak minta maaf. Kalau nak tau dia nak pujuk tu, lihat lah pada tindakan nya.

Nasib lah aku ni mudah lembut hati kan..hehehe :D


Tapi sebenarnya dalam kita bersahabat, mesti lah kena banyak bertolak ansur. Give n take.. Kalau sorang marah, sorang kena lah cool. Kalau sorang banyak cakap, sorang mestilah menjadi pendengar. Sebab dia tu selalu cakap yang aku banyak sangat cakap, x penat ke asyik bercakap je! isk geram je.. sebenarnya dengan dia je aku banyak story.

Geram gak kadang-kadang dengan dia ni bila time die dah buat salah tapi buat-buat tak bersalah tu. Tapi biasa nya aku merajuk tak lama pon. Sebab nanti aku ada je benda nak cerita dekat dia. Kalau merajuk macam mana nak bergosip kan?! haha..

Emm..bila dah semakin berjauhan ni kan, terasa rindu lah dengan waktu kiteorang sama-sama dulu. Rindu nak bergaduh dengan dia. Rindu nak tengok dia yang selalu nanges kalau time nak balik kelate. Kalau dekat asik nak gaduh je..dah jauh2 ni seriusly aku sangat rindukan waktu sama-sama dlu..rindu nak bergaduh dengan dia. Rindu nak gelak sama-sama. Lucu nya bila teringatkan semua tu :)


Jauh di mata, dekat di hati. Kalau kita rindukan seseorang, berdoalah untuk dirinya. Moga Allah sentiasa melindungi diri nya di sana ;)

-damiana-



No comments:

Post a Comment