Wednesday, March 14, 2012

Bersangka baik lah dengan Allah

<
Sabar lah hati

"Apabila Allah s.w.t cepat memakbulkan doa Mu, maka DIA menyayangi mu.

Apabila DIA lambat memakbulkan doa mu, maka DIA ingin menguji mu.

Apabila DIA tidak memakbulkan doa mu, maka DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu."

Setiap hambanya pasti akan di uji. Begitu juga aku. Kekecewaan dengan result exam yang tidak mencapai target membuatkan aku sedikit berputus asa. Melihat rakan-rakan lain yang sibuk post kat Fb berbicara mengenai result begitu membuatkan aku rasa sedikit rendah diri. Namun aku bersyukur. Mungkin itu sahaja rezeki aku. Mungkin kerana aku tidak cukup untuk berusaha ketika itu. Salah aku yang leka untuk mengulang kaji.

Kali ini aku di uji dengan kesusahan untuk mendapatkan bekerja. Lebih-lebih lagi ada suara-suara yang menyatakan UPSI memang susah nak dapat kerja. Aku cuba memujuk hati. Rezeki tu kan Allah tentukan. Pasti ada, hanya masa nya belum tiba.

Resume telah dihantar ke banyak tempat. Namun tiada satu pun panggilan untuk diterima bekerja. Ya Allah, kenapa kah begini. Namun aku cuba memujuk hati, mungkin pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan aku.

Apabila melihat rakan-rakan menyambung master, sekali lagi aku di uji. Bukan aku tak nak menyambung. Hati ni teringin...tapi.. :(

"Sesungguhnya Allah mengangkat tinggi darjat orang yang berilmu. Menuntut ilmu juga merupakan satu jihad".

Merenung kembali kata-kata ini, aku sangat teringin nak sambung study. Tapi mampukah aku? Sedikit sebanyak kadang kala aku tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Tapi aku cuba memujuk hati. Jika kita ikhlas dan cara kita mendapatkan ilmu itu berkat, insyAllah Allah permudahkan. Rezeki kita Allah tentukan.

"Jika ibu bapa redha kepada kita, insyAllah Allah juga akan redha dengan kita"

Family sangat berharap pada aku untuk 'wakil' dalam keluarga yang mempunyai kelulusan master. Aku cuba memujuk hati lagi. Aku amat berharap Allah akan meredhai ku. Biasa nya pilihan ibu bapa adalah yang terbaik. Itu kerana jika ada redha ibu bapa, maka Allah akan permudahkan untuk kita. Adakah ini satu tanggungjawab yang perlu aku laksanakan lagi? Ya, Allah moga dipermudahkan.

Apabila umur telah mencecah 24 tahun, pasti akan muncul bertanyaan bila untuk aku menamatkan usia bujang. Setiap wanita pasti menginginkan kehidupan berkeluarga disamping suami tercinta. Begitu juga aku. Aku cuba memujuk hati, mungkin aku masih tidak bersedia, sebab itu Allah tidak menemukan lagi. Aku pasti jodoh itu ada yang Allah telah tentukan sejak azali lagi. Aku cuma mampu berdoa agar ditemukan jodoh yang membawa keberkatan dalam hidup ku.

"Ya Allah, jauhi lah hati ku dari tergoda dengan angan-angan percintaan yang tidak diredhai mu".


Justeru aku kembalikan semula soal hati ini kepada yang melahirkan nya. Hanya Allah yang maha mengetahui segala isi hati. Maka itu adalah urusan Ilahi.

Suatu ketika aku tidak mampu menghadapi dugaan itu. Kadang-kala hati ku ini tidak makan dengan pujuk kan sendiri. Akhirnya aku terduduk menangis lemah. Namun Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi ku kerana mengerakkan hati ku untuk ingat kepada Nya lagi. Itu lah kasih Allah kepada hamba Nya. Lantas aku bangun mengambil wuduk dan bersolat sunat. Sepuas-puas nya aku menangis dan cuba mengadu kepada Nya. Alhamdulillah secara tiba-tiba aku menemui ketenangan dari sebelumnya. Terima kasih ya Allah. :)



Jika kita di uji, janganlah kita sesekali menyalahkan Allah atas apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Setiap qada dan qadar Nya pasti disamping Nya hikmah yang tersembunyi. Yang kita sendiri tidak tahu, tapi Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada hamba-hamba nya yang bersabar.

Jika kita berada dalam sesulitan, ingat lah Allah nescaya Allah akan membantu kita.

Allah tidak akan sesekali membebani hamba Nya, melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bersangka baik lah sentiasa dengan Allah. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan Nya.

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.

اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

(QS 36 : 82).


• Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.

اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

• Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.

اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 :

28).


• Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”
.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita,

sesungguhnya Allah bersame dengan kita " (QS 9 : 40

No comments:

Post a Comment