Setiap manusia tu berhak untuk berjaya dan mencapai apa yang diinginkan. Kenapa tidak mendapat kejayaan kalau kita sudah berusaha, berdoa, bertawakal dan akhirnya kita redha dengan apa hasilnya.
Banyak pepatah yang menyuruh kita menuntut ilmu.
"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China", "Ilmu pelita hidup".
Macam-macam lah. Tapi yang paling penting, dalam Islam kita sendiri diwajibkan menuntut ilmu. Bukan sahaja ilmu fardu ain yang akan membimbing kita malah ilmu-ilmu lain juga. Semua ilmu itu adalah datangnya dari Allah. Sebanyak mana kita mempelajari ilmu Nya, maka akan terasa diri kita ini terlalu kerdil di mata Nya. Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Indahnya Islam =)
Dalam mencapai kejayaan, bukan dikira dari mana kita bermula tapi di mana kita berakhir sebenarnya. Sebabnya kejayaan itu umpama satu perjalanan. Kadang-kadang kita bermula dengan baik, tapi kita harus ingat di sepanjang perjalanan tu macam-macam dugaan yang akan kita jumpa.
Lihat sahaja pada usia di zaman persekolahan. Zaman remaja ni lah yang banyak nya dugaan dalam menuntut ilmu. Mana tak nya, time ni lah bila terlihat kawan-kawan bercouple, hati mula lah terusik nak bercouple gak. Cinta itu fitrah, tapi ingat! Jangan sampai menjadi fitnah.
Kadang-kadang ada juga yang tahan nafsu tak nak terikut-ikut budaya COUPLE. Mana tak nya 'kawan' sejenis ni adalah amat mempengahruhi. Hati mana tak teringin kalau setiap hari asyik duk dengar die bercerita pasal buayaprend, pasal geliprend masing-masing. Lucu nya lah.
Menceritakan ketidak matangan yang sungguh terserlah gamaknya. Tapi kita ni hamba yang lemah. Akan ada lah suara-suara sumbang,
Menceritakan ketidak matangan yang sungguh terserlah gamaknya. Tapi kita ni hamba yang lemah. Akan ada lah suara-suara sumbang,
"Eh, kau tak teringin ke nak couple?",
"Kau ni anti lelaki ke?"(ayat x bleh blah),
"Ada pakwe ler seronok, nak apa je semua dapat"
emm, macam-macam perangai 'kawan' yang negatif seperti ni. Minta dijauhkan. Rasa macam nak stapler je mulut macam ni kan.
Zaman serba canggih ni pula, yang paling tak tahan adalah dugaan HANDPHONE. Maklumlah studen zaman sekarang kaya-kaya sokmo. Hp lagi canggih dari cikgu. Study hp ada kat sebelah. Konon-konon takut ada kawan hantar sms nak tanya soalan, atau kerja rumah. Kononya nak ber discussion dengan kawan dalam hp. Emm, bleh ke kalau nak ajar atau discus dalam hp ek? Lucu~
Macam-macam alasan. Myb boleh lah kot. Yelah, discus nya satu je sms. Tapi bab perkara-perkara lain berjela-jela merapu entah apa-apa. Bila ada orang antar sms mula lah hai tergugat nak tengok, nak buka, nak baca. Lepas tu mula lah berlarut-larutan.
Lepas tu belum lagi yang bergayut sakan. Bak kata Ustaz Azhar,
"Bila letak telefon tu, cuping telinge boleh melekat" hahapunya lah lama berborak. Entah apa lah yang diborakkan nya. Padahal dekat sekolah jumpa tu tiap2 hari. Lucu~
Di usia remaja ni jugalah nafsu nak mencuba bermacam-macam perkara. Ada saja yang nampak menarik hingga menarik diri terjerumus pada perkara negatif. Bila tengah tekun study, kawan pulak call ajak keluar. Mula-mula boleh lah tolak. Tapi mula lah ayat-ayat sumbang mambang lagi,
"Macam ni ke kawan?", "Tak sporting betul ler member cam ni".
Adoi ai...'setan' yang bertopengkan manusia ni lagi bahaya! Lagi besar pengaruhnya..huu
Itu hanya pada zaman persekolahan. Belum lagi di alam Universiti yang tidak kurang hebatnya. Lagilah banyak anasir-anasir luar. Banyak betul dugaan menuntut ilmu ni kan. Kalau hati tak tetap teguh berpegang pada agama maunya kita sama-sama terjerumus dalam lembah kejahilan.
Dalam menuntut ilmu ni kenalah banyak bersabar!
Biarlah apa orang nak kata pasal kita. Biarlah orang nak anggap kita apa. Hanya kita tahu siapa kita, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa kita. Biar kita nampak hina disisi manusia, jangan sampai kita nampak hina di mata Allah. Tak pun cakap lah dalam hati,
"Ada aku kesah!" haha
Yang pastinya, mereka yang dikatakan 'kawan' itulah yang akan menyesal dikemudian hari. Nanti mula lah nak frust, nak salahkan cikgu, nak salahkan mak bapak. Semua nak disalahkan atas kesalahan sendiri. Time tu mana pergi nya buayaprend, mana perginya geliprendz entah hilang kemana.
Sesungguhnya Allah menjanjikan kemanisan dalam setiap kepayahan kita menuntut ilmu. Yang pastinya jika kita menuntut ilmu dengan jalan yang betul, InsyAllah ganjaran nya seperti kita berjihad. SubhanAllah. Indahnya Islam =)
dear teacher, i stumble upon ur blog as im dealing with a crisis right now. Saya baru dpt kertas ujian harini dan markah saya 9/50. saya belajar dan ada effort utk buat nota, bgn pagi and do exercises tapi somehow saya rasa rezeki tidak berpihak kpd saya langsung. saya kecewa yg amat. im on a verge of breakdown and giving up and loosing hope. saya malu dgn kawan kawan saya dan saya tk mampu utk bercerita dgn sesiapa. saya rasa seperti seorang yg gagal. any motivation and advice? for someone who's loosing hope.
ReplyDelete