Monday, April 30, 2012

I learn everything from you





Awak-awak, nak tau x sejak hari tu gak lah saye belajar untuk buat semua benda yang dulu kite sama-sama buat. Tapi lebih banyak awak buatkan untuk saye lah sebenarnya..hehe

Saya selalu tak amik kesah bila awak kata,
"Belajar lah buat sendiri, nanti kalau awak takde macam mana"?..

Dan saya selalu jawab,
" Alah, saya tau awak akan sentiasa ada, sebab awak ada lah saye nak awak buatkan"..hehe,
lucu bile engat balik kenangan tu. Rindu rasa nya...

Eh, Saya ingat lagi apa yang kite same-same suke..

Awak suke coklat, saye pon!
Awak suke air soya, saye pon!
Awak suke ais cream, saye pon!
Awak suke cheseze wedges, saye pon!

Tapi kan kadang-kadang kite tak persefahaman gak kan awak..

Awak suke pink, saye suke biru. Dan sekarang saye pilih untuk putih.
Awak suke patrick, saye suke spongebob. Dan sekarang saye pilih untuk tak tengok dah cite tu.
Awak tak bagi saye minum air gas. Dan sekarang saye belajar minum air masak je.
Awak tak bagi saye main ujan, Dan sekarang bile kena ujan sikit pon saye dah nak demam..huhu

Kadang-kadang saye kesian kat awak. Sebab saye banyak cakap. Bila jumpe awak, saye nak cerite macam-macam. Kalo boleh semua nak share ngan awak..haha
Dan bila awak penat, awak juz layankan je saye cakap. Kalo tak nanti saye merajuk (kononnya). Haha lucu lah awak ni..

Bila awak tengah sedih kadang-kadang saye tak tau nak pujuk macam mane. Saye akan buat lawak ntah ape-ape sampai lah awak ketawe. Bukan nak menambahkan sakit hati awak. Cume...
Saye sedih bile tengok awak sedih.



Kalau saye penat plak kan, saye lebih suke dengar awak bercerite dan tersenyum je. Bukan saye tak amik perhatian ape awak cakap. Cume saye lebih suke tengok awk bercakap, macam-macam gaye ade!..hehe Lucu lah awak ni..


Dan baru saya faham kenapa awak selalu ckap macam tu =(
Sebab saya tau semua benda tak akan kekal. Macam pelangi.. memang cantik, tapi sementara je..huhu. Tapi tak hairanlah awak kan.
Orang berkahwin, boleh bercerai, orang bercinta boleh putus, berkawan pon boleh gaduh..
dan... Sayang pon boleh jadi benci kan awak?

Tapi tak kesah lah. Sejak dari hari tu, waktu tu, banyak benda saya dah belajar. Banyak benda yang dah ubah hidup saya. Saya cuba nak jadi orang lain. Sebab kalo boleh saya tak nak engat lagi waktu kite sama2 dulu. Bukan sebb saye benci awak tapi saye nak belajar terima kenyataan yang tak semua benda kita boleh miliki.


Apa-apa pon seandainya saya diberi peluang untuk jumpa awak lagi kan, sya nak ucapkan terima kasih. Saya hanya sedar bila awak dah tak da sekarang. Lambatnya saye untuk belajar menghargai semua tu.. =(
Kalau semua ni tak jadi, saya tak kan tahu hati manusia ni macam mana. Saya tak kan mudah percaya orang lagi.

Dan sekarang awak nak tau x?!! =D


Saya dah belajar iron t-shirt sendiri tau,
Saya dah belajar naik bus sendiri,
Saya dah belajar naik LRT sendiri,
Saya dah belajar nak makn udang macam ne,
Saya dah belajar nak buat spageti sendiri...hehe

Dan yang paling saya belajar..............


Saya dah belajar untuk tak harapkan orang lain lagi..
Saya dah belajar untuk buat semua sendiri..
Saya dah belajar untuk hidup sorang...
Saya dah belajar dari semua tu awak,


menjadikan sye lebih kuat =)
(walaupun kadang-kadang saya lemah untuk hadapi sorang2 awak) =(

Thursday, April 19, 2012

4 moto/tagline pelajar Asrama SAB yang korang perlu tau




Sebut pasal tagline ni kan buat kata dekat Akademi Fantasia je yang ada. Tapi sebenarnya kat asrama pun macam-macam moto yang kiteorang guna. Tak tau lah apa jenis moto yang diorang guna sekarang. Tapi zaman-zaman aku dulu antaranya adalah....:



"Berani buat, berani tanggung"

hehe ni aku paling suka. Disebabkan selalau berpegang kepada moto ni lah yang buat aku banyak kali  kena denda. Merit aku pon x penah rasa nya nak maintain 100 %. Tapi tak pe, sekurang-kurang nya kan, aku berani buat dajal, berani lah terima hukuman ye tak?! haha. Jangan berani buat tapi salahkan orang lain.
Maklumlah kiteorang tak bleh outing, balik kampung pon dua minggu sekali. Mula lah perangai pelik-pelik timbul. Actually bukan pelik kot. Tapi KREATIF...haha



"Study biar lepak, result biar gempak!"

Aah..gempak sangat lah. Yang ni aku kurang lah nak gempaknya...hehe. Mana tak nya,orang lepak sikit-sikit je. Tapi aku lepak memang betul-betul lepak. Lepak secara berjemaah lagi dalam stor. Bila naik balik kampung je nanti makan secara berjemaah kat stor letak beg tu. Tup..tup...Cik Emi datang pon berjemaah bersama dengan Kak Kam.. Lepas tu lepak berjemaah lah sama-sama dekat dataran..haha. Moto ni kena tukar lah.."Study jangan lepak, kalau tak nak kena sepak atau penyepak"! haha




"No man, no cry"

Maklum lah dah nama nya pun asrama perempuan. Jadi saham kena lah tinggi. Mula-mula aku agak kejutan budaya bila masuk sini. Semua perempuan. Macam mana diorang nak buat keje berat tanpa lelaki. Tapi percayalah! Apa yang lelaki boleh buat, perempuan pon bleh buat. Teringat nasihat guru BI aku, Madam..dia dulu pun sekolah semua perempuan STF. Dia nasihat kiteorang, yang pastinya dia banyak memberi inspirasi sebagai seorang wanita jangan sesekali kita terlalu murah harga diri. Tq Madam =)

 "Belajar pandai-pandai jangan sibuk bercinta je. Jangan menangis pasal lelaki. Buang masa..bla..bla..bla". 

Sekolah perempuan ni kena lah jaga maruah SAB. Kena jual mahal sikit, baru saham naik..haha. Kat sini gak lah aku belajar berdikari. Budak SAB biasa nya mesti 'dipadan' kan dengan High School. JJ x nak plak..haha


"Biar nakal, jangan jahat"

Apa beza antara nakal dengan jahat ek? Sama ke? Isk lain... kalau nakal ni nampak kreatif skit..hehe. Nakal ni juzt buat benda yang melanggar peraturan je.

Contohnya basuh kaki dekat watercooler (macam Tipah) buat, main mercun baling dalam toilet (macam Hazwana Hashim), tdo dalam loker (macam aku) ..hehe.. Ni tak jahat. Ni nakal je. Berbanding dengan jahat ni plak adalah bukan setakat melanggar perturan tapi melanggar batas-batas agama. isk..

Contohnya... 'Fly' malam-malam dengan Bf, mencuri, menipu, membuat fitnah...isk2.. dahsyat tu. Nakal kiteorang dalam-dalam asrama je. Kalau kat luar kiteorang baik2 saja..haha
Sekarang bila aku sendiri dah jadi cikgu, aku kena tukar moto ni..

"Saya tak kesah awak nakal, tapi jangan KURANG AJAR"

hehe, sebab aku pun dulu nakal. Nak marah anak-anak murid teruk sangat pun segan. Teringat aku yang dulu2. Tapi jangan sesekali kurang ajar!


Sunday, April 8, 2012

Konvokesyen punya hal :P



Setelah 4 tahun belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris akhirnya, masa yang ditunggukan oleh semua para graduan. Menerima segulung Ijazah Sarjana Muda..mungkin menjadi kebanggaan setiap mereka. Mungkin begitu juga aku. Dan aku juga pada mulanya sangat menantikan saat ini. Maklum lah ini adalah kali pertama bagi aku untuk menerima segulung ijazah, sebab kami lepasan STPM. 

Waktu konvo ni, aku sangat mengharapkan agar 'teman gaduh dan gembira' aku ni bleh ada sama-sama. Tapi lepas dia kata dia x bleh datang..alah....rasa tak bersemangat dah nak pi konvo. Entah kenapa lah aku rasa sedih bila dia kata x boleh pi. Mungkin aku kah yang mementingkan diri dan tidak memahami dia? Kenapa semua orang nak sangat pergi konvokesyen tapi tidak dia? Akhirnya aku terpaksa lah mengalah..dan cuba memujuk hati..sebab nya kalau cakap pasal hal ni nanti nampak sangat macam aku ni memaksa kan..

"Mungkkin dia ada reason nya sendiri..lagipon dia kan ada konvo untuk master...aku belum tentu lagi"

Sabar lah wahai hati... =(

Entah kenapa lah gak tiba-tiba rasa sayu ni buat aku menangis. Isk...kenapa lah!

Seperti biasa yang aku buat, kalau aku tengah bersedih-sedih, aku mula mengemas rumah, cuci toilet, semua benda aku cuci. Sebab malas nak layan sangat kesedihan ni kan. Lepas tu kan nak tau...hehehe

Lepas aku penat kemas-kemas umah, aku pun buka lah hp.

"Eh2, ada msg lah.."

Cuba teka siapa yang bagi! ;D
hehe, tiba2 si dia tu bagi msg bgtau dia nak datang!! Macam dapat msg dari BF plak tersenyum2. Tapi geram gak lah kadang2 dia ni. Penat2 je sedih2, kemas umah tadi..hahaha






Itulah dia...si dia yang selalu buat aku rasa geram dan sedih. Tapi yang baiknya nanti dia gak lah yang buat aku tersenyum balik.Dia lah duka dia lah suka =) Aku sudah bersemangat kembali untuk mengambil tahu hal2 konvo!! Jom2 sama2 kite merakamkan kenangan terindah bersama. 

7 dan 8 MEI 2012, nantikan aku!! ;)


Thursday, April 5, 2012

Pengakuan Terakhir SYAITAN



Dan berkata lah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:

"Sesungguhnya Allah s.w.t menjanjikan kepada mu janji yang benar. Dan aku pun telah menjanjikan kepada mu tetapi aku menyalahi nya. Sekali-kali tidak ada kekuasaaan bagi ku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku. Akan tetapi cercalah diri mu. Aku sekali-kali tidak dapat menolong mu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolong ku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukan aku dengan Allah s.w.t. sejak dahulu lagi".

Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.

Surah Ibrahim : Ayat 22.

Lihatlah sesungguhnya syaitan itu penuh dengan tipu daya. Di waktu hisab (amalan kita dihitung di padang masyar) dilakukan tiada syaitan dapat menolong melainkan Allah sahaja yang berkehendaki. Syaitan sendiri takut dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) inikan pula kita sebagai manusia begitu berani melakukannya.

Secara terangan syaitan telah mengaku bahawa tiada hak ke atas manusia. Syaitan hanya pandai menghasut dengan pelbagai tipu daya sedangkan dia tidak benar-benar menjanjikan kebenaran itu. Sebaliknya setelah kita terpedaya dengan tipu daya nya, maka kita tidak akan dipedulikan. Bahkan syaitan berkata bahawa itu adalah pilihan kita sendiri!

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa dilindungi ALLAH s.w.t. Amin....



Wednesday, April 4, 2012

AJAL atau JODOH yang mana paling PENTING?




Orang selalu cakap pasal jodoh. Orang selalu tanya pasal jodoh. 

Nak-nak lagi kalau umur dah meningkat dewasa. Adakah begitu pelik bagi wanita yang berumur 24 tahun tetapi masih tidak mempunyai pasangan hidup??Adakah aku yang pelik, atau mereka kah?? emm...pening-pening.

Orang selalu tanya pasal jodoh kan.

"Umur dah meningkat ni bila jodohnya nak sampai?"
Tapi jarang pulak nak tanya pasal KEMATIAN. Kenapa tak tanya bila ek...

"Umur dah meningkat ni bila ek agak-agak kematian nak menjemput, dah sedia ke?"

Tidak kah itu lebih baik daripada asik membicarakan soal jodoh sahaja. Sebenarnya bila orang asik bertanya kan mengenai jodoh, maknanya umur aku semakin meningkat. Jadi jika umur semakin meningkat, maka semakin hampirlah aku dengan saat KEMATIAN. Sudah kah aku bersedia?? Tepuk dada tanya iman masing-masing. =)

Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. 

"Wahai Nabi, siapakah orang yang paling bijak?"

Dan Nabi menjawab:

"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan paling bersedia menghadapinya"



Bukan kah ajal maut dan jodoh pertemuan itu ditangan Allah s.w.t. Jadi kenapa kita masih mahu mempersoalkan jodoh bila, dan bila, dan bila... Soal jodoh kita sering titik beratkan. Tapi soal mati? Adakah kita tidak mempercayai bahawa jodoh itu juga adalah urusan Allah. Kalau lah seandainya kita tahu jodoh kita dengan siapa, senang lah kita nak menjawab. Tapi itu semua urusan Allah. Hanya Allah yang tahu bila, dan dengan siapa yang berhak menjadi jodoh kita.

Kalau kita percaya ajal itu urusan Allah, mengapa kita tidak pula sering berfikiran yang jodoh itu juga urusan Allah? Mengapa? Kenapa?

Lebih baik mengingati kematian daripada sibuk berbicara soal jodoh dan bertukar-tukar pasangan. Jika kita sudah bersedia, pasti Allah akan temukan. Jadi, apakah yang mahu dirisaukan wahai hati.

Antara JODOH dan AJAL, Manakah yang bakal dahulu MENJEMPUT kita??



Sebab kita selalu nak bicarakan tentang kebahagiaan. Jarang plak kita nak mengingati sesuatu yang membawa keinsafan :)

Jadi mulai sekarang apa kata kita tukar persepsi kita yang asik bertanya mengenai jodoh orang lain. Apa kata kita tanya tukar soalan kita tanya mengenai ajal. Ok x? hehe..saling mengingati. InsyAllah :)

Sebenarnya dua-dua sama penting. Dan yang sebaiknya kita MEMPERSEDIA kan diri untuk kedua-dua nya! ;D

JANGAN hadir jika niat untuk mengecewakan




CINTA....

Cinta itu ibarat kupu-kupu..semakin dikejar semakin pula dia menghindar. Tapi bila kita biarkan dia terbang, cinta akan hadir kepada kita di saat kita tidak menduga.

Cinta itu mampu membahagiakan. Tapi sering pula menyakitkan. Lumrah alam..ada sakit ada suka. Tapi cinta itu akan menjadi lebih membahagiakan jika kita berikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya. Mereka adalah suami dan isteri yang sah dengan ikatan PERNIKAHAN.

Cinta bukan lah mencari yang terlalu sempurna. Tetapi cinta itu adalah menemukan seseorang yang mampu menjadikan kita berasa sempurna bila bersamanya. Sebab cinta tu kan saling MELENGKAPI.

JANGAN!!!

Jangan sesekali katakan, "Aku Cinta Padamu" bila kita sebenarnya tidak mempedulikannya. Kadang-kadang kita sebenarnya dia cuma memerlukan kita tapi tidak menyayangi kita. Sayang dan memerlukan adalah dua hal yang berbeza!

Jangan berbicara soal PERASAAN bila itu tidak benar-benar kita maksudkan.

Jangan SENTUH HIDUP seseorang jika kita hanya berniat mahu sekadar 'bermain-main' perasaan dengannya.

Jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kita lakukan itu hanya satu PEMBOHONGAN.

Hal paling KEJAM yang kita lakukan adalah membuat seseorang jatuh cinta dan menyanyangi kita, sedangkan kita TIDAK berniat langsung MENERIMA nya saat dia terjatuh!

"Jika kita memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kita LEPASKAN ia begitu sahaja..  kerana.....
Ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kita. Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup"

Begitulah juga jika kita telah banyak memberikan PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah dia mula MENYAYANGI mu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja....kerana.... dia akan TERLUKA oleh KENANGAN bersamamu dan mungkin tidak akan dapat MELUPAKAN segalanya selagi MENGINGATI mu.

"Jika kita menadah air, biarlah berpada-pada. Jangan terlalu mengharap takungannya dan jaganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar KEPERLUAN kita. Apabila ia RETAK, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya....? Ia DIBUANG. Sedangkan jika kita cuba MEMPERBAIKINYA, ia masih boleh digunakannya lagi."


Begitu jugalah jika kita memiliki seseorang. TERIMA lah seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggap dia begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia juga manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kita MENERIMA nya. Akhirnya kita kecewa dan meningalkannya. Sedangkan jika kita cuba belajar MEMAAFKAN, boleh jadi hubungan itu akan terus KEKAL hingga akhirnya.
"Jika kita telah memiliki sepinggan nasi yang kita rasa baik baik untuk kita, mengeyangkan dan berkhasiat, mengapa kita masih berlengah cuba mencari yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kita tidak akan boleh memakanna. Kita juga akan MNYESAL".

Begitu juga jika kita telah BERTEMU dengan insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kita, MENYAYANGI dan MENGASIHI kita, mengapa kita harus berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak kita akan KEHILANGANNYA apabila hati nya bukan milik kita lagi. Dan saat ini kita juga akan MENYESAL!

P/S: Kisah janji dimungkiri lagi...........