Wednesday, April 4, 2012

JANGAN hadir jika niat untuk mengecewakan




CINTA....

Cinta itu ibarat kupu-kupu..semakin dikejar semakin pula dia menghindar. Tapi bila kita biarkan dia terbang, cinta akan hadir kepada kita di saat kita tidak menduga.

Cinta itu mampu membahagiakan. Tapi sering pula menyakitkan. Lumrah alam..ada sakit ada suka. Tapi cinta itu akan menjadi lebih membahagiakan jika kita berikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya. Mereka adalah suami dan isteri yang sah dengan ikatan PERNIKAHAN.

Cinta bukan lah mencari yang terlalu sempurna. Tetapi cinta itu adalah menemukan seseorang yang mampu menjadikan kita berasa sempurna bila bersamanya. Sebab cinta tu kan saling MELENGKAPI.

JANGAN!!!

Jangan sesekali katakan, "Aku Cinta Padamu" bila kita sebenarnya tidak mempedulikannya. Kadang-kadang kita sebenarnya dia cuma memerlukan kita tapi tidak menyayangi kita. Sayang dan memerlukan adalah dua hal yang berbeza!

Jangan berbicara soal PERASAAN bila itu tidak benar-benar kita maksudkan.

Jangan SENTUH HIDUP seseorang jika kita hanya berniat mahu sekadar 'bermain-main' perasaan dengannya.

Jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kita lakukan itu hanya satu PEMBOHONGAN.

Hal paling KEJAM yang kita lakukan adalah membuat seseorang jatuh cinta dan menyanyangi kita, sedangkan kita TIDAK berniat langsung MENERIMA nya saat dia terjatuh!

"Jika kita memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kita LEPASKAN ia begitu sahaja..  kerana.....
Ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kita. Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup"

Begitulah juga jika kita telah banyak memberikan PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah dia mula MENYAYANGI mu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja....kerana.... dia akan TERLUKA oleh KENANGAN bersamamu dan mungkin tidak akan dapat MELUPAKAN segalanya selagi MENGINGATI mu.

"Jika kita menadah air, biarlah berpada-pada. Jangan terlalu mengharap takungannya dan jaganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar KEPERLUAN kita. Apabila ia RETAK, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya....? Ia DIBUANG. Sedangkan jika kita cuba MEMPERBAIKINYA, ia masih boleh digunakannya lagi."


Begitu jugalah jika kita memiliki seseorang. TERIMA lah seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggap dia begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia juga manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kita MENERIMA nya. Akhirnya kita kecewa dan meningalkannya. Sedangkan jika kita cuba belajar MEMAAFKAN, boleh jadi hubungan itu akan terus KEKAL hingga akhirnya.
"Jika kita telah memiliki sepinggan nasi yang kita rasa baik baik untuk kita, mengeyangkan dan berkhasiat, mengapa kita masih berlengah cuba mencari yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kita tidak akan boleh memakanna. Kita juga akan MNYESAL".

Begitu juga jika kita telah BERTEMU dengan insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kita, MENYAYANGI dan MENGASIHI kita, mengapa kita harus berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak kita akan KEHILANGANNYA apabila hati nya bukan milik kita lagi. Dan saat ini kita juga akan MENYESAL!

P/S: Kisah janji dimungkiri lagi...........

Cara ALLAH berbicara dengan kita


Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka segeralah mendirikan SOLAT. Nescaya anda akan kembalo tenang dan tenteram. Sesungguhnya solat itu dengan izin Allah boleh menjaga anda dengan cara menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini. Jika kita mahu mengadu kepada ALLAH cara nya ialah dengan bersolat. Solat lah cara untuk kita berbicara dengan ALLAH.

Sesungguhnya UBAT HATI itu ada lima perkara. maka ubatilah hati yang dalam kesedihan itu dengan 5 perkara ini :



Pertama:
Bacalah Al- Quran dengan menghayati isi kandungannya.  Jika anda tengah berada dalam kedukaan dan kekecewaan pujuklah hati dengan membaca Al-Quran. Jika kita mahu mendengar ALLAH berbicara dengan kita pula, bacalah Al-Quran dan fahami isi nya.

Kedua:
Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Jika perut kita terlalu kenyang, kita akan menjadi malas dan secara tidak langsung kita juga akan hanya duduk bersahaja dan mula melayan mod kesedihan.

Ketiga:
Bangun (beribadat) di waktu malam dengan cara berzikir. Di waktu ini adalah waktu yang sunyi dikala semua orang lena diulit mimpi, bangunlah kita untuk mengadu kepada NYA. Sesungguhnya DIA Maha mendengar setiap rintihan dan kesedihan kita.

Keempat:
Menghampirkan diri kepada ALLAH (beribadat) sepertiga malam dengn solat sunat. Di saat ini dapat kita merasai ketenangan dan barulah kita terfikir, manusia jarang sekali mahu bersama-sama ketika kita dalam kesedihan. Tetapi ALLAH sentiasa ada untuk kita. 

Kelima:
Sentiasa bersama-sama di majlis orang-orang soleh. Kenapa? Sebab kemaksiatan dan hiburan itu sebenarya hanya akan membuatkan diri kita gelisah. Kemaksiatan itulah yang meragut ketenangan kita. 

"Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian nya akan turut meresapi kita. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, percikan apinya akan melukakan kita".


"Jika kita mahu berbicara dengan ALLAH, maka SOLAT lah, dan jika mahu mendengar ALLAH membalas setiap aduan kita, maka BACALAH AL_QURAN"

Indahnya ISLAM :)

Tuesday, April 3, 2012

Tugas dah menanti!




6 Mei 2010, Jumaat

Hari ni pertama kalinya aku melangkah ke sekolah menengah SABGS yg telah sekian lama aku tinggalkan. Aku agak merajuk dengan abah sebab abah lambat untuk hantar aku ke sekolah. Isk abah ni, aku dah janji dengan kawan2 nak jumpe pengetua pukul 10 lah. Dan bila tengok aku yang agak2 gelisah menunggu abah balik dari sekolah, mak pun kol abah buat kali ketiga. Mak kata kat abah aku dah nangis tunggu tu..haha, padahal aku saje je. Tapi cuak gak kesian dengan kawan2 aku yg dah datang awal tu.

Setibanya di sekolah, menunggu kedatangan pengetua agak lah lama, lepas tu kiteorg jumpe lah GPK. Huhu menunggu agak lama itu rupa-rupanya kami telah disediakan dengan tugasan. Eh2, aku rasa aku datang cume nak tanye fasal surat je. Tak sangka ketibaan aku dan kawan2 rupanya telah siap disediakan dengan tugas2..huhu. Tapi it’s ok je. 
Ni pintu masuk asrama tercinta ku, jadi warden gitu..haha

Tugas pertama ialah dalam mesyuarat PIBG sekolah. Aku kena uruskan hal pendaftaran, lepas tu aku tolong kawan2 aku buat sijil plak.

Hmm sekarang aku dah kat asrama. Cik emy xdelah plak. Malam pertama di asrama aku tdo sorang2..huhu..tapi kalo ade cik emy, aku segan gak..haha. Tapi cuak gak sorang2 ni..huhu..xpe2, aku cube memberanikan diri walaupun agak takot2. Baru aku nak makan lepas magrib tadi tibe2 pintu diketuk. 

“Alamak ape plak lah budak ni nak jumpe, hal apakah?” 
Dalam hati aku ni berdebar2 je bile pintu diketuk. Tengah hari tadi baru nak terlelap entah berapa kali je pintu diketuk, 

“Nak beli eskrim cikgu”. 

Huhu rupanya diorang datang nak beli eskrim. Walaupun eskrim dah habis, masih ada gak budak2 yg ketuk nak beli. Dan aku pun mula lah rasa macam nak tampal notis, 

“Eskrim dah habis”..arghhhh!!!  huhu

Haa cite fasal magrib tadi waktu aku baru nak buka makanan yg abah belikan tengahari tadi, pintu diketuk lagi. Rupa2 nya budak2 ni datang cume nak borak2 je..huhu, junior aku waktu aku f6 dlu. Alahai pelajar2 ku..engt gak kat ‘kakak’senior mu rupanya..huhu. 

Tengok ni dah besar kan diorang, dulu kanak2 lagi
Sekarang jam menunjukkan pukul 8.30, baru je lepas berkumandang azan kat laptop ni. Terasa sayu menusuk2 kalbu..mengantok pon dah mula ni. Sayu rasa macam 1st time masuk asrama. Macam nak nangis pon ada. Mak abah tinggalkan petang tadi. Rasa macam studen lagi aku ni. Walau pun sekarang aku dah setaraf dengan cikgu2 yg lain.


Budak2 ni dah x bleh lah nak panggil aku. ‘kak adah’ lagi..cz aku dah cikgu..hehe. Aku perkenalkan diri ku sebagai ‘cikgu suhadah’..hihi.. malam ni bosannya. Jap lagi aku nak round2 melawat asrama. Melihat pelajar2 ku yg sedang khusyuk study. Ceh study ke stado??haha


Esok aku kena bangun awal sebab aku telah pun dihidangkan dengan tugas2 yg semakin mencabar. Ok, jumpe esok pkul 8 di bilik gerakan ye, cikgu sue! haha

Jom hargai orang lain ;)


Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.



Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

p/s: Bila kita belajar untuk menghargai seseorang dan sesuatu kita akan temui apa sebenarnya yang kita cari. Kita akan lebih bersyukur dan menghargai semuanya. Hargai seseorang sementara die masih ada untuk kita, insyAllah kita akan jadi orang yang paling bahagia.. :-) Menyayangi dan menghargai membuat kita lebih bersyukur

8 Cara Untuk Anda Mengubah Hidup Agar Jadi Lebih Baik Dan Bahagia.





1. Bersikap Optimis

- Pandanglah hidup ini dengan cara yang positif dan buangkan pandangan negatif anda.

2. Pandang Ke Hadapan.

- Realisasikan impian anda supaya apa yang di impikan dapat di capai. Teruskan Berusaha dan jangan menoleh kebelakang lagi.

3. Terima Kasih
- Hargai lah orang-orang di sekeliling anda yang selama ini banyak membantu dan menyokong anda dengan berterima kasih kepada mereka. Itu membuatkan mereka rasa di hargai oleh anda.

4. Nikmati Hidup
- Ambil masa untuk melakukan apa-apa perkara yang anda sukai dan dapat menenangkan jiwa anda. Ia akan memberi keceriaan kepada anda.

5. Rawatlah Tubuh Anda
- Sayangi tubuh anda membuatkan anda kekal sihat dan bahagia. Ambil Masa untuk melakukan senaman, mengawal diet anda dan sekiranya berduit, pergilah ke spa kerana dapat menyihatkan tubuh anda.

6. Ubah Jadual
- Rancang waktu yang efektif samada waktu bekerja atau beriadah dengan mengubah jadual rutin harian yang membebankan kamu. Ceriakan diri kamu dengan aktiviti yang tidak meletihkan dan rilek supaya tidak dibebani masalah kerja yang memenatkan.

7. Keep in touch Dengan sahabat lama

- Hubungi lah rakan-rakan anda yang lama tidak bertemu dan aturkan janji untuk berjumpa. Lebih baik adakan reunion bagi mengeratkan kembali hubungan yang lalu. Ia akan membuatkan anda ceria dan banyak perkara-perkara berfaedah dapat dikongsikan bersama teman-teman.

8. Kreatif

- Lakukan perkara-perkara yang membuatkan kamu kreatif dan berinovasi dengan melakukan apa-apa perkara yang menjadi hobi dan minat anda. Ia membantu mewujudkan pemikiran kreatif dalam diri anda serta membuatkan anda ceria dan bertenaga.

Aku cuma insan biasa



Aku cuma insan biasa..

Bisa menyakiti dan disakiti.
Bisa terluka dan dilukai
Bisa melupakan dan dilupakan.
Bisa mengenang dan terkenang.
Bisa merindu dan dirindui.
Bisa bersabar dan tercabar.
Bisa membenci dan dibenci.
Bisa merasa dan terasa.
Bisa ketawa dan menangis
Bisa gembira dan bersedih

Sebab aku cuma insan biasa yang kadangkala aku juga akan melakukan kesilapan dan akan meminta maaf.


Walaupun aku cuma insan biasa,tapi aku masih MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN bila diperlakukan....fahamilah aku..

Betapa pentingnya insan yang telah MENYENTUH hidup kita



Tahu tak sebenarnya bukan mudah kita melupakan seseorang. Lebih-lebih lagi bila dia dah banyak melalui saat bersama-sama dengan kita. Patah tumbuh, hilang berganti. Mungkin ada pengganti, tapi tak sama kan dengan dirinya. Sebab mereka adalah insan yang telah menyentuh kehidupan kita =)

Kata orang cinta itu tak semestinya memiliki. Yups, memang benar! Cinta juga memerlukan banyak pengorbanan untuk orang dicintai.Apa yang dikatakan cinta ni sebenarnya ek?

Cinta adalah..

Ketika kamu menitiskan airmata, tetapi masih peduli terhadapnya.

Cinta adalah..
Ketika dia tidak memperdulikan dirimu, tapi kamu masih menunggunya dengan setia.

Cinta adalah... 
Ketika dia mula mencintai orang lain, tetapi kamu masih mampu tersenyum dan berkata,

"Aku turut berbahagia untukmu"

Berbaloi kah kita mencintai seseorang hingga sampai macam ni ek? Emm, ada lagi kah orang yang sanggup berkorban sebegini? Mungkin ada..tapi jarang-jarang sekali nak ditemui. Biasa nya kalau kita sayang dan dintakan seseorang kan, mesti kita nak sangat memilikinya kan?

Tapi daripada apa yang difahamkan mengenai cinta di atas, sebenarnya kalau kita mencintai seseorang, kita perlulah berdoa kepada yang mengurniakan rasa cinta tu agar DIA menyatukan kita dengan orang yang dicintai. Secara mudahnya kita perlu lah menyerahkan urusan hati ni kepada Nya. Sebab soal hati ni urusan ILAHI. 

Kalau kita bersikap dia milik aku!! Aku tak boleh hidup tanpa dia!!, nanti kita juga akan merana. Frust berbulan-bulan. Tak mustahil sampai bertahun-tahun. Nak-nak lagi kalau kita dengar lagu Nera, Hatiku Milikmu.

"Betapa hebatnya cinta mu..
Memberi ku sejuta pilu.."

Bukan senang nak melupakan orang yang pernah kita cintai kan. Tapi kalau kita serahkan soal hati ni pada ILAHI, insyAllah kita tak da lah nak frust menonggeng sangat kan. Kita akan lebih REDHA seandainya dia bukan jodoh kita. Sebab cinta tu tak semestinya memiliki. Sebab tu lah kita mampu tersenyum. 
 


"Jika dirimu bahagia, aku juga akan bahagia" :)

Kebahagiaan itu ada untuk...

Mereka yang menangis..
mereka yang telah disakiti
mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. 
Kerana mereka lah yang bisa menghargai betapa pentingnya insan yang telah menyentuh kehidupan mereka :)