Dulu waktu tengah study, terasa susah nya study ni. Setiap sem ada je kena buat asigment lah, kuiz lah, presentation lah. Macam-macam kena buat. Belum lagi dengan berhadapan dengan lecturer yang kadang-kadang agak cerewet tu..huu
Dan hati mula lah berkata:
"Tak sabar nya nak habis study!!" (biasa lah manusia memang tak pernah puas..huu)
Sebab malas nak berhadapan dengan laptop dengan kerja-kerja yang semua nya nak cepat je siap. Masa ni gak nak fikir, kalau dah habis study bleh keje. Mula lah beranggapan yang kerja itu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan study. Tapi ketahuilah bahawa lepas study nak mencari kerja adalah lebih susah!
Kalau study, dah tentu lah every sem duit masuk. Tak payah fikir sangat hal duit ni. Kalau tak cukup 'bank Pa&Ma' ada. Tapi sekarang ni adoi..memang terasa lah susah rupa nya bila dah tak study. Nak cari kerja bukan lah semudah yang disangka. Ada kelulusan pun belum tentu dijamin untuk mendapat pekerjaan. Agak-agak kan akalu lah seandainya aku tak bekerja sebagai 'cikgu', kerja apakah yang sesuai dengan aku ek?! hehe..
Angah kata, ala..susah2 kawen je. Seandai nya kawen itru semudah mengira 1, 2, 3...huh! Kawen pun susah gak ape. Nak guna duit gak. Money is not everything, but everything NEED a money beb!! Tapi sebenarnya memang xda calon pon kalo nak kawen sekarang ni..hahaha
Menunggu tanaman pokok-pokok anggur yang entah bila nak berbuah ni memang lah membosankan. Hahaha, mesti ramai yang tengah mengalami nasib macam aku sekarang ni kan. hehe.. Pesanan aku, sabar-sabar jelah. InsyAllah rezeki tu ada. Cuma masih belum tiba masa nya untuk kita.
Anggap lah mungkin Allah nak berikan kerja atau sesuatu yang lebih baik kepada kita :)
No comments:
Post a Comment