Friday, March 30, 2012

Curi-curi makan time study!

Lapar nya perut ni....jam menunjukkan pukul 9.30 pm.

Biasa lah kalau tinggal kat asrama ni makan seawal pukul 6 pm. lagi. Lepas tu mula lah perut ni bernyanyi2. Bukan setakat lagu keroncong, jazz, zapin semua lah. Mula lah nak keluar pi toilet kononya. Bila si Tipah (merangkap bonzer) dah bangun, Ana selaku naib pengerusi dan sue merangkap sebagai setiausaha pon bangun gak nak ke toilet. (kununya) Aku pon apa lagi join sama lah.

Waktu ni makanan paling biskut kering dengan air milo bersama 'muffin kentut' (nama budak ni bagi ek) walaupun tak sedap tapi tu lah yang paling sedap. Tak macam budak2 asrama sekarang makan macam-macam yang bes2. Kiteorang bergilir-gilir amik biskut makan dekat tepi toilet.

Pelik kan waktu zaman hingusan macam ni, tak rasa geli pon nak makan tepi toilet. Myb sebab toilet kiteorang bersih kot..hehe. Lagipon toilet kiteorang memang strategik sebab sebelah dewan makan. So senang lah kiteorang nak amik makanan.

sekadar hiasan je..

Alkisah nak dijadikan ceritanya, tengah kiteorang syok2 makan dalam dewan makan tu, tiba2 entah dari mana je muncul warden!! Apa lagi, lari lintang pukang lah kiteorang nyorak dalam toilet dengan tin2 biskut kiteorang bawak bersama dengan air milo masuk dalam toilet!!

Tapi malang nya lah sebab Tipah tertinggal dalam tu. Kiteorang tak sempat nak bagitau dia yang warden datang. Alamak macam mana lah nasib Tipah kan =(

Mesti dia kena marah teruk dengan cikgu. Kiteorang ni masing2 bermonolog dalaman kat dalam toilet tu. Tungu punya tunggu, punya tunggu, Tipah tak juga keluar-keluar. Teruk sangat kah Tipah kena bambu dengan warden ni.. isk x leh jadi ni!

So, kiteorang pon telah memberanikan diri nak cek tengok. Kunun2 nya nak sama2 mengaku lah. Biasa lah moto kiteorang " BERANI BUAT BERANI TANGGUNG"..hehe

Tapi kan ce korang teka apa yang terjadi dalam dewan makan tu?!!


Rupanya lah si tipah tengah syok je sembang2 dengan cikgu tu!! Lepas cikgu tu pegi, kiteorang tanya lah kat Tipah.

"Apa yang ko sembang mambang dengan cikgu tu. Die releks je, dia tak marah ko ke Tipah?"

Tipah jawab,

"Aku terkejut gak dia datang tapi aku buat2 kool je. Aku siap ajak dia minum sekali lagi..bla, bla, blaa"

Laa..rupa nya lah kan, cikgu tu adalah warden baru dekat asrama ni. So, dia tak tau lah peraturan yang waktu study x leh curi2 makan. Patot lah dia duk releks je dengan si Tipah. Siap leh sembang2 lagi..hahaha.

Mungkin kali ni Allah nak 'tolong' lepas kan kiteorang yang perangai nakal ni untuk bertaubat..huu

Lain waktu??x siapa tahu..hahaha

P/s: Dun try this at HOSTEL! :P

No comments:

Post a Comment