Sunday, February 26, 2012

CEO Kedai 1 Malaysia


Study tu susah..tapi ketahuilah bahawa nak mencari kerja itu adalah lebih susah. Macam yang tengah aku alami sekarang. Resume puas dah hantar. Bila dengar lirik lagu Ashiteru ni..isk macam perli aku je..

"Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagi ku. Saat ku harus bersabar dan terus bersabar"

Mungkin aku kena banyak bersabar dan berdoa lagi kan. Kadang kala apa yang kita hajat kan dan kita anggap itu terbaik sebenarnya bukan lah terbaik bagi kita. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Aku pasti Allah akan berikan hikmah disebaliknya.

Mengenang semula kisah aku konon-konon nya nak memohon kerja kat kedai 1 Malaysia ni lucu lah. Semangat je berkobar-kobar. (mulanya lah..hehe) Tapi bila hari nak kena interview je aku mula lah rasa tawar hati plak nak pi.

Kisah bermula bila aku nampak iklan jawatan kosong bekerja di kedai 1 Malaysia yang akan dibuka di Presint 16 Putrajaya. Makin excited nya bila gaji nya boleh lah tahan. Rm 1200 ++. Lumayan kan? Tapi nya yang buat aku tiba2 hilang keghairahannya bila aku tengok tempat nya! Memang lah 'bes'. haha.. x sanggup kot.

Korang dapat bayangkan tak kedai Watson @ Guardian. Lawa kan? Tapi korang bayangkan kedai yang lawa tu ditempatkan kat dalam pasar jual ikan. huu.. x seronok lah kan. Sampai2 je aku dan terserempak dengan mamat jual ayam tengah duduk melepak depan kedai tu sambil hisap rokok. Ramai plak tu pekerja bangla ke india ke, aku pun tak tau. Isk x bleh jadi ni. Ni baru sehari. Baru nak isi borang je. Belum keje lagi. Macam mana lah aku nak hadapi selama sebulan kerja dengan persekitaran macam ni. Oh tidak!!

So, aku pon isi lah borang tu dengan ala kadar je. Myb sebab aku letak kat pemohonan kerja tu CEO kedai tu x..sebab tu xda pon panggilan dari kedai tu untuk interview..hahaha.. Lepas peristiwa tu je, aku pon terus bungkus baju, balik kampung. Myb takdir aku kerja dekat Muor gak kut..hehehe..

Time tu lah aku terhegeh-hegeh nak mengisi borang guru ganti yang abah aku dah lama bising suruh hantar tu. Balik Muor je aku pi hanttar borang tu. TQ kepada Encik Jasni merangkap kepada papa Aimi Amirah kerana sudi membantu menyerahkan borang tu..hehe :)

hehe, kononya nak cari kerja lain dari lain. Yang luar bidang..x mau jadi cikgu dulu. Tapi semua nya Allah tentukan. Kita hanya mampu merancang, tapi DIA lah penentu segalanya..hehe.

Mungkin aku kena pertingkatkan usaha memohon kepada Nya dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan lagi. Aku percaya rezeki Allah ada kat mana-mana, insyAllah :)

"Ya Allah murahkan lah rezeki ku. Bantu lah aku mendapatkan pekerjaan yang diberkati Mu dan limpahkanlah rezeki yang halal lagi berkat pada ku"...aminnn!

No comments:

Post a Comment