Wednesday, March 21, 2012

Besar nya jasa CIKGU

Hari ni result SPM keluar. Walaupun sekarang dah dekat U dan telah pun tamat belajar tapi sedikit sebanyak rasa neves gak. Rasa macam aku je nak amik result..hehe. Teringat lagi kisah aku waktu nak amik result SPM dulu.

 Entah lah, kalau setiap kali nak amik result aku macam xda perasaan sangat. Rasanya aku antara student 5 RK 1 yang amik result yang paling lambat. Petang baru aku amik. Waku tu semua kawan-kawan aku yang lain dah balik.


Aku akui result SPM aku bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan. Siap ada gagal lagi. Tapi aku nak salahkan siapa. Punca nya adalah kerana sikap aku sendiri yang memang malas nak berusaha. Jadi apa pun yang dapat itu adalah setakat usaha aku.

Sedih memang lah sedih. Tapi nak buat macam mana. Tak guna menyesali benda yang dah terjadi. Sepatutnya kalau nak sedih dan menyesal waktu sebelaum amik exam. huu.. Kata orang nasi dah jadi bubur. Emm..kalau jadi bubur pun bleh makan lagi. Tapi kalau result yang siap ada fail lagi ni memang lah rasa sedih.

Tapi dalam kesedihan dan malu nak amik result tu, ada satu benda yang aku buat.

Aku teringatkan satu pesan,

"Sebaik mana dan seteruk mana result yang akan kita perolehi, JANGAN sesekali lupa untuk berterima kasih kepada cikgu-cikgu kita. Dalam hidup ni yang penting keberkatan"

Walaupun aku akui memang malu nak berjumpa dan berhadapan dengan cikgu-cikgu dengan result macam ni. Tapi aku tebalkan muka gak jumpa cikgu-cikgu untuk ucapkan terima kasih.

Sebenarnya kan, cikgu ni dia tak berharap kan sangat pun semua studen nya dapat A + +. Sebab dia tahu kemampuan setiap orang adalah lain-lain. Tapai apa yang membuatkan seorang cikgu tu rasa gembira dan di hargai ialah apabila anak murid nya INGAT pada nya. Lebih-lebih lagi kalau mendapat kejayaan.


Dan sekarang bila dah bergelar cikgu, baru aku dapat alami perasaan macam tu. Sedih bila studen kita tak ingat kat kita untuk ucap kan terima kasih. Apalah sangat harga 1 sen sms untuk menghantar ucapan, "TERIMA KASIH cikgu".

Realiti nya sekarang kalau gagal,

 "Ni semua salah cikgu tak pandai nak mengajar"
Tapi lain hal nya plak kalau dah berjaya,
"Ni semua atas usaha saya" huh!

Semangat cikgu berikan buatkan aku bangkit dari kegagalan dan buat sehabis baik dalam STPM. Berkat doa cikgu yang mendoakan. Aku ingat lagi Cikgu Kimia aku, Puan Nopisah Koming.

Dia selalalu bagi kelebihan pada aku dengan memberi extra latihan semata-mata nak aku lulus kimia. Kadang-kadang kawan-kawan pun jeles sebab cikgu banyak lebihkan aku. Walaupun kimia aku xda lah dapat A tapi aku bersyukur sangat sebab aku lulus.

"Cikgu saya minta maaf kimia saya x dapat A"

Cikgu kata,

"Tak pe lah, tahniah, cuba lagi"

Sama juga dengan cikgu yang lain. Yang paling sedih nak jumpa cikgu Puan Rodziah. Maaf sangat2 cikgu sebab saya telah menyumbang add math gagal. Cikgu tak marah pun, cikgu stil boleh tersenyum dan cakap tahniah dan cuba lagi. Hebatnya cikgu!

Kesabaran cikgu akhirnya mengubah aku untuk lebih menghargai cikgu dan belajar bersungguh-sungguh dalam STPM. TERIMA KASIH CIKGU!!!
Aku harap aku boleh mencontohi cikgu2 aku ;) InsyAllah


No comments:

Post a Comment