Tragisnya Cinta Muka Buku..Dari cinta Muka Buku sekarang ramai dah jadi cinta "Muka Tak Malu". Tak pun.. Cinta Berbulu..haha
Apabila melihat status anak-anak muda yang semakin meningkat ‘dewasa’ di Facebook sedikit sebanyak terpanggil aku untuk menulis ruangan ini. Ada kalanya lucu bila melihat status mereka yang masih bergelar pelajar sekolah yang begitu ‘berani’ meluahkan perasaan terhadap kekasih masing-masing. Komen secara terang-terangan. Alahai gaduh2 manje..bersayang2, berabg2, beranje2..haha, macam2 versi. Mengalahkan pasangan suami isteri bergaduh..
Pasti nya mereka bijak dengan selok belok FB . Pastinya mereka mengetahui yang status mereka itu boleh di baca oleh semua orang. Berbangga kah mereka jika ribuan orang membaca pujuk rayu kemanjaan yang dipaparkan? Namun perasaan lucu itu ada kalanya bertukar kepada rasa sedih melihat antaranya sendiri dengan terang-terangan memaparkan gambar bersama kekasih. Mesra gitu.. Macam2 gaya ada..terlentuk sana sini. Tanpa ada rasa segan silu. Macam ‘artis’ gaya nya mereka ni.
Malah menjadi trend untuk menjadikan gambar bersama pasangan masing-masing dijadikan gambar profile di FB, Twitter dan sebagainya. Sehingga dengan confident nya ada antara mereka seperti menjangkakan yang kekasih itulah yang akan menjadi suaminya kelak. Apatah tidak dengan senang-senang sahaja mereka meletakkan status engaged, married, open relationship dan sebagainya lah. Memang tidak dinafikan ada sebilangan yang beranggapan,
“Ala, status tu kan main-main je. Bukannya betul pun. Apalah yang nak diherankan nya”. Bukannya berdosa pun letak status macam tu”
Namun tidakkah mereka seperti ‘menghalalkan’ sesuatu yang secara terang-terangan akan membawa fitnah kepada mereka yang membacanya? Pasti berbunga-bunga cinta hati kekasih bila pasangannya meletakkan status engaged malah married di FB masing-masing. Mana kan tidak tanpa ‘bayaran’ dan sebarang ‘ikatan’, mereka sudah pun ‘diiktiraf’ menjadi ‘suami’ atau ‘isteri’ kepada pasangan kekasihnya.
Tidak hairanlah kenapa pasangan kekasih sekarang dilihat begitu ‘taat’ dan ‘setia’ sehingga setiap jam dan minit ada sahaja laporan yang akan dihantar kepada sang kekasih. Baginya setia itu adalah cinta suci, dan hinggakan ada antaranya sanggup menyerahkan segala-gala nya untuk si kekasih bagi ‘membuktikan’ tahap ‘kesetiaannya’ kepada pasangan yang belum tentu ada sebarang ikatan sah itu. Setia nya jika dilihat sangat lah mengalahkan pasangan suami isteri yang sudah bernikah.
Tragis nya cinta itu. Menyerahkan ‘hak’ kepada orang yang tidak sepatutnya hanya lah satu tindakan yang merugikan dan sia-sia. Jika segala-galanya sudah diberikan kepada sang kekasih hati, apakah yang akan tinggal untuk suami dan isteri yang sudah sah dinikahi dan halal bagi kita? Malah wajib kita berlaku setia dengan pasangan kita bila sudah mempunyai ikatan yang sah. Tentunya wajib bagi isteri taat dan setia kepada suami. Bukan sahaja isteri diberikan mas kahwin malah hantaran beribu-ribu daripada suami. Memang wajiblah isteri berlaku taat kepada suami yang akan menjaganya. Tetapi, apakah yang terjadi kepada zaman sekarang?? Dengan mudahnya memberikan title ‘tunang’, malah kepada ‘berkahwin’. Seperti kita mengiktiraf dia adalah pasangan kita yang ‘sah’. Betapa murahnya cinta kita. Betapa mudahnya kita ‘dibeli’ hanya dengan cinta hingga kita memberikan gelaran tersebut kepada mereka yang tidak perlu ‘membayar’ dan ‘menanggung’ kita?? Tragisnya jika kita bersikap begitu. Menyerahkan hak kepada yang tidak sepatutnya.
Mungkin bagi sesetengah golongan menganggap itu semua itu perkara biasa zaman sekarang. Namun ketahuilah, sebagai sesama Muslim adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur sesama kita. Bukan kah itu satu fardu kifayah. Memang ada yang menyatakan bahawa,
“Kubur lain-lain, lantak lah dia nak buat apa pon, macam ko baik sangat”. “Hak masing-masing lah, belum tentu esok lusa kita x buat macam tu”
InsyAllah jika niat kita ikhlas menegur dan tujuan mengingatkan diri sendiri, minta lah supaya kita tidak sama berbuat seperti itu kelak. Sungguh ada ketikanya kita berfikiran cetek bila berfikir begitu. Memang lah kubur lain-lain dan dosa lain-lain. Tetapi tidak kah kita ingat pesan Allah,
“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan …”
Jika sungguh kita tidak mahu menegur atau takut jika dikatakan ‘kolot’ dengan benda-benda yang dianggap ‘kebiasaan’ seperti itu, maka JANGANLAH pula kita dengan tanpa rasa bersalah nya menambah dengan meng ‘LIKE’ atau memberi komen-komen yang seperti menggalakkan lagi perbuatan mereka itu. Tragisnya jika kita juga bersikap seperti ‘menghalalkan’ dan ‘memberi galakkan’ kepada mereka. Tidak sedar kah kita bahawa tindakan kita itu hanyalah akan memberi semangat dan keberanian untuk mereka mempamerkan aksi-aksi terlarang yang lebih ghairah lagi??
Jika kita tidak mempunyai kekuatan menegur, maka janganlah kita sesekali menambah syer saham kerugian ke dalam akaun kita. :)