Sunday, January 29, 2012

Melayari "Bahtera" sepanjang di UPSI



Awal2 masuk UPSI je aku dah kata dah memang x nak dah duk kolej. Mana tak nya, dah lah kena orientasi dekat KUO (Kolej Ungku Omar) lepas 2 dek pasal Suksis nye pasal, x pasal2 aku 'tercampak' atau 'dicampak' ke KAB (Kolej Aminuddin Baki). Sapa yang tak menangis kan.

Masuk sem 3 je, lepas tamat kontrak setahun dengan kolej aku pon cepat2 cabut cari rumah sewa. Mula2 nak sewa dekat umah India (Min kata estet, huu) tapi dah nama nya jodoh kan, Finally, bermula lah kisah aku di rumah No. 7 Jalan 5 Taman Bahtera =)
Bilik No. 6 aku tinggal selama 5 sem dekat UPSI. Bermula lah kisah suka duka di sini..Ditemani dengan roomate yang x jemu2 menemani aku sejak masuk sem 1. Itu lah Nor Fazreen Kamaruddin. (Rindu kat min..hhehe)

Aku sangat bersyukur sebab aku masuk dalam rumah ni. Dapat rumate yang menjadi tempat mengadu di kala duka, dapat housmate yang selalu bergelak ketawa. Aii..rindunya lah semua tu. Walaupun macam2 perangai dalam rumah ni, tapi sejak hari terakhir meninggalkan rumah tu, aku rasa touching lah plak.




"Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan tempat bermain"
Bukan setakat pernah exciden depan umah tu, rumah ni gak lah macam2 terbinanya suka duka dalam persahabatan. Rindu pulak rasa nya nak duk gosip2, makan sama2 dengan housmate kat meja makan, masak sama2. Yang paling tak leh lupa bila ada "Watikah2" azimat kat dinding2 rumah. Hahaha :p

Ini lah rumah aku, x lah besar, tapi cukup selesa.

AJK tertinggi asrama :P


Waktu aku praktikal tahun lepas, aku tertarik dengan senarai nama tiga AJK tertinggi asrama. Selain daripada Zuriana budak netball yg dlu agak2 nakal lah jugak, dah jadi KA tu.. Hebat! hehe penolong nya pulak Biha dan dibantu setiausaha nya Farzana. Emm..tapi bukan nama yang jadi persoalan, tapi ce korang tengok kat bawah ni.



Waktu mula2 ada event asrama, aku lucu sebab bleh x dipanggil AJK 'tertinggi'?


Hehe, cute kan, tapi apa2 pon diorang semua memang mantap dan berdedikasi dalam mentadbir asrama tersayang. Terbaikk lah! Tahniah! :D

Saturday, January 28, 2012

Forgive + Forget = Peace!


ORANG yang paling CEPAT dalam MINTA MAAF

adalah ''ORANG YANG PALING BERANI''...

ORANG yang paling CEPAT meMAAFkan

adalah ''ORANG YANG PALING KUAT''...Dan.....

ORANG yang paling CEPAT meLUPAkan


KESALAHAN orang lain adalah ''ORANG YANG PALING BAHAGIA''...


*mudahlah untuk mengucapkan kata "MAAF" dan ikhlaskan la hati untuk memaafkan

Hidup ni kan SALING MELENGKAPI

aa



Dalam setiap hubungan yang terjalin tak kira lah suami, isteri, kekasih, berkawan, adik-beradik dan sebagainya memang susah kita nak jumpa seseorang yang memang sama-sama ideal dengan kehendak kita. Kadang-kadang memang rasa geram lah jugak bila orang tu tak nak dengar cakap kita, asyik nak protes je.

Tapi sebenarnya kalau setiap orang sama je, xda lah warna warni dalam kehidupan ni kan. Tak da lah suka duka, senyum, sedih. Tak mencabarlah kehidupan macam ni. Sama je. Asyik orang yang sama, gaya yang sama, semuanya sama. Lama-lama nanti kita bosan gak.

Tahu tak?

Sebenarnya bila kita berkawan dalam persahabatan, memang banyak dugaanya. Kadang-kadang kawan kita sorang ni suka nak marah-marah. So, kita kenalah cool. Kalau sorang suka membebel, sorang kena lah mendengar. Bukan kah Allah jadikan kita satu mulut untuk berbicara dan dua telinga? Maknanya kita kena lah banyak mendengar daripada berkata-kata..hehe..

Bila ada sorang kawan tu garang atau dalam bahasa kelate nya 'bekeng' (hehe, x tau betul x eja ni) nanti kawannya sorang lagi mesti akan berlainan. Lembut macam softlan je..haha


Dalam bab makan plak kan pun banyak yang tak sependapat. Dia tak suka minum air sirap lah. Tapi kita suka. hehe, macam pelik je kan ada orang yang tak minum air sirap. Yang bertambah peliknya lagi, kalau air sirap bandung die minum plak..ermm...

Ok x nak minum air sirap xpe, Kita nak makan tembikai. Pon die x makan gak. isk2 peliknya..Tapi tu lah dia..
Bila kita suka minum ABC yang banyak 'benda2' dalam tu, tapi dia tak suka plak.

Bila kita tanya, kenapa tak makan..nanti dia jawap, "Saya makan, tapi saya tak suka makan"
haha, korang pelik tak ayat die ni. Dan dalam hati kita mesti akan kata, "Pelik nya lah dia ni"

Tapi ketahui lah PELIK ITU ISTIMEWA. Sebab hanya dia yang macam tu, menjadikan kita akan sentiasa ingatkan dia =)

Tapi sebenarnya cuba kita fikir balik kan. Kalau dia suka minum dan makan apa yang kita suka. Mesti kita berebut! kan3x! Sekurang-kurangnya kalau tengah makan tu, bleh lah kongsi. Kalau makan ABC, sorang makan isi nya je.,sorang lagi minum air je. Confirm habis! X dalah istilah membazir. Hehe.. :D

Kadang-kadang kita try story kat dia macam2. Punyalah kita excited bercerita. Tapi muke die?
Emmm...slumber je. Bak kata orang, "Macam x ada perasaan" huu.. xda feling lah!

Bila kita tanya, dia akan jawab, "Entah lah, sye memang x tau nak bagi respon"
Emm, sabar jelah.

Tapi kan nak tau x? Kalau bila ada sumting yang kita sama-sama tiba-tiba suka memang sweet r! Biasa apa kita suka, mesti die tak suka. Tiba-tiba dia suka nak makan eskrim MC D! Wah memang best. Sebab kita pon suke gak kan. Tak pon tibe2 dia pon suka lagu yang kita suka! Sebab tu kalau dengar radio kita akan cepat2 suruh dia buka radio dengar same. Walaupun time tu kite tengah buat entah apa-apa je. haha, macam apa je. Lucu kan. :P


Berkawan dengan seseorang yang berlainan daripada kita memang lah kadang-kadang agak 'menyakitkan' hati. Tapi percayalah bila dia x ada, bila dia dah jauh2 dari kita, kita akan rindukan semua tu. Bila kita pergi dekat tempat yang sama-sama kita pernah pergi kita akan teringat waktu sama-sama dengan die. Lebih-lebih lagi bila kita makan makanan yang dia x makan. Rindu plak nak dengar ayat die,

"SAYA MAKAN, TAPI SAYA TAK SUKA MAKAN" hahaha..

Tapi sebenarnya semua tu nak mengajar kita untuk bersabar dan bersyukur. Kita tidak akan jumpa orang yang benar-benar perfect untuk jadi kawan dan teman kita. Tapi perbezaan itu lah yang membuatkan sesuatu hubungan itu unik dan SALING MELENGKAPI.

So, kalau ada kawan2 korang yang perangai bukan-bukan yang buat korang geram tu, jangan marah. Sebab kalau die tak ada nanti, pasti lah, confirm korang akan rindu. Saje je kadang-kadang hati ego,

"Ah! Aku tak akan nak terhegeh rindu dekat die"!

Jangan sombong..sebab sesuatu yang menjadi kebiasaan kita, pasti kita akan merinduinya. SO, hargailah mereka :)

Friday, January 27, 2012

Dah cukup MATANG ke kita ni?

Bila sebut pasal baligh ramai yang menganggap 'diri dah besar' atau 'dah dewasa'. Apa sebenarnya pengertian baligh ni ek?

Baligh ni beerti kita dah cukup matang untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan meninggalkan larangannya. Namun ada sesetengah yang menganggap ,

"Ya, aku dah matang. Dah dewasa boleh pikir mana baik, mana buruk.."

Di saat inilah ramai yang tersalah anggap yang 'matang' dan 'dewasa' itu sebenarnya apabila mereka sudah pandai 'bercinta'/ dah dibolehkan bercinta. Biasa lah, cinta ni kan untuk orang dewasa-dewasa katanya.

Sebenarnya hanya remaja yang matang sahaja tahu tanggungjawabnya dengan Allah, dengan ibu bapa dan dirinya sendiri. Bukanlah matang itu bila dah pandai 'bermain cinta'.

Belum baligh sudah bercinta, belum matang sudah berkasih. Emm..macam mana 2??
Cuba kita sesekali bertanya pada diri,

"Layakkah aku mencintai manusia, jika dengan Penciptanya pun aku belum kenal apatah lagi mencintai Nya"

Macam mana nak tau anda matang atau tidak?Jom kita lihat~

Anda belum matang sekiranya..

  • MENGHABISKAN kredit semata-mata berbual dengan 'kekasih' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.

  • RELA menunggu berjam-jam dalm hujan untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara express (kurang dua minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

  • MEMARAHI bah kan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.

  • SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walau satu muka surat setahun! huu

  • ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

  • SUSAH hati jika tidak menerima surat, email, SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu anda sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau SMS kepada ibu bapa di kampung.

  • MEMAKAI pakaian sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

  • LEBIH banyak mengucapkan kalimah "I LOVE YOU" berbanding kalimah zikir: SubhanAllah, Alhamdulillah dan Allahu Akhbar.
p/s: Apa yang kita lakukan, kelak akan kembali kepada kita. Jika kita perlakukan mak ayah sebegini, kelak anak-anak kita kan juga melakukan hal yang sama :)

Wednesday, January 25, 2012

Jangan sedih jika anda masih SINGLE, bersyukurlah!


"Single make simple, couple make trouble"

Semuanya pada pandangan masing-masing. Selalu orang akan kaitan bila single mesti tak laku, tak hot, dan sewaktu dengannya lah. Jika ditanya pada semua pasti inginkan pasangan dalam hidupnya. Nak lagi kalau umur dah mencecah 30 an bagi perempuan kan. Sebab umur ideal katanya untuk seorang perempuan berkahwin adalah 25 hingga 35. Lebih subur untuk mendapatkan zuriat.hihi

Tapi apakan daya kalau jodoh tak kunjung tiba. Don't be sad, La Tahzan. Jodoh itu pasti! Soal jodoh ini sama lah seperti soal ajal maut. Persoalan hati ni kita susah nak duga. Hanya Allah yang tahu.
Urusan hati itu urusan Allah.

Kadang-kadang sering terdengar rungutan. Bagi yang sudah berumur dan bekerjaya, selalu takut akan dianggap 'andartu' (anak dara tua). Bagi yang masih remaja dan di alam persekolahan bila melihat kawan-kawan sibuk dengan couple masing-masing, mula lah hati goyah nak kan juga couple-maple ni. Emm..kan lebih baik diwaktu zaman persekolahan itu diisikan dengan mengejar ilmu dan berbakti kepada ibu bapa. =)

Hot jugak rasa nya bila ramai yang tanya, bila nak kawin? Tak ada calon lagi ke? Sampai bila nak single je? Macam-macam versi soalan lah yang ditanyakan. Adakah saya akan membuatkan penipisan ozon sekiranya saya masih single?? argh...!

Malas rasa nak jawab soalan tu semua. Tapi pujuklah hati. Sebab. 

"Perkahwinan adalah keinginan setiap orang. Soal bila kita akan berkahwin sudah ditentukan Allah".

Jadi sekiranya pertanyaan adalah 'Bila', maka jawapan yang pastinya ada pada Allah ;)

Tak pelah, jodoh itu pasti. Kita tidak perlu terlalu mengejar-ngejar cinta. Apa yang terlalu dikejar biasanya akan hilang dan lari dari kita. Sebaiknya adalah kita mempersiapkan diri. InsyAllah jika kita benar-benar telah bersedia, Allah akan ketemukan jodoh kita. Maka itu, haruslah kita mempersiapkan diri. Maksudnya jika kita mahukan seorang jodoh yang soleh, kita mestilah menjadi solehah. Sebab Allah telah berjanji,

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang teruk untuk lelaki yang teruk"

Bagi pelajar-pelajar dan anak didik ku sekalian. Kenapalah berasa sedih dan 'jeles' dengan kawan-kawan yang bercouple? Seharusnya masa yang ada ini dimanfaatkan dengan ilmu dunia dan akhirat. Balas lah jasa ibu bapa sebelum kita membalas cinta insan lain. Tidak kah kita kesian melihat ibu mengandungkan kita, bersusah payah bertarung nyawa melahirkan. Ayah yang bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk kita belajar. Tapi kita habis kan duit yang mereka beri semata-mata untuk topup, dan hadiah kepada bf/gf. Aduhai..sedih sekali.

Tidak ruginya kalau kita belajar semasa kita muda ini. Masa muda cuma sekali. Gunakanlah dengan sebaiknya ok! Lagipun, Allah mengangkat tinggi golongan yang berilmu. So dun be sad kalau anda menghabiskan masa dan memberikan tumpuan kepada pelajaran dahulu. Kelak anda akan bertemu dengan yang lebih baik.

Kenapa mesti bersedih sebab tak couple lagi??

Tahukah anda, sekurang-kurangnya anda telah mengelakkan dari melakukan dosa-dosa kecil. Allah sendiri telah berfirma, "Jangan mendekati zina". Tidak kah couple itu salah satu menjurus kepada zina? Zina hati.. =)

Jadi tidak usahlah di'jeles'kan kawan-kawan yang sibuk dengan dunia bercouple lan mereka. Anda seharusnya mengubah dan mempersiapkan diri dengan ilmu dunia akhirat untuk mengecapi kehidupan 'alam perkahwinan' kelak dengan lebih bahagia. InsyAllah!

Monday, January 23, 2012

Kita boleh BERCOUPLE sebenarnya!!







Remaja kini, dan dewasa masa kini selalu tertanya-tanya adakah couple tu sah, harus, dan sebagainya.. bagi saya, cinta itu adalah fitrah namun perlu lah dilandaskan dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Tapi adakah kita telah bersedia nak bercouple ni? Tengok orang couple kita pon rasa nak. Mana tak nya sebab couple sekarang dah jadi macam budaya/trend. Yang couple jadi macam biasa. Tapi yang tak couple dipandang pelik..so, sama-sama kita lihat dah bersediakah kita??


Anda telah bersedia bercouple jika..

Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia bercouple jika..

Niat suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah bersedia bercouple jika..

Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan sesuatu tindakan yang menjurus kepada 'mukadimah' zina.

Anda belumbersedia untuk bercouple jika..

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegang-pegangan tangan, menyentuh dan dot...dot..dot.. (fikirlah sendiri).

Anda telah bersedia bercouple jika..

Sudah 'lepas' imu fardu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Anda masih belum bersedia bercouple jika..

Masih kandas ilmu fardu ain, mengaji Al-Quran pun lintang pukang dan mempunyai masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah seorang 'penganggur terhormat'.

Anda telah bersedia bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata sebenar.

Anda masih belum bersedia bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belum fasih, solat kejap buat kejap tak, apatah lagi untuk yang sunat-sunat. Puasa pun kadang-kadang..aduhai...!

p/s: Perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah masjid, jika asasnya tidak kukuh, masa kan masjid itu akan tegap berdiri?? sama-sama fikir kan.