Saturday, March 31, 2012

Because You Are So Precious



"Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara dengan mu. Tiada yang lebih sakit selain berpisah dengan mu. Tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersama mu. Namun apa yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbanan mu."

Membenci hanya akan menyakitkan jiwa, menyesakkan nafas dan menghalang kebahagiaan. Sebaliknya menyayangi akan mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

My Heart Say: I miss our time together... =)

When i started to love you , you have already gone



"Indahnya pertemuan dan pahitnya perpisahan..."
Tapi janganlah salahkan perpisahan, sebab pertemuan yang menyebabkan munculnya perpisahan.

Jadi dalam waktu yang singkat bersama dengan orang kita sayang, lantas belajarlah untuk menghargai kehadirannya. Cubalah berikan yang terbaik jika kita benar-benar ikhlas sayang padanya.


Sama seperti gunung yang hanya jelas dilihat keindahannya dari kejauhan.
Bila berdekatan kita tidak akan nampak keindahan sebenarnya. Kadang-kadang kerinduan itu akan mengajar kita untuk lebih menghargai suatu perhubungan.

Kasih sayang itulah yang telah menciptakan sebuah...KENANGAN TERINDAH

Hanya Allah mengetahui apa yang terbaik dalam kehidupan ini yang kita sama sekali tidak mengetahui. Setiap apa yang Allah hilangkan, ambil dari kita jika kita redha dengan ketentuannya insyAllah Allah telah janjikan sesuatu yang lebih baik menanti.

My heart say: Sabar menunggu..moga hatinya terbuka

Alahai Cemburu~


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.



Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, kita mestilah letakkan kepercayaan dalam hubungan tu. Kalo cakap sayang je, tapi tak habis-habis dengan perasaan jeles, hmm..rasanya baik kena fikir-fikirkan semula hubungan macam tu. Tak salah kalo sesekali nak jeles. Sebab kata orang,


"Cemburu tu tandanya sayang".


Betul lah tu kot. Tapi apa kes plak kalo dah cemburu buta tu? Isk..susah lah macam tu. Biasalah dalam alam percintaan mesti ade perasaan macam tu. Bukan ape, saje je nak dipujuk. (Ngade je, haha) Tapi tak usahlah terlalu cemburu sebab perasaan semacam tu kalo dibiarkan akan melarat dan tak mustahil nanti akan sebabkan "perpisahan". Haa...karang frust tak habis-habis plak. hahaha..



Itu cemburu dalam percintaan. Macam mana plak kalo cemburu atau lebih senang disebut jeles dalam persahabatan, dalam keluarga sendiri dan sebagainya?


Jeles pada kejayaan seseorang tak pe. Asalkan kita berusaha sungguh-sungguh nak berjaya macam die gak. Tapi jangan jadi 'pendengki'. Jeles pada kelebihan orang lain tapi tak nak usaha. Yang die tau nak tengok orang berjaya tu jatuh tertiarap dan tergolek-golek. Isk, ape jenis manusia lah macam tu. Kan, kan, kan?

Tapi cemburu ni ada gak yang positif. Misalnya dalam beribadat. Kita mesti ada sifat cemburu melihat orang berlumba-lumba buat kebaikan. Cemburu positif ni bila kita pun mestilah sama-sama nak buat kebaikan, bukan kita mengutuk orang yang buat baik tau.

Dalam kita berkawan pon ade kadang kala perasaan macam tu kan. Tapi kita ade akal dikurniakan Allah untuk mengawal perasaan tu daripada menguasai diri. Sebab kita semua adalah manusia biasa. Ada perasaan cemburu, suka, sayang, dan macam-macam lah. Lebih-lebih lagi bila apa kita sayang, kita suka terpaksa dikongsi dengan orang lain.hmmm...susah nak dikatakan.


Dan kebiasaanya kita akan berperasaan jeles kalo rasa kedudukan kita di hati si dia tergugat. Mestilah kan kalo kita sayang seseorang kalo boleh nak full attention si die hanya untuk kita. Tapi mane bleh. Kena lah belajar berkongsi kan. Kadang-kadang itu lebih baik walaupun agak menyakitkan sikit...huu

My heart say: Bila saya mula sayangkan sum1, bermakna saya kena percayakan die..but's not 100%


Lemah nya kita ni

Ada kalanya kite bijak dan pandai untuk memberikan nasihat. Meniupkan kata semangat pada orang lain. Tapi bila ianya terjadi pada aku sendiri ada kalanya kite lemah terduduk, jatuh tidak berdaya untuk bangun. Kenapa harus jadi macam ni?

Ada kalanya kite berlagak berlagak semuanya bahagia, tapi sebaliknya penuh dengan kedukaan. Ada kalanya kite merasa semuanya tidak ada apa-apa yang tidak kena. Padahal kite cuma mencipta fantasy yang semuanya akan menjadi baik. Sebaliknya satu pendustaan yang mengerakkan kite untuk terus berlakon.


Mudahnya bicara menipu, tapi tidak hati.

Pernahkah mereka rasa apa yang kite rasa? Kenapa aku jadi seperti ini?


Bila sejarah lama berulang kembali. Ianya datang menguji dan lebih menyakitkan. Dan kite kehilangan arah. Terdetik dalam hati,

"Apa yang aku harus lakukan?"

Lemahnya kite untuk membuat keputusan. Walaupun keputusan itu dapat kite buat tapi pasti ada hati yang terluka.

Seharusnya kite tidak memulakan dan pasti semuanya tidak akan berlaku. Lemahnya kite ketika itu. Seharusnya kite cuba menjauhi dari mendekati. Seharusnya kite cuba menafikan daripada menyayangi. Seharusnya kite cuba mengelak dari adanya memory terindah bersamanya.

"Apa harus aku lakukan lagi?"

Dugaan demi dugaan. Ya Allah aku hanya mampu bermohon agar Kau tabahkan hati ku untuk aku waras menghadapi semua ini. Berikanlah jalan terbaik bagi konflik yang berlaku ini dan redhakanlah hatiku, seandainya itulah yang terbaik. Amin....

Kisah lama cuma lah sekadar pengalaman dalam hidup kita sebenarnya, dan ia bukanlah satu beban. Memang kadang2 kisah lama akan berlaku kembali. Jadi belajar lah dari pengalaman dan cuba jangan mengulangi nya lagi, gudluck! ;)

Rahsia Hati Tak Siapa Tahu





"Hidup tak akan menghargai kalau kita tak rasa kehilangan"

Saye kah insan yang tak pandai menghargai tu? Semua yang berlaku kadang-kadang di luar kemampuan kite. Kadang-kdang kita tak sedar perbuatan kita dah buat hati orang lain terluka, terkecil hati. Tapi semua yang terjadi bukan lah sebenar apa yang tersirat dalam hati. Myb die tak maksudkan macam tu. Tapi susah nak diluahkan dengan kta-kata. Sebab bukan semua benda boleh secara mudah untuk berterus-terang. Sebab kenyataan tu biasanya tak seindah apa yang di impikan.

Kadang-kadang seseorang boleh berubah jadi orang lain. Tapi pernah tak orang sekeliling nya faham apa ada dalam hati die? Manusia memang bijak berkata-kata. Tapi pernah tak kita fikirkan apa sebenarnya die maksudkan. Apa yang sebenar ada dalam hati die? Adakah yang diucapkan tu semua memang jujur dari hati die? Kita jarang dan malas kadang-kadang nak amik tau semua tu. Yang kita tau cume salahkan die, lepas tu fikir yang bukan-bukan pasal die.

Sebab tu lah kadang-kadang berterus-terang lagi baik kan. Walaupun menyakitkan, sekurang-kurangnya kita boleh perbaiki kelemahan diri. Sebab kita tak nak kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup ni. Itu adalah satu perkara yang amat menyakitkan sebenarnya. Sekurang-kurang nya bila kita berterus-terang masalah dan salah faham boleh setle. Daripada berdiam diri, masing-masing akan fikir macam-macam. Tak nak macam tu. Sebab.... saya tak nak rasa kehilangan lagi...

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu happy go lucky je. Pernah tak kita fikirkan apa dalam hati die?. Bukan semua orang yang nampak happy di luar sama macam apa dalam hati die. Sebab semua tu cuma nak pujuk hati sendiri. Nak buat-buat happy untuk orang sekeliling die rasa die ok. Dan buat semua orang yang die sayang tu happy, tak nak risau kat die.

Tapi kadang kala kita tak akan kuat untuk hadapi keseorangan. Sebab kita cuma manusia biasa. Akhirnya kita terpaksa korbankan semua kemahuan dan kehendak hati kita untuk nya.

Dan sekuat mana pun kita, pada suatu masa bila kita keliru dengan semua itu, dan kita tak tahu nak buat apa lagu.. kita cuma boleh cakap dalam hati,

" Saya mintak maaf, tak ada niat nak sakitkan hati awak........!!

Hikmah No Couple B4 Nikah


  • Bila kita berkahwin kerana Allah, walau tak pernah KENAL... tak pernah BERCINTA... tak pernah Dating..
  • Lepas saja lafaz ijab kabul, Allah akan campakkan rasa SAYANG, CINTA dan RINDU dalam HATI kita dan pasangan kita.. (,^^(^^,)
  • Si suami automatik akan berasa "tanggungjawab" untuk protect isteri dan isteri akan automatik menjadi "taat" kepada suami..
  • Sebab tu kita lihat pasangan yang bercinta lepas kahwin nampak sangat bahagia..sweet..romantik sangat jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama bercinta sebelum kahwin. ^,^

Sebenarnya kan,

"Sebanyak mana kita menyedut kemanisan sewaktu bercinta, semakin hambarlah kemanisan nya setelah kita berkahwin"

Banyak hikmah kenapa ISLAM tak benarkan kita BERCOUPLE

Antaranya ISLAM tak mengajar kita untuk memain-mainkan dan menyakiti perasaan orang lain. Lebih-lebih lagi yang tidak sah bagi kita. Ini tidak lah bermakna kita boleh menyakiti hati isteri dan suami kita. Tapi bila kita telah berkahwin, kita akan lebih sama-sama menjaga hari pasangan tercinta.

Kalau tak ada perhubungan yang sah, senang-senang sahaja kita akan ditinggalkan dan meninggalkan. Tapi kalau ada nya ikatan yang dinamakan PERNIKAHAN, kita akan rasa lebih bertanggung jawab dan bila nak tinggalkan mereka, kita akan fikir banyak-banyak kali. Nak- nak lagi kalau kita dan ada mempunyai cahaya mata. Kita akan lebih bertanggungjawab untuk memikirkan masa depan anak kita. Dan secara tidak langsung, perkahwinan ini telah mengajar kita untuk TIDAK MEMENTINGKAN DIRI.

Indahnya Islam kan!

Tapi cuba bayangkan kalau kita cuma sekadar kekasih dan telah mempunyai anak luar nikah. Confirm2 sahaja perempuan akan ditinggalkan. Statistik sahaja menunjukkan 90 % lelaki akan meninggalkan aweks diorang kalau dah ada 'anak luar nikah'.

Senang kata dan secara mudahnya, kenapa ada hikmah no couple b4 nikah ni adalah, kerana ISLAM sangat MENJAGA MARUAH WANITA.

Indahnya ISLAM!! ;)

Just Be Yourself





Bila kita jahat, orang benci,
Bila kita baik orang meluat..

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita berlagak alim
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "Astagfirullah...apalah nak jadi. nak kiamat kot!"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kite skema
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam tak ada masa depan..

Bila kita tegur dengan baik orang kata kita, 'Bujet bagus'
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita 'Kurang ajar'

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'Kampung gilerr'
Bila kita pakai dedah sana sini, orang kata kita 'Tak ada harga diri' sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata 'Jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh tak?'
Bila kita sindir-sindir, ada orang kata 'Tak boleh bagi nasihat elok-elok?'

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata 'Yang sebok sangat nak tolong buat keje orang lain ni kenapa!?'
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata 'Apsal lah pemalas sangat nak tolong orang ni?'


Ketahuilah, apa pun yang kita buat, orang pasti tidak akan menyenangi. So, jadilah diri kita sendiri. Jangan berhenti melakukan kebaikan. Pedulikan apa orang nak kata. Just be yourself! ;)