Siapa lah sangka seorang studen yang agak nakal dulu time sekolah kini hanya tinggal beberapa hari menghabiskan study nya dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siapa sangka yang dulu nya dia msuk UPSI ni pun bukanlah atas dasar 'minat' nya menjadi seorang 'CIKGU'. Dan aku sendiri tak menyangka yang aku akan bertahan menjalani praktikal selama satu sem di SM (P) Sultan Abu Bakar.
Ingat lagi dulu ada akak senior cakap,
"Nak tau kita minat ke tak jadi cikgu tunggulah time praktikal".
Bagi aku semua tu tak betul. Mimpi ngeri nak kena buat praktikal. Mengarut je! Time buat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pun aku rasa macam setahun lama nak tgu habis. Padahal dua minggu je. Inikan nak habiskan praktikal satu sem. Memang nak menangis je rasa!
Semua perasaan TAK SUKA, TAK MINAT tu berubah setelah tamatnya sesi praktikal. Semuanya berubah bila perasaan SUKA dan CINTA dengan 'cikgu'. ;D
Banyak kenangan terindah yang aku dapat walaupun xdelah dapat A..huu. Kenangan 2 lebih bermakna dan paling penting, sekarang aku dah falling in love lah dengan cikgu ni..hehe
Aku sendiri tak pernah termimpikan aku akan menjadi seorang cikgu. Cuma dulu2 kalau cikgu2 denda aku, aku selalu cakap dalam hati..
" Kalau lah aku jadi cikgu, aku tak nak jadi macam ni, macam 2, bla, bla, bla" (protes pasal kena marah).
Emm, mungkin tu satu doa kan. Lagipon, sebab lah aku ni agak nakal, cikgu2 yang membebel dan yang marah2 kat aku selalu doa,
"kalau awak jadi cikgu, awak tau lah nanti macam mana perasaanya".
Aku rasa mustahil kot aku nak jadi cikgu. Tak rock lah! haha..tapi..benda yang kita tak suka tu sebenarnya kadang-kala adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk menjadi seorang pegawai polis. Tapi aku percaya kalau jadi cikgu, aku mampu melahirkan seorang bakal polis. Mungkin bukan setakat polis, PM pon x mustahil lah! haha..ape2 pon, insyAllah. =)
p/s: Jangan cakap tak suka, nanti lama2 jatuh hati..hehe ;p
No comments:
Post a Comment