Wednesday, September 18, 2013

Asrama SAB TERBAIKK di hatiku lah!!

Budak-budak asrama ni pasif..
Budak-budak asrama ni suka tido dalam kelas..
Budak asrama ni malas buat kerja sekolah...
Budak asrama ni 'stokin' busuk..haha
Mesti dah biasa kan dengar gosip-godip liar macam ni dilemparkan pada pelajara asrama. Dan tak kurang juga yang kata.. Tinggal kat asrama ni bosan..isk entah apa-apa je kan.  Tapi ketahuilah HANYA yang tinggal di asrama sahaja tahu betapa asrama ni sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih berdikari, berani, dan matang dalam menjalani kehidupan masa depan. Kenapa? Sebab...

BERANI sebab..Dalam dorm tak ada toilet. Kalau tak tahan sangat terpaksa lah pergi sorang-sorang ke toilet. Yelah kejut kawan tak bangun-bangun. Daripada terbuang atas katil, better redah je pi sorang-sorang. Dah kat dalam toilet, dah lega baru lah fikir alamak cam ne nak balik sorang2 ni..haha. Kalau toilet sebelah dorm xpe. Kena pulak toilet nun hujung tu...jawabnya 'Jangan Pandang Belakang' lah..hehe

Duduk kat asrama ni pun mengajar kita nak jadi KREATIF..sebab... mana tak kreatif nya kalau orang lain tdo atas katil dalam dorm. Tapi ada plak tdo dalam locker kat bilik study. Yang best lagi dalam library pon boleh tdo, bawak meja VIP tu. 

Kat asrama ni gak mengajar kita kreatif dan berani buat berani tanggung. Public phone kat asrama ni dulu cuma ada dua je. Masalah betul kalau nak kol orang. Nak dikatakan berani nya budak ni siap bawak HP lagi. Macam mana diorang simpan? haa...kat dalam tangki jamban toilet, kat dalam baju-baju kotor yang dah wangian nya semerbak, kat dalam teady bear...dan macam-macam lah.. kreatif lagi budak-budak ni kan.

Dulu-dulu public cuma pakai syiling je. Tak canggih macam sekarang. Banyak plak tu.. So kalau nak gayut lama-lama tu kena lah ada simpanan dulu. Cakap pasal gayut mengayut ni, aku teringat sampai ada peraturan penggunaan talifon yang dikeluarkan oleh Exco Displin, Kak Lily,

"Setiap orang boleh guna telefon 1 minit 2 saat je!!" 

 haha..itu pun juz boleh guna untuk kol family je..huhu




No comments:

Post a Comment